Dengan sukacitanya, Portal filem Rollo De Pelicula ingin berkongsi dengan para kaki wayang serta pembaca setia kami berkenaan 13 buah filem yang bakal ditayangkan sempena Festival Filem Jepun (JFF) 2019 yang akan berlangsung di lima buah lokasi iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu bermula pada 5 September 2019 sehingga 6 Oktober 2019.
A Banana? At This Time of Night?
(こんな夜更けにバナナかよ / Konna Yofuke ni Banana kayo)
Pengarah:
MAEDA Tetsu/前田/2018/121 minit / Drama, Komedi
Sejak berumur 12 tahun, Yasuaki Shikano menghidapi distrofi otot. Kini 34 tahun, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan hospital dan hidup berdikari dengan cara tersendiri. Sekumpulan sukarelawan diambil untuk membantunya dalam kehidupan seharian serta terpaksa menghadapi kerenahnya. Yasuaki kerap memarahi Hisashi Tanaka, pelajar perubatan yang juga salah seorang sukarelawan dan kerap meminta buah pisang pada tengah malam. Yasuaki bertemu dan jatuh cinta pandang pertama terhadap Misaki Ando, tanpa mengetahui bahawa Tanaka dan Misaki sedang bercinta. Kehidupan mereka semua akan berubah tidak lama selepas itu.