Filem:
Liway
Penilaian:
8/10
Pengarah:
Dakip Oebanda
Genre:
Drama
Pelakon:
Glaiza de Castro, Kenken Nuyad, Dominic Roco & Etc.
Tarikh Tayangan:
14 Julai 2019
Pengedar:
Film Festival Organizer
Sinopsis:
Sinopsis:
Filem ini berdasarkan kisah benar mengenai Dakip dan ibunya yang tinggal di penjara semasa zaman diktator Marcos. Dakip membesar di sebuah kem penjara di mana dia dan ibunya yang merupakan ketua pembangkang anti-Marcos iaitu Cecilia Flores-Oebanda atau lebih dikenali sebagai Komander Liway hidup bersama penjenayah dan ahli Tentera New People. Demi melindungi Dakip dari realiti kehidupan membesar di kem penjara, ibunya menceritakan kisah mengenai mitos Filipina kepadanya termasuk tentang Liway iaitu penjaga Gunung Kanlaon. Ia adalah sebuah kisah fiksyen berdasarkan pengalaman ibunya sendiri dalam menentang pemerintahan diktator Marcos. Saksikan filem yang cukup menarik ini untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan:
Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem dari Filipina berjudul Liway bertempat di TGV Cinemas Sunway Velocity pada 15 Julai 2019 yang lepas sempena MIFFEST yang berlangsung pada bulan Julai ini. Liway bukan lah sebuah filem yang mampu membuatkan anda tertawan atau terkagum disebabkan teknik khas visual yang dipenuhi CGI atau aksi-aksi letupan dan tembakan yang mencemaskan. Tetapi, filem Liway ini memberikan anda satu pengalaman emosi yang menarik melalui pandangan seorang kanak-kanak lelaki yang melihat dunia sekelilingnya dengan cara yang berbeza sebelum dan selepas menyedari kebenaran yang sebenar tentang realiti kehidupan dunianya pada zaman pemerintahan diktator yang kejam.
Kami sebagai penonton amat tertarik tentang kehebatan filem Liway ini membangkitkan semangat patriotik di dalam jiwa kami walaupun kisahnya tentang kehidupan segelintir masyarakat Filipina pada era pemerintahan dimana golongan minoriti yang terlibat di dalam perjuangan tersebut dianggap sebagai pengkhianat oleh pihak pemerintah yang korupsi dan kejam. Menarik untuk melihat filem yang kuat dari segi melodrama ini menyampaikan falsafah tersebut melalui penyampaian kisah dongeng Liway melalui cara wayang kulit dan bagaimana ia kemudiannya dihubung dan disatukan dengan penceritaan sebenar yang cukup untuk membuatkan kami melihat tentang nilai emas kebebasan yang tidak diperoleh buat seketika waktu oleh watak anak kecil bernama Dakip tersebut.
Kami tertarik untuk melihat beberapa adegan yang melibatkan watak Dakip yang berjaya dilakonkan dengan cukup berkesan oleh pelakon cilik Kenken Nuyad. Lakonannya berjaya disampaikan dengan penuh jiwa dimana kami benar-benar dapat melihat pelakon Kenken Nuyad berjaya menterjemahkan apa yang dirasai oleh pengarah filem ini iaitu Dakip Oebanda sewaktu kecil dengan persembahan yang cukup bertenaga dan bersahaja tetapi begitu meyakinkan. Anda akan tertarik untuk melihat bagaimana filem Liway ini sebenarnya diceritakan melalui pandangan seorang anak kecil bernama Dakip melalui kehidupannya ketika kecil yang penuh dengan sifat ingin tahu apabila kehidupannya hanya berada di dalam lingkungan keluasan penjara yang sempit berpagar dan bertembok tinggi itu. Menarik untuk melihat bagaimana Dakip meluahkan rasanya saat pertama kali memandang pantai. Lebih menghiburkan apabila melihat luahan rasanya saat kali pertama melihat lembu dan padang rumput. Lebih unik apabila kami dapat merasai bagaimana rasa teruja yang wujud pada diri Dakip sewaktu pertama kali berhadapan dengan patung mannequin yang menakutkan dirinya. Lebih menyentuh rasa apabila melihat reaksi jujur Kenken Nuyan dalam menghidupkan watak Dakip sewaktu kali pertama kakinya menyentuh pasir pantai yang bertemankan air laut. Pujian menggunung wajar diberi kepada pelakon cilik ini yang benar-benar memberikan harga diri yang tinggi untuk naskah bernama Liway ini.

Kami juga menyukai filem Liway disebabkan oleh elemen-elemen kekeluargaan yang cukup tinggi dimana ia berjaya dimasukkan di dalam penceritaan setiap watak-wataknya dan diterjemahkan dengan cukup baik di dalam setiap adegan-adegan di dalam filem ini. Pertembungan pendapat dan falsafah kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa Dakip iaitu Liway dan Ric agak menarik untuk diperkatakan. Liway sentiasa percaya bahawa peluang sentiasa ada untuk Dakip mampu melihat dunia luar dan mencorakkan kehidupannya dengan baik. Maka Liway sentiasa menyampaikan kisah-kisah dongeng yang penuh dengan semangat positif untuk menjadikan Dakip sentiasa bercita-cita tinggi dan berani. Berlainan pula dengan bapa Dakip iaitu Ric yang lebih senang untuk memberitahu realiti situasi sebenar disebabkan dirinya sendiri yang sudah hilang harapan kepada cahaya kebenaran yang dirasakan gelap pada kepercayaannya sendiri. Jadi, pertembungan ini dilihat sangat menarik dimana kedua-duanya mempunyai sebab-sebab tersendiri yang meyakinkan dan ianya hanya dapat ditentukan oleh pilihan yang dibuat sendiri oleh Dakip.
Sisi kemanusiaan juga berjaya dipaparkan, dibandingkan dan diterjemahkan dengan cukup baik melalui karakter dua ketua warden yang sangat berbeza. Menarik untuk melihat sisi pandang manusia yang berlainan saat jiwa mereka masih kekal sebagai seorang insan manakala yang seorang lagi pula sudah tidak wujud hati nurani di dalam diri mereka. Anda pasti akan apabila melihat babak-babak yang menyampaikan tentang hal ini dimana ia sebenarnya membuatkan kita berfikir tentang hak setiap manusia itu untuk diberi kehidupan yang sepatutnya. Babak-babak klimaks di dalam penjara berjaya memberikan kesan terhadap emosi kami dengan cukup baik dimana banyak watak-watak yang berjaya membawa kisah mereka tersendiri dan ianya dipaparkan dengan cukup baik walaupun mempunyai masa yang singkat sahaja di layar. Semua ini berjaya digabungkan dengan cukup baik untuk menunjukkan bagaimana manusia-manusia yang dahagakan kebebasan ini masih teguh dengan pendirian dan jati diri kepercayaan mereka walaupun menyedari tentang bahaya yang bakal mendatang pada bila-bila masa sahaja.
Tiga elemen yang menjadikan filem Liway ini menarik dan ada kelas yang tersendiri ialah sinematografi, muzik dan juga lakonan para pelakonnya. Sinematografi filem ini yang berjaya menyampaikan nilai estetika dengan sangat baik melalui sudut-sudut persekitaran penjara serta kawasan pantai. Ianya sangat mudah difahami dan berjaya mencengkam jiwa kami kerana faktor ini telah berjaya mendekatkan diri kami dengan kehidupan Dakip dan juga ibunya Liway. Menyentuh tentang muzik pula, kami sangat menyukai lagi Pagbabalik dan Himig ng Pag-lbig yang bukan sekadar merdu tetapi sangat membantu memberi mesej tentang penindasan yang berlaku terhadap golongan yang tidak bersependapat dengan diktator Marcos. Seterusnya ialah lakonan pada pelakon utamanya seperti Glaiza de Castro yang membawakan watak Liway serta Kenken Nuyad sebagai Dakip yang sangat memukau dan berada di kelasnya yang tersendiri.
Namun, kami tidak nafikan filem Liway mempunyai beberapa kelemahan pada pandangan kami dimana ada beberapa babak atau penceritaannya yang dilihat gagal berfungsi dengan baik. Kami lebih menyukai permulaan filem Liway yang bijak menggunakan elemen wayang kulit yang bagi kami punya keunikan seni yang sangat istimewa. Namun naratifnya sedikit meleweh sewaktu babak imbas kembali tentang kisah silam Liway yang agak membosankan dan kurang memberi impak kepada nilai cerita. Walaupun bagaimanapun, secara keseluruhannya dapat dilihat filem Liway yang dihasilkan daripada kaca mata seorang anak yang bangga terhadap perjuangan ibunya ini menunjukkan kepada kami tentang satu perkara iaitu keberanian untuk berpegang kepada kepercayaan murni bukannya sebuah usaha yang sia-sia tetapi ianya memberikan satu nikmat besar yang cukup gemilang melangkaui zaman. Tahniah kepada industri filem Filipina yang berjaya menghasilkan filem yang penuh dengan ciri-ciri menarik tentang kebenaran sebenar berkaitan dengan kebebasan dan nilai patriotisma yang sukar difahami ramai.
Jadi, selamat menonton filem Liway dan sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!
P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Bollywood Yang Cukup Menarik Berjudul Super 30! Nantikan Ulasannya!
0 Ulasan