Review Filem : The Brest Fortress



Filem:
The Brest Fortress


Pengarah:
Alexender Kott


Genre:
Drama, Aksi & Peperangan


Pelakon:
Andrey Merzlikin, Veronica Nikonova, Pavel Derevyanko,
Anna Tsukanova, Aleksei Kopashov, Aleksandr Korshunov & Etc.


Sinopsis:

Filem perang ini berdasarkan kisah benar diantara pihak tentera Soviet Union yang mempertahankan kubu mereka yang diberi nama Brest Fortress daripada serangan tentera Nazi Jerman pada Jun, 1941 selama 9 hari. Sasha Akimov, remaja lelaki yang berusia 15 tahun ketika perang itu meletus merupakan salah seorang ahli muzik pihak tentera yang bermain trumpet menjadi salah seorang hero yang terselamat walaupun sebelum itu kehadirannya tidak dipandang oleh ahli tentera yang lain. Walaupun tidak pernah mengangkat senjata tetapi kerana perang ini maka Shasha telah membuktikan bahawa beliau mampu menyumbang bakti kepada tanah airnya sendiri. Saksikan filem hebat ini di bawah!

Ulasan Hans:

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Blogger Ata yang mencadangkan aku menonton filem patriotik hebat dari negara Rusia ini. Bagi aku ini adalah salah sebuah filem perang yang sangat menarik yang pernah aku tonton dan memang banyak perkara dan benda yang aku boleh belajar selepas menonton filem yang cukup bermakna dan mampu memberi impak yang begitu mendalam terhadap emosi aku. Memang sangat berbaloi dapat menonton filem yang berdurasi sekitar 2 jam ini.

Aleksei Kopashov Yang Hebat Menghidupkan Karakter Sasha Akimov

Kepada anak - anak muda Malaysia terutama yang tidak ada hala tuju atau haluan hidup yang tetap tu maka aku menyarankan kalian menonton filem ini. Lihat sendiri apakah usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Sasha Akimov yang ketika kejadian baru berusia 15 tahun terhadap negaranya. Walaupun sebelum ini beliau hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh tentera lain kerana beliau hanya bertugas sebagai ahli muzik tentera tetapi akhirnya beliau telah membuktikan bahawa beliau juga mampu menyumbang sesuatu kepada negaranya walaupun beliau kehilangan deria pendengaran akibat letupan bom berdekatan dengan telinganya.

Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini

Filem ini bagi aku memang menarik kerana nilai patriotik yang cukup tinggi. Ditambah dengan nilai kemanusiaan yang begitu mendalam dan bagaimana pembinaan karakter Sasha Akimov yang cukup mengagumkan aku. Bagi aku filem ini sebenarnya memberi satu persoalan yang sangat menarik sekali kepada penonton - penontonnya iaitu 'Jangan Bertanya Apa Yang Negara Boleh Berikan Kepada Kamu Tetapi Apa Yang Kamu Boleh Berikan Pada Negara Kamu!'

P/S : Bilalah Malaysia Nak Hasilkan Filem Perang Yang Sebegini! Aku Bukannya Mengharapkan Hasil Letupan Atau Bom Yang Realistik Tapi Lebih Kepada Nilai Patriotik Yang Tinggi Seperti Filem The Brest Fortress Ini!

Catat Ulasan

0 Ulasan