21/02/19

Review Filem Misteri Dilaila Versi 1


Filem:
Misteri Dilaila

Penilaian:
8/10

Pengarah:
Syafiq Yusof

Genre:
Seram

Pelakon:
Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Sasqia Dahari,
Mas Khan, Namron, Nafiez Zaidi, Kenji Sawahii & Etc.

Tarikh Tayangan:
21 Februari 2019

Pengedar:
Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem Misteri Dilaila ini mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan sebuah kejadian aneh. Pada keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya telah hilang. Tiba-tiba Imam Aziz (Namron) telah muncul dengan membawa sebuah berita gembira yang memaklumkan bahawa isterinya Dilaila sudah dijumpai dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut apabila wanita yang muncul bersama dengan Imam Aziz itu bukan isterinya yang sebenar namun mengakui dirinya adalah Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Adakah Jefri mampu merungkai misteri sebenar kehilangan Dilaila? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada 21 Februari 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Portal filem Rollo De Pelicula terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah Syafiq Yusof atas kreativiti beliau menghasilkan filem Misteri Dilaila di dalam dua versi. Walaupun secara jujurnya, pihak kami agak geram dengan 'kenakalan' beliau kali ini kerana berjaya menyusahkan kami di dalam mencari versi yang belum ditonton di pawagam-pawagam sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Namun setelah kami berjaya menjumpai dan selesai menonton filem Misteri Dilaila Versi 1 di GSC Mid Valley pada 21 Februari 2019, apa yang boleh disimpulkan disini ialah satu kepuasan sebenar yang hilang pada tontonan filem yang sama tetapi di dalam Versi 2 pada tempoh hari.



Pihak Portal Filem Rollo De Pelicula telah pun menulis ulasan untuk MISTERI DILAILA VERSI 2 sebelum ini dan anda semua boleh membacanya semula jika terlepas pandang atau terlupa. Untuk ulasan kali ini, kami lebih tertarik untuk berkongsi tentang plot cerita, bahagian akhir filem serta perbandingan antara kedua-dua versi untuk rujukan serta kefahaman para pembaca sekalian. Baiklah! Kita berikan fokus kepada ulasan filem Misteri Dilaila Versi 1 terlebih dahulu. Misteri Dilaila Versi 1 menampilkan sebuah plot cerita menarik yang berkait rapat antara setiap babak serta kesinambungan berjaya dicipta dan disusun dengan begitu cantik sekali. Faktor ini dilihat sebagai satu kejayaan besar di dalam membantu struktur plot cerita filem Misteri Dilaila Versi 1 ini berkembang dengan baik. Secara tidak langsung ia juga mengelakkan jalan cerita filem ini daripada mengalami kelompongan yang besar dan terkesan dengan faktor logik filem yang sering dibicarakan sebelum ini.



Menyentuh pula bahagian akhir filem Misteri Dilaila Versi 1 ini, apa yang kami boleh katakan ialah ia bukan sekadar menarik dan meninggalkan satu persoalan misteri yang masih lagi cuba diselesaikan oleh semua kaki wayang, pengulas filem serta pengkritik filem tempatan. Tetapi, versi pertama ini juga dilihat berjaya di dalam mempotretkan serta menggabungkan perkembangan, hubungan serta motif sebenar semua watak yang terlibat di dalam jalan cerita filem ini. Lebih penting kemunculan makhluk-makhluk halus atau mistik di dalam versi 1 ini dilihat sesuai dan berkepentingan dengan jalan cerita dan watak utamanya. Jadi, secara peribadinya jika diminta membuat pilihan versi yang mana satukah antara kedua-dua versi filem Misteri Dilaila ini yang disukai oleh pihak kami maka tanpa perlu berfikir panjang kami semua sebulat suara menyatakan Misteri Dilaila Versi 1 adalah sebuah naskhah yang lebih menarik, terbaik dan meninggalkan jauh Misteri Dilaila Versi 2. Ibarat langit dengan bumi bezanya. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa begitu jauh sangat bezanya sedangkan 3/4 kisahnya untuk kedua-dua versi adalah sama? Baik! Mari kami kongsikan dengan lebih teliti untuk anda nilaikan sendiri nanti selepas menonton.



Kekuatan filem Misteri Dilaila Versi 1 ialah kisah penceritaannya berjaya mengikut logik filem dengan baik. Logik filem yang dimaksudkan disini bukannya logik seperti kisah realiti tetapi lebih kepada hubungan plot cerita yang berjaya digabungkan dengan baik bersama-sama dengan watak serta perwatakan yang terlibat di dalam kisah tersebut. Kemunculan hantu-hantu yang sentiasa membuatkan para wanita di dalam wayang menjerit ketakutan sambil memeluk erat lengan suami atau lelaki disebelah dilihat bertepatan dan berkepentingan di dalam versi 1. Berbeza dengan versi 2 dimana kemunculan hantu-hantu ini tidak membawa sebarang makna langsung kepada penceritaannya dan motif kemunculannya boleh dipersoalkan atau dianggap merosakkan jalan cerita. Sebab itu apabila kami menonton filem Misteri Dilaila Versi 2 pada tayangan media tempoh hari, perasaan seusai menonton filem tersebut seolah-olah seperti kosong tanpa terisi dengan rasa kepuasan hati.



Kemudian, mari lihat pula kepada 'plot hole' atau kelompongan plot cerita filem bagi kedua-dua versi. Kami tidak katakan Misteri Dilaila Versi 1 terlampau sempurna kerana babak akhir pembongkaran tentang jenayah yang dirancang dan diketahui pihak berkuasa juga boleh dikatakan sangat meragukan. Ini dapat dilihat sewaktu babak imbas kembali dimana cara pihak berkuasa menerangkan tentang modus operandi mereka seolah-olah kehilangan Dilaila berlaku sudah lama untuk mengesyaki perubahan serta perbuatan watak antagonis. Sedangkan hakikat sebenarnya, kejadian tersebut baru sahaja terjadi di dalam tempoh masa sekitar sehari dua sahaja. Jadi, ada sedikit kejanggalan untuk babak ini kerana ia seolah-olah menyatakan watak antagonis tersebut telah melakukan pelbagai jenis jenayah sehingga menjadi pemerhatian dan buruan pihak polis. Sedikit kelemahan untuk bahagian cerita tersebut tetapi untuk bahagian penceritaan yang lain, pihak kami menyukai dan memuji kreativiti di dalam menjadikan setiap kisah itu mempunyai kesinambungan yang baik.



Tetapi, hal ini dilihat berbeza dengan Misteri Dilaila Versi 2 dimana walaupun pada awalnya ia memberikan satu kejutan yang agak menarik apabila berjaya mengubah watak protagonis yang tidak disangka-sangka untuk menjadi antagonis yang hebat namun kegembiraan tersebut hanyalah sekejap. Lebih tepat untuk dikaitkan dengan sebuah peribahasa yang berbunyi 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'. Tidak dinafikan perubahan tersebut menarik tetapi ia juga menyebabkan kelompongan cerita yang bukan sedikit-sedikit tetapi bersepah-sepah di merata-rata babak sehingga menjejaskan keseluruhan filem Misteri Dilaila Versi 2. Tolak ketepi tentang kewujudan makhluk-makhluk mistik kerana kami sudah beritahu pada perenggan di atas dimana kewujudan makhluk seram ini sangat sia-sia untuk versi 2. Apa kata kita lihat kepada hubungan watak-watak serta plot cerita yang sangat lemah untuk versi ini. Ia dapat dilihat pada hubungan antara watak penguatkuasa berpangkat koperal yang tidak mengambil tindakan awal kepada watak antagonis sedangkan konflik dan permasalahan sebenar sudah diketahuinya pada satu babak pertengahan filem lagi. Pada babak tersebut, identiti palsu watak antagonis telah dijerit dengan kuat sekali oleh watak protagonis dan didengari oleh pihak berkuasa namun tiada apa-apa tindakan pada ketika itu dan ini sangat mendukacitakan. Kemudian, hubungan beberapa watak antagonis ini juga menjadi kacau bilau apabila ada antara mereka yang mati ditembak oleh ahli pakatan mereka sendiri tanpa sebab musabab yang kukuh untuk menyokong babak tersebut. Seterusnya apa yang lebih mencacatkan penceritaan filem Misteri Dilaila Versi 2 ini adalah tentang motif utama watak protagonis menjadi tumpuan dan sasaran utama watak antagonis untuk dikambing hitamkan. Ia kelihatan sangat lemah apabila melihat watak yang mempunyai hubungan rapat dengan watak protagonis turut bekerjasama dengan watak antagonis tanpa hala tuju yang jelas serta tempoh masa pengenalan yang digambarkan sangat meragukan. 



Perkara terakhir ialah pengakhiran kisah untuk kedua-dua versi filem ini. Kami di portal filem Rollo De Pelicula menyukai Misteri Dilaila Versi 1 kerana pengakhirannya memberikan satu kejutan menarik serta meninggalkan sebuah persoalan yang cukup misteri dan mencabar untuk diselesaikan oleh para penonton. Jadi, pengakhiran untuk versi 1 ini juga boleh dijadikan, dikhayalkan atau direka dengan pelbagai kisah mengikut kefahaman, dalil atau bayangan anda sendiri yang menonton. Secara tidak langsung, filem Misteri Dilaila Versi 1 dilihat sebagai sebuah filem yang tidak malas di dalam penceritaannya tetapi berjaya memberikan sesuatu yang baru serta kreatif untuk perfileman tempatan. Berbeza dengan Misteri Dilaila Versi 2 apabila dilihat pengakhirannya yang bukan sahaja tidak berkaitan dengan kisah tetapi langsung tidak memberi makna kepada jalan cerita filem tersebut. Anda akan faham tentang hal ini apabila anda menonton kedua-dua versi ini.



Kesimpulannya, filem Misteri Dilaila kali ini telah memberitahu seluruh penonton Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia bahawa Syafiq Yusof telah berjaya mencipta satu keunikan tersendiri dan memberi sebuah kejutan misteri yang penuh dengan teka-teki untuk diselesaikan oleh para penontonnya. Kami melihat ini ialah satu perkara baru buat industri filem tempatan yang wajar dipuji dan dibanggakan. Namun, hal ini akan menjadi lebih cantik jika Misteri Dilaila Versi 2 adalah sehebat dan setaraf dengan Misteri Dilaila Versi 1. Jika ini menjadi kenyataan, kami percaya ia bukan sahaja memberi impak yang besar tetapi juga mencetuskan fenomena yang lebih besar untuk diperdebatkan oleh keseluruhan penonton filem Misteri Dilaila ini.



Sekali lagi kami tegaskan disini bahawa kami menyukai filem Misteri Dilaila Versi 1 tetapi sebaliknya untuk Misteri Dilaila Versi 2. Jadi, selamat menonton kedua-dua versi dan semoga anda terhibur. Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman sosial anda. Dan jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah berkenaan versi yang mana satu menjadi pilihan anda. Sekian!



P/S : Banyak Lagi Ulasan Filem Yang Akan Dikongsikan Selepas Ini Iaitu Filem Bikers Kental 2, Cold Pursuit, Happy Death Day 2U Dan Can You Ever Forgive Me. Nantikan Ulasannya!

P/S Lagi : Anda Nak Tahu Versi Mana Yang Anda Tonton? Sebelum Pembukaan Filem, Akan Muncul Di Layar "IZIN PRODUKSI". Di Bawah Perkataan Itu Telah Diberitahu Dengan Huruf Besar Berwarna Merah Yang Bertulis V1 atau V2. 

61 ulasan:

  1. Camne nk tau yg kita tgk tu versi ape?.. Nk kene tgk dua kali la ni ye.. Kat tmpt yg berbeza kan.. Hmmm, idea yg unik.. Ni pun dh pening nk fikir.. Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum Opening...bahagian izin produksi itu akan ada dibawah dia tulisan merah V1 atau V2.

      V1 = Sasqia jumpa banker
      V2 = Dilaila jumpa banker

      hehehe

      Padam
    2. Tq for the info.. Ingat boleh tau dr mase beli tiket lg..
      V2 = dilaila jumpe banker tu yg elizabeth tan ke? Sbb dua2 watak nama dilaila kan..

      Padam
    3. yer betul...
      tu saya dah update dekat artikel..hehe

      Padam
    4. Versi 2 nk tngk kt mna erk..?

      Padam
    5. joe smile : cuba like Page Facebook Rollo De Pelicula sebab saya ada kongsikan senarai pawagam dan versi yang ditayangkan disana

      Padam
  2. Baru tadi tonton Misteri Dilaila. PH dan baca review pertama Hans tapi sengaja tak nak baca review kedua sebelum ke panggung. Then terkejut badak ada dua versi hah..hah...

    Tadi ada nampak "izin produksi V" tapi terlupa V1 atau V2 (tu lah tak pay attention) hah..hah... Agaknya V1 sebab yang PH tonton ialah versi Sasqia jumpa banker. So mana nak cari V2? That means, dia lepaskan V1 or V2 secara rambang dan depend on nasiblah, ya?

    Anyway, PH suka this movie up to 3/4 jalan cerita and after that konfius jap. Kalau yang dibunuh oleh Jefri bukan Dilaila (oops..harap2 yang belum tonton tu jangan baca komen PH), siapa tu? Apa kena mengena motif Jeffri kalau bukan Dilaila yang dia bunuh? Apa kaitan hantu2 yang menjelma especially hantu Dilaila? I suppose that is the misteri lah.... So walaupun pada keseluruhan PH suka filem ini tapi terasa tak berapa puas hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sasqia jumpa banker memang V1
      hehehe...untuk V1...hantu2 yang menjelma tu boleh dianggap sebagai satu halunisasi disebabkan kekesalan Jefri + dia mabuk + dadah

      PH boleh tengok dekat Fan Page Blog nih dekat facebook...Hans ada kongsikan list pawagam dan version yang ditayangkan di seluruh malaysia

      Padam
  3. Dah tonton kedua versi (wpun rugi tertonton V1 dua kali).

    Setuju ngan V1 jauh lebih baik pada V2. Nasib baik saya tgk V1 waktu pertama kali tonton. Jadi level kepuasan saya lebih baik. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh 3 kali lah tengok?
      kaya lah skop productions dengan astro shaw...hahaha
      yes V1 memang better than v2
      saya pun baru dapat jumpa list pawagam dan version yang ditayang petang tadi
      kalau dapat awal mesti dapat selamatkan sekali daripada tertengok lebih dari 2 kali
      hahaha

      Padam
  4. Dh tgk yg v2.. Walaupun review kate yg tu kurang sikit, tp tetap rase best... Puas hati.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah...
      citarasa masing2...
      hehehe
      tapi saya memang tak suka V2 sebab plothole bersepah

      Padam
  5. Baru je tgk 2 versi ni td
    Masalahnya mmg sgt rumit untuk dirungkai
    Terasa mcm xda ending apa yang sebenarnya berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahaah
      v1 yang rumit nak rungkai
      v2 merepek sikit

      Padam
  6. Idea dan gimik terbijak utk ada kan 2 versi. Cuma dan hanya jika kedua2 versi tu sama "bagos" puas hati la jugak, tapi sebalik nya, terdapat pelbagai pendapat, reaksi dan review di antara 2 versi tu. Kita nak tonton movie nak enjoy, tapi nak kena pilih versi mana la pulak... mcm2, heheh. Thanks Hans for your wonderful reviews of both versions, appreciated it...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...
      idea memang bijak
      cuma sayang kedua-dua versi tak sama kuat
      apa-apapun satu pembaharuan menarik untuk perfileman Malaysia
      meriah sikit suasana
      hahaha

      Padam
    2. Setuju part "Meriah", heheh...

      Padam
  7. Sy x pasti sy tgk v brp td.. Tp yg sy ngh pkir skrg ni np polis tu x bagi jef pandang bawah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang awak tengok tu Version 2
      hahaha sebab bawah tu hantu

      Padam
    2. So yang kereta jatuh gaung tu version 1 lah

      Padam
  8. Mcm mana ya ending dua2 versi? Saya tengok yang ending where dilaila comes at the end, but dengar2 yg satu lagi tu mcm lagi mindblowing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ending yang awak tengok tu Version 1

      Padam
    2. Bang nk tau ending version 2 please

      Padam
    3. Bang nk tau ending version 2 please..

      Padam
  9. Dah tonton 2 2 versi dan apa yg saya boleh cakap memang versi 1 jauh lebih baik dan logik daripada versi 2.

    BalasPadam
  10. Mr. Hans, selepas baca review saya teruja nak tengok Versi 1. Tapi mcm mana nak tau pawagam mana yg main Versi 1 dan elak ter-tonton Versi 2 tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh...
      cuba tengok dekat twitter saya.
      tak pun like Page Facebook Portal Filem nih dan tengok posting saya
      saya ada kongsikan senarai pawagam dan tayangan versi 1 atau 2 seluruh Malaysia

      Padam
  11. tak pergi tengok cerita seram2 ni x berani hahaha

    BalasPadam
  12. Alamak kena pi tgk version 1 la nih, sampai skrang dok pikiaq sapa yg terima check tu, polis tu kata Elizabeth tan mati, than sapa yg terima check tu? Jelaskan

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi Mr. Hans

    BalasPadam
  14. Nice Review brother. Saya di Kota Kinabalu sampai kena buat macam ni : https://www.facebook.com/sastrajohn/posts/10218406688860551

    Hehehehe.. By the way Ending V1 itu saya masih rasa pelik dan tanda tanya, kalau begitu mayat siapa dalam kereta kat gaung tu? Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...
      itulah persoalannya...
      macam-macam boleh teka...kembar dilaila...cleaner...hehehe

      Padam
  15. Macam mana nak tengok list pawagam yang ada v2 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba like page blog ini di facebook
      dekat situ saya ada kongsikan list pawagam

      Padam
  16. Saya nak tgk mana satu yg berbaloi.. Kalau boleh x nklah tgk 2 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk saya V1
      tetapi ramai juga yang suka V2
      bergantung kepada citarasa masing-masing

      Padam
  17. menarik.... aritu hans kata kecewa ngn pengakhiran ceritanya kn... kali ni baru betul2 best la yek...
    teringinnya nk tgk, tp cite antu2 ni yg lemah sikit akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah
      sebenarnya version 1 yang saya suka pun ada plothole juga
      cuma bagusnya sebab saya tengok version 2...so bila tengok version 1 maka saya rasa itu lebih baik daripada yang lagi satu

      Padam
  18. Baru je tgk yg v1.. Sblm ni ade terbace kat zhafvlog yg kate jln cite tu same mcm cite vanishing act.. Lepas tgk yg v1, mmg dpt rase yg filem tu memang ade persamaan hampir semuanye.. Maknanya, mcm originaliti tu boleh nk dipertikaikan.. Tu mungkin sbb dibuat v2.. Yg walaupun lebih xlogik tp dilihat ade keaslian.. Memang rasenye ambik inspirasi dr filem2 lain.. Tp ade yg sgt jelas ditiru disitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yups
      kecoh juga dua tiga hari lepas tentang filem Vanishing Act tu
      jadi, agak menyedihkan juga lah apabila tahu bahawa V1 ini tidak bersifat original

      Padam
  19. So setelah saya tgk v2 smlm Dan v1 Di cerita kan oleh abang saya.. Kesimpulannya, sapa yang mati weh 🤣🤣🤣tertanya2 ni😂

    BalasPadam
  20. Test DNA pada mayat yang jatuh di gaung tu, tak sama dengan dilaila. So, siapa yang dalam kereta masa jeff tolak masuk gaung tu..? Confused kat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. DNA x sama tu versi 1...

      Padam
    2. filem nih filem teka-teki :)

      Padam
    3. Saya pun tertanya-tanya tu.. Mungkinkah dilaila ada kembar? Rasanya tak. Sebab takkanla Farid adik dilaila atau Jeff sendiri mcm xtau, mesti point ni akan ditimbulkan.. Hans Hanis ada mention cleaner, saya rasa ni boleh difikirkan.
      Atau perempuan simpanan atau girlfren Jeff? 🤨

      Padam
    4. Saya berfikir kalau Jeff mungkin curang pada isteri dia, kalau perempuan yg mati jatuh gaung tu adalah perempuan simpanan dia..
      Itu je la kesimpulan yg terbaik yg saya boleh fikirkan. Jeff bergambar dengan perempuan tu semasa berkuda. Mungkin dilaila asalnya tak tahu yg Jeff pergi bercuti ke fraser hill, atau dimaklumkan oleh Jeff tetapi pada masa itu, dilaila tak dapat ikut. Kucing tu saya percaya adalah milik dilaila, yg Jeff bawa bersama ke fraser hill kerana dilaila takde di rumah kerana urusan kerja atau sebagainya. Kucing tu manja, ia tak kesah dengan orang lain, macam bila Farah yg menyamar sebagai dilaila selalu dilihat memegang kucing tu.

      Padam