Review Filem Rock 4: Rockers Never Dai


Filem:
Rock 4: Rockers Never Dai

Penilaian:
3/10

Pengarah:
Mamat Khalid

Genre:
Komedi, Muzik & Drama

Pelakon:
Sharwani NS, Hazama, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry, Dewa Sapri & Etc.

Pengedar:
Primeworks Studio

Tarikh Tayangan:
20 Februari 2020

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Ronnie James "Dio" yang tersedar dari koma selepas 20 tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Sedang dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial zaman kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2. Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 dan meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman? Saksikan filem komedi ini di pawagam berdekatan anda pada 20 Februari 2020 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak Primeworks Studio untuk menghadiri Malam Gala Filem Rock 4: Rockers Never Dai yang berlangsung dengan sangat meriah di MMCineplex eCurve pada 12 Februari 2020 yang lepas. Selepas kejayaan hebat trilogi filem Rock yang bermula dengan Rock (2005), Rock Oo! (2012) dan dan Rock Bro! (2016) maka sekali lagi Mamat Khalid mempertaruhkan Rock 4: Rockers Never Dai untuk para peminat genre rock serta penonton yang bersemangat untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang kumpulan Rimba Bara. Namun, kami merasakan filem keempat ini kurang menyengat jika hendak dibanding dengan filem terdahulu iseperti Rock Oo! dan Rock Bro! disebabkan beberapa perkara yang akan kami kongsikan di dalam ulasan kali ini.



Kepada anda yang belum pernah menonton trilogi filem Rock yang terdahulu tidak perlu berasa risau kerana filem Rock 4: Rockers Never Dai ini masih boleh dan mudah difahami disebabkan jalan ceritanya yang mudah dan dibantu oleh babak-babak imbas kembali untuk membuatkan penonton baru lebih mengenali watak-watak lama yang dibawakan oleh pelakon seperti Sharwani NS, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Kamarool Hj Yusof. Selain itu, filem kali ini lebih memberi tumpuan kepada watak Dio (Sharwani NS) yang ingin membantu kumpulan anak muda yang terdiri daripada Omar (Hazama), Rayyan (Adam John), Seri (Bulan Terry) dan Acap (Nazimi Fahmi) untuk mencipta kegemilangan kumpulan mereka di dalam arena muzik rock tanah air. Namun, kehangatan rock yang cuba dipaparkan di dalam filem ini dirasakan seakan tenggelam memandangkan filem ini berlatar belakangkan era sekarang dimana ianya ternyata berbeza dengan trilogi filem Rock yang terdahulu.




Filem Rock 4: Rockers Never Dai ini sebenarnya dilihat mempunyai aura yang sangat kuat dari sudut lagu-lagu rock kapak yang dipilih dimana ianya bukan sekadar malar segar tetapi turut dibantu oleh kemerduan dan kelunakan suara penyanyi seperti Hazama yang menyanyikan semula lagu ini di dalam versi suaranya sendiri. Hal ini sebenarnya sangat membantu kami serta penonton yang lain dimana lagu-lagu yang dipilih sangat kena dengan situasi setiap adegan yang dipaparkan di layar perak. Selain itu, jika anda peminat filem Mamat Khalid maka semestinya anda akan menyukai mesej-mesej atau sindiran yang sememangnya menjadi kepakaran beliau yang disuntik masuk di dalam setiap babak-babak di dalam filem ini. Menarik untuk melihat kupasan penceritaan filem ini berkaitan dengan dadah dan kaitannya dengan penyanyi-penyanyi rock tidak kira di Malaysia mahu pun di luar negara. Selain itu, kami juga begitu tertarik melihat bagaimana filem ini berjaya memaparkan pertembungan antara golongan lama dan golongan anak muda di dalam memperjuangkan seni muzik masing-masing yang berbeza. Ini menjadikan filem ini bukan lah sebuah filem yang kosong tetapi sebaliknya mempunyai intipati menarik serta mesej-mesej tersendiri.




Namun, kami melihat filem Rock 4: Rockers Never Dai ini kelihatan kurang menyengat pada kami kerana persembahan beberapa pelakon utamanya yang kurang menonjol berbanding pelakon utama di dalam trilogi filem Rock terdahulu. Persembahan pelakon Sharwani NS yang memegang watak utama sebagai Dio dilihat ada turun dan naiknya. Ada kalanya watak Dio ini berjaya dilihat bernyawa dan memberi impak kepada beberapa babak yang melibatkannya dan adakalanya watak ini dilihat mati dan tenggelam ke dasar. Masalah ini kelihatan semakin jelas di saat watak Dio bertemu dengan Jijo Alfonso (lakonan Khir Rahman) dimana lakonan Sharwani NS sememangnya ditenggelami dengan aura Khir Rahman yang hanya muncul seketika di dalam beberapa adegan. Selain itu, kami juga agak terkejut kerana menyangka Hazama merupakan pelakon utama filem Rock 4: Rockers Never Dai ini jika dilihat di dalam poster rasmi filem. Namun, pelakon utama sebenarnya yang diberikan masa layar yang lama untuk filem ini ialah adalah milik Adam John yang memegang watak sebagai Rayyan. Tidak dinafikan persembahan lakonan Adam John semakin baik jika dibandingkan dengan kemunculannya di dalam filem XX Ray 3 terdahulu namun kelemahan terbesar yang dilihat wujud pada pelakon ini dan sedikit sebanyak mengganggu momentum filem Rock 4 ini ialah cara pelakon ini melontarkan dialog balas yang dilihat agak lambat serta kelihatan teragak-agak. Persembahan pelakon Bulan Terry yang membawakan watak Seri pula pada kami sangat cemerlang dimana kami sendiri tidak pasti adakah wanita ini sememangnya pandai bermain drum atau ia sememangnya hanya lakonan di dalam filem. Namun, apa yang kami boleh nyatakan bahawa watak Seri ini sangat menyerlah dari sudut tersebut. 




Satu perkara yang menarik perhatian kami di dalam filem Rock 4: Rockers Never Dai ini ialah berkenaan kreativiti Mamat Khalid dalam memperkenalkan latar belakang watak Omar, Seri dan Acap ini pada babak-babak tertentu tanpa mengikut urutan penceritaan seperti mana filem-filem yang lain. Walaupun masih terasa canggung tentang kisah imbas kembali sesetengah watak ini tetapi kami merasakan ianya adalah satu perkara yang menyegarkan untuk filem ini. Melihat kepada elemen humor yang terdapat di dalam filem ini, ada adegan-adegan komedi yang segar dan ada juga kelihatan seperti dikitar semula daripada filem-filem terdahulu. Pada kami, lawak jenaka di dalam filem ini kali ini tidak lah mengecewakan namun ianya juga tidak lah terlalu menghiburkan. Kami lebih suka untuk menyatakan bahawa tahap komedi untuk filem ini berada pada para yang sederhana dan cukup untuk menghiburkan kami walaupun tidak secara maksimum. Secara keseluruhannya, anda wajib menonton filem ini jika anda peminat rock tegar atau penonton setia kisah trilogi filem Rock yang terdahulu. Walaupun kami merasakan filem ini tidak dapat menyaingi kehebatan filem-filem trilogi Rock terdahulu namun ianya masih berbaloi untuk ditonton sebagai hiburan serta mengubati kerinduan anda terhadap filem-filem rock arahan Mamat Khalid.




Jadi, selamat menonton filem Rock 4: Rockers Never Dai di pawagam berdekatan anda pada 20 Februari 2020 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Bollywood Berjudul Malang. Nantikan Ulasannya! 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. PH tengok trailer filem ni dan nampak macam menarik. By the way, apa penilaian Hans? Tak nampak rating kat atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa kalau xde rating, maknanya hambar la..hehehe

      Tp, still aku nak tgk cerita ni..

      Padam
    2. Tolong bg rating sekali bro, TQ

      Padam
    3. PH : Rating akan dikeluarkan selepas seminggu macam tu..hahaha

      Padam
    4. Encik H : Bukti pembaca setia...hahaha

      Padam
    5. Unknown : Rating akan dikeluarkan selepas seminggu filem ditayangkan :)

      Padam
    6. Lagu masok naik moto 2 org tu tajuk ap ya

      Padam
    7. Lagu masok naik moto 2 org tu tajuk ap ya

      Padam
  2. Balasan
    1. yups
      sebab ada yang bagitahu hari tu
      jadi, memang tak hairan nampak selesa main drum :)

      Padam
  3. Boring gila cita ni.. my place kat putrajaya,org keluar dr cinema ye sbb boring sgt..cerita dia very slow and tak best langsung.

    BalasPadam
  4. 3/10 je... apa dah jadi dgn franchise ni. Udah le tu, idea dah kering, cukop la dgn Rock 4...

    BalasPadam
  5. Kecewa la... Nyesal donlod free dlm internet

    BalasPadam