Filem:
Insidious
Pengarah:
James Wan
Genre:
Seram & Thriller
Pelakon:
Patrick Wilson, Rose Byrne, Ty Simpkins, Andrew Astor,
Lin Shaye, Leigh Whannel, Angus Sampson, Barbara Hershey & Etc.
Penilaian:
4.5 / 5
Sinopsis:
Sepasang suami isteri iaitu Josh dan Renai serta 3 orang anak mereka baru berpindah ke sebuah rumah baru. Renai yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa mula diganggu sedikit demi sedikit oleh sesuatu makhluk melalui bunyi - bunyian tetapi beliau tidak mengendahkannya sehinggalah pada suatu malam anak sulung mereka iaitu Dalton ditemui terlantar di loteng rumah mereka kerana dipercayai terjatuh dari tangga dan kemudiannya koma. Selepas kes itu, Renai kerap kali diganggu dan cuba menceritakan kepada suaminya Josh tetapi beliau tidak percaya kepada cerita Renai sehinggalah pada suatu malam apabila seluruh ahli keluarga diganggu akhirnya Josh bersetuju dengan cadangan Renai untuk berpindah ke rumah lain kerana beranggapan rumah itu berhantu. Malangnya tanggapan mereka silap kerana di rumah baru mereka bukan sahaja diganggu dengan lebih teruk pada waktu malam sahaja tetapi juga pada waktu siang. Mereka terpaksa memanggil bomoh serta pemburu hantu untuk menyiasat apakah masalah sebenar yang berlaku dan akhirnya mereka telah menemui jawapannya yang betul - betul mengejutkan mereka.
Ulasan Hans:
Filem ini amat seronok ditonton oleh aku kerana susunan plot dan jalan ceritanya yang kemas dan tidak langsung memeningkan kepala untuk berfikir tetapi keindahan ceritanya masih ada dan naratifnya bergerak lancar di atas landasan yang tersedia indah. Aku begitu kagum dengan hasil kerja James Wan yang boleh aku katakan sangat baik dan cukup matang kali ini.
Aku Suka Permainan Cahaya Di Dalam Filem ini
Filem ini tidaklah seperti filem Khurafat yang setiap masa cuba untuk membuatkan penonton berasa seram dengan kelibat hantunya yang kerap kali muncul tetapi apa yang menariknya tentang Insidious yang membuatkan aku sangat suka tentang filem ini ialah elemen seramnya yang walaupun sesekali sahaja muncul tapi memberi impak yang cukup hebat pada emosi dan kesan itu akan tertanam di dalam fikiran selama berjam - jam lamanya. Sangat menarik dan menghiburkan. Babak yang bagi aku sangat menyeramkan ialah sewaktu kemunculan hantu yang muncul di belakang Josh. Aku tidak pasti kenapa walaupun lebih tiga kali aku mengulang tayang babak yang sama pun aku masih lagi terasa seramnya. Dan apa yang membuatkan aku membenci hantu - hantu di dalam filem ini ialah apabila mereka tiba - tiba tersenyum menampak gigi yang bagi aku sangat menyeramkan! Hahahaha!
Babak Yang Paling Menyeramkan Aku!
Apa yang membuatkan filem ini seram bukannya kerana wajah hantu - hantunya tapi kerana kebijaksanaan filem ini yang bijak bermain dengan unsur cahaya dan menggabungkannya dengan kesan bunyi dan sudut kamera yang bagi aku sangat WOW dan seterusnya memanipulasikan emosi penonton supaya mereka tidak senang duduk dibuatnya. Kisahnya juga menarik kerana selalunya jika terjadi gangguan - gangguan seperti ini maka pengarah - pengarah filem terutamanya di Malaysia akan mengambil jalan mudah dengan menjadikan rumah itu adalah objek utama yang menjadi penyebab kepada semua masalah yang terjadi kerana konon - kononnya ada semangat atau makhluk halus yang melingkari ruang legar rumah itu namun lain pula hal nya di dalam Insidious dimana rumah hanyalah subjek yang dijadikan umpan kepada penonton untuk dikelirukan buat seketika yang akhirnya penyebab sebenar ditunjukkan dan membuatkan aku cukup teruja untuk menonton sehingga penamat.
Misteri Yang Menggangu Keluarga Lambert
Lakonan pelakon - pelakonnya pula cukup bagus walaupun aku kurang mengenali mereka dan senang cakap filem ini memang menarik untuk ditonton dari segala segi dan yang pasti keseraman filem ini memang betul - betul memukau dan anda yang meminati filem seram pasti akan terhibur. Selamat menonton filem Insidious dan nikmatilah keseronokannya!
Inilah James Wan!
P/S : Alangkah Indahnya Jika Dapat Menonton Filem Ini Di Panggung Wayang! Mesti Indah Menikmati Kesan Bunyinya Yang Menjadikan Filem Ini Bagi Aku Sangat Wow!
13 Ulasan
18 tahun kebawah blh tgok x??
BalasPadamkalo blh nk g tgok lah Khamis ni...nampak macam bestt jee
waaa . menarik menarik . ame nak pi menonton laa nanti . haha .
BalasPadam:)
org cina ke pengarah dia ni..
BalasPadamAd : xpasti la sebab saya xtgok dekat wayang
BalasPadamAme : sila lah menonton...sangat berbaloi
faiz : dia lahir dekat Malaysia tapi membesar di Australia(xsilap aku lah)
sutera kasih : yups..budget filem nih pun rendah tapi pulangan dia lumayan...dan ending dia sangat menarik
BalasPadamseriously sgt besh hans!!!
BalasPadamrugi xtgk kat panggung..pergh sound system superb!!
dhla ak tgk mlm...menjerit2 dlm tuh..tp ending die rs cm xpuas..rs t'tny nape jd cmtuh..haish
wHoSena : itu la pasal...nak buat cam na...cadang dari awal memang nak tgok dekat wayang tapi balik sini memang tak ada ditayangkan dkt mana2 wayang sekitar sini...kempunan la..nasib dapat tgok juga secara online... ending dia tu best sebab kalau mengikut pemahaman saya ayah budak tu kan tak sempat masuk rumah..jadi mungkin yang masuk tu adalah roh hantu2 tu :-)
BalasPadamErrrr....budget rendah, tapi pulangan lumayan...terbaek~~
BalasPadamOkayh. Pas aku baca review ni tadi aku terus download sebab filem camni memang peberet aku. dah abes download, gambar pun clear, esok aku tengok!! Hoyeah!! ;)
BalasPadamThanx for the review hans..
bestnya! masih ada kat panggung ke ni?
BalasPadamciter ni bole la... aku paling x suka masa dlm alam lagi satu tu.. suami Renai cari anak dia, hantu inggeris zaman lama2 tu.
BalasPadamCambest..nk usha kt movie torrent ah heehehe...
BalasPadamoke fine, tengok gambar tu dan tenung lama3 memang menyeramkan.
BalasPadammeremang la bulu roma!