Review Filem Green Lantern



Filem:
Green Lantern


Pengarah:
Martin Campbell


Genre:
Aksi & Sains Fiksyen


Pelakon:
Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Mark Strong, Temuera Morrison & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Hal Jordan iaitu seorang juruterbang yang mempunyai ego yang tinggi tetapi berani menghadapi sebarang bentuk ancaman atau ketakutan yang melanda diri beliau. Pada suatu hari sebuah kapal angkasa yang membawa Abin Sur iaitu salah satu makhluk angkasa lepas yang bergelar Green Lantern telah terhempas di bumi dan Abin Sur dalam keadaan nazak akibat serangan daripada Parallax iaitu salah satu makhluk kejahatan yang mahu memusnahkan seluruh hidupan di setiap planet termasuk planet OA yang menempatkan penghuni - penghuni Green Lantern yang terpilih. Menggunakan cincin hijaunya untuk mencari pengganti yang sesuai dan akhirnya cincin itu memilih Hal Jordan iaitu manusia pertama yang terpilih untuk menjadi Green Lantern. Hal Jordan kemudian dibawa ke planet OA untuk diuji adakah beliau layak menjadi Green Lantern. Manakala Hector Hammond iaitu salah seorang pensyarah telah ditemui oleh biro rahsia kerajaan untuk memeriksa mayat Abin Sur yang ditemui mereka. Tanpa disedari sel darah Hector Hammond telah dijangkiti oleh sesuatu yang datangnya daripada Parallax. Kini Hector yang tidak mampu mengawal dirinya mahu merampas wanita yang beliau cintai iaitu Carol Ferris yang menyintai Hal Jordan manakala Hal Jordan pula berasakan cincin itu sudah salah memilih dirinya sebagai Green Lantern dan menarik diri daripada pertubuhan itu. Parallax pula semakin hampir menuju planet bumi. Jadi, apakah yang akan berlaku terhadap bumi? Mampukah Hal Jordan sebagai seorang Green Lantern menghalang niat jahat Parallax serta Hector? Siapakah sebenarnya Parallax dan Abin Sur? Saksikan sendiri filem hebat ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Hans:

Seperti biasa filem - filem superhero sebegini pasti akan mempertaruhkan kecanggihan C.G.I atau dipanggil kesan khas di dalam setiap babak filem ini untuk menarik perhatian penonton supaya menonton dan bagi aku sememangnya dari aspek ini filem ini telah menunjukkan satu kejayaan yang membanggakan. Penonton akan dibawa menjelajah beberapa planet dan melihat sendiri keindahan planet OA yang bagi aku cukup unik. Aku juga suka dengan beberapa karakter Green Lantern yang terpilih yang berasal dari planet lain dimana struktur tubuh dan wajah mereka sangat unik dan ada yang belum pernah dilihat lagi. Sangat menarik dan menghiburkan! Tahniah untuk hal ini.

 Wajah - Wajah Green Lantern Terpilih Yang Unik

Plot dan susunan jalan ceritanya kemas dan menarik cuma macam biasalah apabila kita menonton filem superhero pastinya watak superhero itu susah untuk dimatikan melainkan hanya ada beberapa filem daripada ribuan filem yang bertindak bertentangan dengan dengan berani mematikan watak hebat itu. Jangan risau kerana superhero kali ini iaitu Hal Jordan lakonan Ryan Reynolds tidak dimatikan. Tetapi, ada satu babak yang begitu menarik hati aku iaitu adegan yang cukup klise dimana dalam mana - mana kisah superhero pasti akan melibatkan kisah percintaan antara superhero dan juga wanita yang dicintainya dimana mereka akan bertemu dalam keadaan si jejaka itu bertubuh superhero dan bertemu dengan wanita yang dicintainya pada waktu malam di rumah atau dimana - mana. Kemudian, selalunya wanita itu tidak akan mengenali siapa superhero tersebut namun apa yang membuat aku sedikit gembira dengan adegan ini apabila Carol Ferris lakonan Blake Lively mengenali Hal Jordan dengan begitu cepat dan ini menggembirakan aku kerana memang mustahil jika beliau tidak mengenali Green Lantern manusia itu yang hanya bertopeng di bahagian mata sahaja. Tahniah untuk babak itu!

 
 Kisah Percintaan Menjadi Perkara Wajib
Di Dalam Kebanyakkan Filem Superhero

Dengan bajet filem ini sebanyak 150 juta dolar US maka tidak menghairankan apabila penonton dihidangkan dengan C.G.I atau kesan khas yang betul - betul mampu memuaskan hati dan kehendak sepasang mata setiap penonton untuk menyusuri dan menghayati setiap adegan - adegan di angkasa. Filem ini juga bagi aku boleh diterjemahkan kepada unsur - unsur politik dunia masa kini apabila melihat kepada 7 atau 8 orang ketua puak kuno yang berada di Citadel di planet OA yang kelihatan seperti wakil negara - negara maju G-8 pada pandangan aku dan Parallax itu bolehlah dikatakan seperti musuh pada negara - negara berkenaan. Hahahahaha!

 Salah Satu Babak Yang Melucukan Di Dalam Filem Ini

Apa - apapun, aku kurang berkenan sedikit kepada pengakhiran hayat Parallax yang ditunjukkan di dalam filem ini kerana pada anggapan aku Parallax ialah sebuah makhluk yang begitu hebat kerana mampu mengalahkan Abin Sur yang berjaya mengurungnya berpuluh - puluh tahun di sebuah planet yang tidak dihuni mana - mana makhluk namun begitu mudah sekali beliau ditewaskan oleh Manusia Green Lantern. Sedikit kecewa disitu kerana aku mengharapkan lebih kesukaran untuk Hal Jordan sebagai Green Lantern membunuh parallax yang bagi aku sangat kuat sebelum pertemuan mereka berdua secara bersemuka.

 Ryan Reynolds Sebagai Green Lantern

Lakonan Ryan Reynolds juga bagi aku sangat menarik dan kadang kala kelihatan seperti Hritik Roshan pula apabila memakai topeng hijau itu. Mungkin kerana badannya yang dilatih menjadi begitu sasa di dalam filem ini mengakibatkan aura beliau mampu mencairkan hati penonton wanita yang menonton. Manakala lakonan pelakon siri Gossip Girl iaitu Blake Lively juga tidak menghampakan kerana membuatkan aku teruja melihat kemunculan beliau di layar perak.

 Watak Antagonis Filem Ini Iaitu Hector

Apa - apapun, Green Lantern merupakan sebuah filem yang menarik untuk ditonton dan kepada yang menggemari filem - filem sebegini maka aku menyarankan agar kalian pergilah menonton untuk melihat pelbagai aksi, wajah dan karakter di dalam filem ini. Selamat menonton!


P/S : Melihat Trailer Harry Potter and Deathly Hallows: Part 2 Yang Cukup Hebat Membuatkan Aku Sangat Teruja Mahu Menonton Di Pawagam. (^_^)Y

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. wow.. citer superhero adalah kegemaran ramai remaja.. rasanya pasti ramai nak tgok.. tp kalau saya...?? bayangkan citer trransformer tu pun saya boleh keluar 1 jam terlebih awal..

    BalasPadam
  2. waaahhh..sangat teruja untuk tengok.. hans.ko khari hari pegi tgk wayang ek..masyuk tuuu..jom belanja kitorang plak..huhuhuhu...

    BalasPadam
  3. hans hero die nmpk mcm tue je..mmg da tue ke?hihi.. Dah g tgk cte X-MEN? t review eh.. ;)

    BalasPadam
  4. uih..
    tinggi gak rating ko bro..
    hmm.. banyak plak filem2 best nih..
    nk tunggu kluar wayang lambat lagi la plak.. ;)

    BalasPadam
  5. macam penah jumpe je hero green lantern neh..
    hahaha.

    BalasPadam
  6. best ekhh? mcm nk tngokk. malas pulak. mcm common lak citer superhero ni.

    BalasPadam
  7. Kau tengok yang 3D ke? Grafik dia best setanding Avatar tak? Hehe..

    BalasPadam
  8. mcm menarek gak... kalo xtgk kt panggung nk cr cd dia lah try tgk. hee

    BalasPadam
  9. honey amour : thanks :-)

    ikhram : tgok yang 3D punya..confirm tak kuar

    hanie dew : mana ada hari2..seminggu sekali jer :-)

    muka haluih : hero dia sikit punya ensem ekau kata tua? adoiyai..x-men xtengok lagi

    kyo : 4 bintang mana tinggi...4.5 dengan 5 baru tinggi...tapi layan la filem nih :-)

    saya arief : dia ada belakon dalam filem x-men

    syazana : tgok filem yang anda memang nak tengok :-)

    ayish : sini tak ada 3D...tgo yg biasa jer :-)

    BalasPadam
  10. hrpn nak tgk.
    nice review.
    thanks host hans

    BalasPadam
  11. nuffnang premier? u pun kat sana? :)

    BalasPadam
  12. Mya : macam filem superhero lain.. :-)

    Asyraf : boleh tahan..tengok lah :-)

    Hidayahjamal : welcome..hehehe

    Ken : ehh,tak lah...nuffnang premier jauh...nih tgon alone je :-)

    BalasPadam
  13. aku dpt tiket nuffnang ritu..unfortunately, ade hal la plak..huhuhu..aku passing kat ujang n kak yana..ujang kate best..alaaaaahai..skang tunggu kalo dpt transformers...uhuuuuuu

    BalasPadam
  14. best ker citer nieyh der?....
    tgk cm best jerw...hukhuk
    aku kan abang..hkahakahkak

    BalasPadam
  15. filem ini menarik, tapi agak kecewa sket sb Dr. Hector tak diberikan byk sgt peranan berlainan dengan komik.

    lebih suka Carol dalam filem ini berbanding dengan Hal.

    BalasPadam
  16. kakak pun suka sangat cerita harry potter..dan jack speroowwwww...haha

    BalasPadam
  17. tgh menanti kemunculan harry potter..kalau da tgk tlg cepat2 review k..huhu..anyway nice blog..

    BalasPadam
  18. my fren cakap cite ni tak best.
    die rase nyesal tengok.hihi

    p/s: waiting for transformer :D

    BalasPadam
  19. kenapa poster TGL, R.Reynold looks like Hitrik...haha
    Btw, It's all end...but HP remains in my heart

    BalasPadam
  20. schaze zainn : lain orang lain citarasa...aku suka jer..hehehe

    BalasPadam
  21. fuh!!! puas aku baca ulasan ko ni hans. tapi bunyi macam menarik je cerita. tapi atas dasar nak berjimat aku terpaksa la lupakan niat nak pegi tengok. huhu

    BalasPadam
  22. aku pun tak mampu review setiap filem yg aku tonton....

    BalasPadam
  23. hehe..green lantern ni apik tak sempat nak tengok wayang aritu..huhu..

    pasal harry potter pulak..mmg tak sabar ni..heehe

    BalasPadam
  24. bui baru jer balik tonton GL ni..asalnya nk tengok KL Gangstar,tp sit penuh tukar g tengok GL..tp x menyesal sbb cerita ni best sgt..bui pun perasan hero mcm HR..then parralax tu sgt senang dikalahkan..but cerita ni still ok...

    BalasPadam
  25. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...bagussssssssssss kali filmnya


    nama saya;DIANDRA KHAIRA FARIZKA SIREGAR

    BalasPadam