Review Filem Hero: Jangan Bikin Panas


Filem:
Hero: Jangan Bikin Panas

Penilaian:
4/10

Pengarah:
Azizi Chunk

Genre:
Aksi & Komedi

Pelakon:
Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Tash Yong,
Datuk Jalaludin Hassan, Shaharudin Thambi, Riz Amin, Tauke, Jesse Lim & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Oktober 2019

Pengedar:
Empire Film Solution Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang anggota bomba bernama Zafrul yang pernah mengalami peristiwa hitam pada masa dan telah mempengaruhi kehidupannya. Sebelum menjadi anggota bomba, dia telah berdepan dengan sebuah tragedi kebakaran di Maahad Tahfiz yang pernah menjadi tempat dia menuntut ilmu dimana ramai pelajar dan para ustaz terkorban. Dia nekad untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi mangsa-mangsa tragedi kebakaran tersebut. Secara kebetulan, dia telah bertemu dengan dua orang anggota baru iaitu Ahmad Mustar dan Adam Fanifinali yang mencuba nasib untuk menjadi ahli bomba dan terpilih pada peringkat pemilihan di Kuala Lumpur. Hasil siasatan Zafrul menemukannya dengan sebuah kumpulan yang terlibat dengan tragedi kebakaran sekolah Tahfiznya. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan filem komedi ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 3 Oktober 2019 ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak Empire Film Solution untuk menghadiri malam gala filem Hero: Jangan Bikin Panas bertempat di MMcineplexes eCurve, Mutiara Damansara pada 25 September 2019 yang lepas. Siri dramanya pernah ditayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan dan kemudian diangkat sebagai sebuah naskah novel. Kini, Hero telah dijelmakan di layar perak sebagai sebuah filem namun ianya bukan kesinambungan kisah terdahulu tetapi merupakan sebuah kisah yang mampu berdiri sendiri untuk dilihat dan difahami oleh para penontonnya.


Apa yang menjadikan filem Hero ini istimewa dan unik di mata kami disebabkan beberapa perkara dimana ia berjaya menghiburkan kami hampir di dalam 3/4 keseluruhan kisahnya. Kekuatan utama filem Hero ini yang kami lihat ialah pada elemen komedinya. Komedi ini pula datang daripada pelbagai cabang dimana ia merupakan salah satu kemahiran pengarah Azizi Chunk sendiri di dalam memanipulas hal ini. Ia dapat dilihat sama ada melalui karakter watak, dialog, solekan mahu pun situasi babak-babak yang melucukan ini. Pujian harus diberikan kepada pelakon Bell Ngasri dan Mark Adam yang dilihat menjadi tulang belakang utama di dalam menyokong filem ini pada sepanjang penceritaannya. Walaupun tidak dinafikan ada lawak-lawak klise yang tidak mengundang tawa tetapi hampir kebanyakan percubaan mereka boleh dikatakan berjaya membuatkan kami dan ramai penonton lain ketawa berdekah-dekah. Antara babak komedi menarik yang sehingga kini masih memberi kesan kepada kami saat menulis ulasan ini ialah babak di Masjid Jamek yang melibatkan Bell Ngasri, Mark Adam dan Hisyam Hamid dimana ia bukan sahaja kelihatan spontan tetapi sangat memberi impak yang positif kepada filem ini.


Kami tidak nafikan filem Hero ini sememangnya dihasilkan di dalam kos pembikinan berskala kecil namun pada kami sebahagian koreografi aksinya boleh dikatakan menarik dan memukau terutama apabila ia melibatkan aksi-aski seni Muay Thai versi Mark Adam. Siapa sangka karakter Mark Adam yang kita kenali sebagai seorang lelaki yang kelihatan sopan boleh membuatkan kita terpengaruh untuk mempercayai bahawa dirinya seorang lelaki yang handal bertarung. Jadi, latihan yang dijalani oleh Mark Adam untuk filem Hero ini pada kami boleh dikatakan berbaloi kerana ia tampak hidup di visual. Cara suntingan dan potongan untuk sebahagian adegan aksi di dalam filem ini juga pada kami kelihatan jelas, teliti dan meyakinkan untuk digelar sebagai komedi aksi yang bersahaja.


Selain itu, kami agak tertarik dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak bomba Malaysia untuk filem Hero ini. Seperti yang kita sedia maklum, filem-filem melibatkan badan beruniform seperti tentera dan polis di Malaysia selalunya menjalani penilaian dan suntingan yang sangat ketat sehinggakan segala-galanya akan dipaparkan dengan sempurna yang boleh. Namun, tidak di dalam filem Hero dimana anda pasti akan terkejut sambil menggeleng kepala ketawa melihat bagaimana watak Amad Mustar dan Adam Fanifinali membawakan watak masing-masing sebagai ahli bomba yang penuh dengan gelagat dan disiplin yang tidak mencerminkan realiti sebenar. Tetapi, sebagai sebuah filem komedi aksi maka kerjasama yang diberikan oleh pihak bomba ini adalah sesuatu yang menarik pada kami kerana ia berjaya membuatkan penonton-penonton biasa rasa terhibur dan seronok melihat gelagat serta tugas ahli-ahli bomba yang berjaya dipaparkan di dalam filem ini.


Filem Hero juga dilihat menarik pada pandangan kami disebabkan pengarah Azizi Chunk bijak memanfaatkan forte miliknya iaitu dari sudut menyampaikan mesej, sindiran mahu pun dakwah di dalam plot penceritaan filem ini. Kami sememangnya menyukai bagaimana filem ini menjentik hati serta pemikiran penonton terhadap banyak perkara dan aspek di sekeliling kehidupan kita terutama berkaitan tabiat buruk masyarakat Malaysia yang walaupun diketahui adalah negatif namun ia dilihat seperti kebiasaan serta lumrah dan bukannya sebagai satu perkara yang dibenci. Hal ini dapat anda lihat apabila anda menonton filem ini dimana mesej-mesej, sindiran mahu pun nilai-nilai murni ini pada kami memang berjaya disampaikan dengan baik dan kreatif. Seperti anda sedia maklum, karya Azizi Chunk selalunya memang penuh dengan isi-isi tersurat mahu pun tersirat dimana ianya bukan sahaja boleh dilihat kepada plot cerita mahu pun dialog tetapi juga props yang digunakan di dalam setiap babak-babak filem ini.


Kami memahami niat baik pengarah yang ingin menjadikan filem Hero sebagai satu medium dakwah kepada para penontonnya. Namun, kami akui cara agresif yang digunakan di dalam sesetengah babak adakalanya kelihatan meleret, tiada komunikasi dua hala serta kurang memberi impak seperti yang diharapkan. Ia dapat dilihat pada satu babak melibatkan Ustaz Auni yang pada kami kelihatan kurang mencengkam kerana perbualan beliau dengan watak Zafrul bersifat satu hala sementelah apa yang dicakapkan olehnya seperti tiada kesinambungan dengan emosi yang diluahkan Zafrul pada adegan tersebut. Selain itu, kami merasakan adegan-adegan percintaan atau elemen romantik di dalam filem ini kelihatan kurang menjadi dan agak 'cringe'. Tetapi, alhamdulillah kerana elemen romantik ini hanya lah meliputi sekadar 10 peratus sahaja di dalam filem ini dan tidak terlalu menjejaskan fokus kami terhadap filem ini.


Seperti yang kami nyatakan tadi, Bell Ngasri dan Mark Adam sebenarnya merupakan tulang belakang filem ini dan banyak memberi warna dan nafas buat filem ini untuk menarik perhatian kami sebagai penonton. Tidak dilupakan watak-watak cameo yang muncul di dalam filem ini kebanyakannya berjaya memberi impak walaupun kemunculan mereka hanya seketika seperti Amir Raja Lawak dan Jihan Muse. Namun, kami agak keliru dengan karakter serta perwatakan yang cuba disampaikan oleh pelakon Hisyam Hamid sebagai Zafrul. Melihat kepada lakonannya di dalam filem terdekat ditayangkan sebelum ini iaitu Dendam Pontianak, ia bagaikan dua dimensi berbeza dimana perwatakan Zafrul yang dipersembahkannya tidak meyakinkan. Kami tidak nampak apa yang dikatakan sebagai lurus dan kalut di dalam watak Zafrul ini. Kemunculan Elisya Sandha dan Tash Yong pula sememangnya sekadar bunga yang menghias filem ini tanpa ada sebarang kekuatan tersendiri. Kami sebenarnya sangat tertarik dengan watak Master Samiri yang dibawakan oleh Datuk Jalaludin Hassan namun pengenalan serta perkembangan kisah watak ini pada kami dilihat lemah. Bukannya disebabkan lakonan Datuk Jalaludin Hassan kerana lakonannya adalah hebat tetapi filem ini gagal memberitahu penonton berkaitan kronologi kisah hidup watak Master Samiri itu sendiri. Kami hanya mengetahui bahawa Samiri ini ialah manusia yang telah hidup beribu tahun hanya sewaktu soalan ini diajukan kepada pengarah sewaktu sidang media. Jadi, kami bertuah kerana dapat mendengar jawapan kepada persoalan tersebut tetapi bagaimana dengan penonton yang tiada pada sidang media atau tidak membaca ulasan yang kami tulis ini? Maka akhirnya mereka akan tertanya-tanya kenapa wajah Master Samiri ini terlampau pucat sambil berpakaian aneh yang tidak masuk akal. Pada kami, filem ini mempunyai sedikit gangguan dari sudut pengenalan dan perkembangan watak serta juga kronologi kisahnya yang dilihat seperti terpotong-potong. Secara keseluruhannya, filem Hero merupakan sebuah filem ringan yang sesuai dan menarik untuk ditonton jika anda ingin menikmati unsur komedi serta mesej-mesej dan nilai murninya. Kami tidak nafikan kami banyak ketawa dan terhibur dengan filem ini. Namun, kami juga harus akui filem Hero ini juga mempunyai banyak kelompongan dari sudut naratif filemnya tersendiri seperti mana yang kami kongsikan di dalam ulasan ini.


Jadi, selamat menonton filem Hero: Jangan Bikin Panas di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 3 Oktober 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Aksi Kollywood Berjudul Kaapan. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. nice review.. tak sabar nak tengok filem ni..

    BalasPadam
  2. dari bulan berapa dh nampak kt ig bell ngn mark pasal filem ini, lagi2 tang yg bell kene turun tiang tu... itu pun tengok banyak kali mesti gelak... kalau tengok yg dh jadi filem mesti menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      In Sha Allah sis mesti terhibur tengok Bell dengan Mark Adam

      Padam
  3. Balasan
    1. Tunggu hari tayangan baru kami reveal
      sekarang bagi suspen dulu
      hehehehe

      Padam
    2. Aku agak rating rendah ni..sebab kalau tinggi mesti dah reveal supaya org dtg tengok..hehehe

      3/10 maybe..

      Padam
    3. ish tak ada lah sampai 3/10...
      filem nih seronok lah tengok untuk bergelak ketawa
      nantikan ratingnya
      hehehehe

      Padam
  4. soalan dia sekarang macam mana Bell boleh jadi bomba hshshs

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhhh
      nak tahu kena lah tonton filem Hero
      heheehe

      Padam
  5. detail review dia.. dah baca review ni kena la tgk jugak filem ni.. nak tgk aksi2 muay thai dari mark adam..

    BalasPadam
  6. Aku nak sangat tengok sebab seolah ada sesuatu tersirat yang nak disampaikan berkaitan akhir zaman. Sesuatu sgt nih haha.. Tak sabar tgu 3hb

    BalasPadam
  7. Tak sabar nak tgk. Ada sesuatu yang tersirat nak disampaikan dlm cerita tuh bila aku tgk review

    BalasPadam
  8. kata pengarah, bnyak scene bnyak dipotong. mybe sbb tu kita rasa ada mcm ada tergantung je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alasan je tu...kalo mcm tu senang la jadi director filem tak bagus sebab banyak scene dah dipotong..aku pun leh buat kalo mcm tu.. Scene setakat dialog2 panjang berjela2 tak guna kalo asas jalan cerita tu tak mantap..pengarah tu bagi alasan je tu..

      Padam
  9. Rasenye rating filem ni sampai bile2 jd tanda soal.. Bahaya, silap sikit leh kene saman.. Hehehe.. Nak tengok wayang kene keluar duit beli tiket.. Takde duit, tengok review je mampu.. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tunggu minggu depan lepas habis tayangan kot..baru hans nak beri rating..


      Filem masih tgh panas lagi tu. memang la takut kena saman kot kalo ratingnya rendah.anggapan aku rating hans beri mungkin bawah dari 8 la...mungkin 6 atau 5 hans beri...my guess la



      Padam
    2. Agreed. Biarlah rating film ni jadi misteri. Sendiri tonton, sendiri bg review. Hari tu ada seorang pengulas film YouTube hampir kena saman. Hmmm... takpe Hans, tak payah letak rating film ni sebab kami nak tonton Joker yg dpt 10/10, heeeeheheh (ketawa ala Joker)

      Padam
    3. Rating sudah diletakkan seperti yang dijanjikan :)

      Padam