Review Filem Misteri Jalan Lama



Filem:
Misteri Jalan Lama


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Keluarga & Drama


Pelakon:
Que Haidar, Hans Isaac, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran,
Sabrina Mohammed Hassan, Namron, Adam Corrie, Sobri Anuar, Afdlin Shauki,
Nasir Bilal Khan, Yalal Chin, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua dunia berbeza dimana dua beradik iaitu Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian Iskandar iaitu ayah mereka. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long dan ini menyebabkan hidupnya mulai tidak aman kerana kini dia diburu oleh gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang yang misteri ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama pada 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik dan dia banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ily dan ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra lalu dia membawa diri jauh daripada keluarganya.   

Pada hari kematian Iskandar dimana buat pertama kalinya selepas 15 tahun akhirnya Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya tiba - tiba Indra dikejar oleh gangster dan ini membuatkan Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama tersebut dan tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? Siapakah sebenarnya makhluk tersebut? Apakah hubungan antara Ilya dandan mereka? Apakah misteri yang terdapat di jalan lama tersebut? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Afdlin sememangnya seorang yang kreatif dan karya - karya beliau selalunya memang kita tidak dapat jangka kekuatan dan keistimewaan yang tersembunyi sehingga lah kita menonton hasilnya dengan mata sendiri. Bagi aku filem Misteri Jalan Lama ini mempunyai sebuah jalan cerita yang boleh dikatakan agak menarik, kreatif dan adakalanya mengujakan aku. Walaubagaimanapun, plot filem ini masih terdapat beberapa kelemahan melalui persoalan yang ditimbulkan tanpa sebarang jawapan. Filem ini sebenarnya merupakan salah sebuah filem yang boleh aku katakan agak berat dan setiap plot sebenarnya amat berhubung kait dan jika anda tertinggal untuk menonton adegan awal filem mungkin ia akan memeningkan kepala anda untuk mengikuti jalan cerita seterusnya. Nasib baik aku bukannya tergolong di dalam kelompok penonton yang tidak menyukai filem - filem berat yang memaksa anda untuk berfikir kadang - kala seperti yang terdapat di dalam filem ini.

Teraju Utama Filem Ini : Hans Isaac Dan Que Haidar

Kredit harus diberi kepada setiap pelakon di dalam filem ini terutama Hans Isaac, Que Haidar dan Namron yang berjaya menjadikan watak mereka itu seolah - olah sememangnya watak itu dihasilkan oleh mereka. Hans Isaac memang menampilkan sisi lakonan yang betul - betul cukup mantap bagi aku di dalam filem ini. Aku sukakan bagaimana beliau mengawal karakter Indra tersebut dimana ia berjaya membuat penonton adakalanya cukup benci dengan watak itu dan adakalanya bersimpati dan kadang - kadang watak tersebut berjaya di dalam menguasai emosi penonton melalui emosi karakter itu sendiri. Dari segi humor pula pujian harus diberi kepada Namron kerana berjaya menggeletek hati penonton dengan setiap patah dialog yang diungkapnya yang kelihatan cukup bersahaja. Que Haidar pula tidak dinafikan sememangnya seorang pelakon yang berkarisma dan watak Ilya juga berjaya dibawanya dengan baik.

Namron Tidak Pernah Mengecewakan

Dari segi kesan khas atau CGI pula aku rasa sememangnya ia tidak memberikan kepuasan kepada aku. Dengan Afdlin sendiri mengaku peruntukan untuk menghasilkan kesan khas ini adalah sedikit maka hasilnya juga tidak lah mampu dijelmakan sepenuhnya. Adegan akhir yang menunjukkan kapal atau bahtera yang terbang seketika mendarat di atas jalan dan kemudian terbang semula memang nampak terlalu animasi. Kesan khas yang menunjukkan akar pokok yang menjalar pula boleh dikategorikan asal boleh sahaja lah. Tetapi, apa yang amat menggelikan hati aku ialah dari segi kostum pelakon. Apabila melihat kostum puak Nian membuatkan aku ketawa kerana ianya amatlah melucukan. Aku kurang pasti apakah objektif atau perkara tersirat disebalik kebuncitan di bahagian perut yang jelas di lihat pada kostum tersebut. Apa yang aku boleh katakan disini ialah aku baru nak merasai kegagahan watak Ilya memakai persalinan perang yang lengkap tetapi apabila melihat kepada bahagian perut kostum tersebut. Eh? Kenapa perkataan kegagahan tiba - tiba mempunyai kepak dan terbang ke atas lalu hilang entah kemana? Berkenaan puak lagi satu iaitu Ghaul(aku tidak pasti ejaannya) aku dapat bayangkan jika Afdlin mempunyai wang yang lebih banyak mungkin imej puak ini akan menjadi lebih menarik dan menggerunkan. Sememangnya kostum serta senjata setiap puak kelihatan sedikit lucu namun aku faham kerana kos kewangan yang terhad jadi mungkin pada filem - filem akan datang yang bergenre sebegini mungkin boleh dilebihkan sedikit peruntukan untuk bahagian penyediaan kostum.

Puak Nian Dengan Kostum Mereka

Persoalan - persoalan yang kurang jelas dan aku mempunyai semangat ingin tahu yang cukup tinggi ialah apakah punca utama yang menyebabkan puak Nian dan puak Ghaul ini berseteru? Memang filem ini ada memberitahu bahawa puak Ghaul ini ingin menguasai dunia namun itu sahaja seperti tidak mencukupi kerana dendam yang ditonjolkan melalui puak Ghaul ini begitu mendalam sekali. Jadi, apa yang dilakukan oleh puak Ghaul ini selama 25 tahun mereka menunggu kedatangan Ilya yang merupakan putera Nian? Jika betul mereka ingin menguasai dunia dimana mereka harus menghapuskan puak Nian maka kenapa dalam jangka masa 25 tahun itu mereka tidak berbuat apa - apa untuk paling tidak melemahkan puak Nian sebelum kembalinya Ilya yang sudah diketahui mempunyai kekuatan melalui loket yang diberikan oleh ayahanda nya? Dikhabarkan juga bahawa ibu Ilya lakonan Vanida Imran yang membawa Ilya yang masih bayi ketika itu berjalan - jalan berdua - duaan dan kemudian diserang oleh ketua puak Ghaul. Kekaburan disini ialah apakah motif ibunya berani berjalan seorang diri di kawasan yang mungkin bukannya kawasan puak Nian(tidak dinyatakan jarak atau sempadan kawasan puak Nian dan puak Ghaul) tanpa dilindungi oleh panglima - panglima puak Nian sedangkan beliau ialah seorang permaisuri. Plot itu sangat lemah bagi aku. Kewajaran watak Ilya menjerit - jerit juga adakalanya kelihatan terlalu lama dan mungkin juga tidak perlu bagi aku.

Aku Suka Wajah Ketua Puak Ghaul Nih! Nama Harak Ker Apa Entah!

Skor muzik filem ini bagi aku menarik kerana ia menghidupkan suasana filem tersebut. Berkenaan pencahayaan pula aku berasa sedikit kecewa dengan filem ini. Jika diteliti sewaktu Ilya dan Indra menikmati durian di sebuah dusun itu adalah pada waktu pagi di dalam lingkungan pukul 1 hingga 3 pagi namun pencahayaan yang ditunjukkan kelihatannya seperti tidak menggambarkan keadaan tersebut. Ia sedikit mengecewakan aku namun babak Ilya menjerit dan kemudian kelihatan durian jatuh begitu banyak ke tanah sebenarnya agak menarik dan ia secara tidak langsung menggambarkan inilah Malaysia. Durian! Malaysia! Durian! Malaysia! Hahaha! Aku suka babak tersebut!

Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini

Terus terang aku cakap filem ini sebenarnya memerlukan baget yang lebih tinggi dan aku pasti jika filem ini dihasilkan dengan kos paling tidak separuh daripada kos filem Hikayat Merong Mahawangsa pasti wajah filem ini akan kelihatan betul - betul mengujakan dan wow! Walaupun masih terdapat beberapa plot yang lemah sehingga menimbulkan persoalan - persoalan yang tiada jawapan namun aku suka bagaimana filem ini berakhir dengan menunjukkan watak Indra berjalan seorang diri. Menarik sebenarnya kerana dari situ pelbagai telahan akan muncul dari fikiran kita. Filem ini sebenarnya ada wawasan dan idea tersendiri cuma bagi aku mungkin Afdlin boleh menghasilkan yang lebih baik pada masa akan datang.

Vanidah Imran

Apa - apapun, jika anda seorang penonton yang hanya mahu menonton filem yang memberi anda terus - terusan jawapan tanpa perlu berfikir maka ini bukan lah filem anda. Filem ini sedikit berat dan bagi aku bukan semua menyukai filem sebegini. Namun, apa salahnya anda menonton kerana filem ini sebenarnya ada sesuatu yang menarik di dalam perkara yang tersirat disebalik sedikit kekurangan yang jelas tersurat di hadapan mata. Jadi, selamat menonton dan tahniah kepada semua pelakon dan krew filem ini kerana telah memberikan yang terbaik kepada penonton.


P/S : Satu Cadangan Aku Kepada Semua Penerbit Filem Tempatan! Sila Letakkan Sari Kata Untuk Memudahkan Penonton Memahami Perkataan - Perkataan Asing Atau Dialog Yang Tidak Jelas. Contoh Paling Jelas Ada Di Dalam Filem Ini Sendiri!

P/S Lagi: Ulasan Filem Tempatan Yang Akan Datang Ialah Filem Ombak Rindu! Insyaallah! (^_^)Y

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. so aku kena tgok ke tak cita ni wei?

    BalasPadam
  2. Amirah : Mana aku nak pi tau dekat hang....hahahaha

    BalasPadam
  3. Pandangan aku sama macam ko hans,konsep dia memang menarik,tapi biasalah bila melibatkan CGI,memang kelaut la jawabnya...

    Mungkin aku akn tgk cerita ni..Tapi melalui dvd je kot..Terasa mcm berbelah bahagi nak tgk kat wayang ke tak..huhu

    BalasPadam
  4. bce review kau aku pn rs mcm berat cite ni. aku mati2 ingat cite hantu weyh sbb kt poster dy mnakutkan. ehhe. thx for d review beb! >_< menarik!!

    BalasPadam
  5. Apa aku nak tulis lagi ni weh? Apa yang aku fikir tentang filem ni dah kau terjemahkan dalam tulisan kau.. Hehe.. :p

    Memang cerita ni agak berat, sebab aku pergi tengok satu je, aku memang suka karya Afdlin.. Aku bawa adik-adik aku tengok yang berusia antara 14 hingga 20, semuanya tak berapa minat dengan ceritanya dan dorang cakap bosan..

    Bagi aku cerita ni kuat dari segi pelakon-pelakon dia, mesej dia, tapi kelemahan dia pun masih ada sana sini, macam kau cakap, kostum.. Tu yang paling menarik mata aku, kostum sama yang dipakai Nasir Bilal Khan dan Que Haidar.. Gila, aku asyik gelak tengok pakaian tu.. Tak nampak macam gaya pahlawan yang gagah sangat.. Hehe..

    Overall, pandangan aku macam PKE kot, aku akan pilih layan melalui DVD kalau kata aku tak tengok lagi dan aku tahu ceritanya begini.. Hehe.. Bila keluar dari panggung wayang tadi, kepuasan dia tak adalah maksima mana.. Biasa-biasa saja..

    3 daripada 5.. :)

    BalasPadam
  6. aku suka filem ni... adegan kapal di akhir filem memang luar biasa... tetapi ditangani dengan baik!

    : Review dan Movie Mistakes: MISTERI JALAN LAMA

    BalasPadam
  7. mmm...nak tanya...kat poster tu ada dua gambo wanita kan?? salah satunya adalah vanida imran..yg sorg lg tu sape??mcm muka marion counter je...

    BalasPadam
  8. PKE : hehehe..beli yg original tau :-)

    Mra : ada la juga unsur kejutan tapi filem nih bukan filem hantu la aku rasa walaupun ia berkaitan makhluk selain manusia :-)

    farhana : hehehe...sama la kita

    OPM : Filem ini ada kelebihan dan kekurangannya...

    Sirah : ar ar...itu Marion la :-)

    BalasPadam
  9. marion pun berlakon dlm filem ni?? dia sebagai ape??

    BalasPadam
  10. Sirah : nak kata apa yer watak dia nih..senang cakap dia dari Puak Nian dan jadi isteri pada Ilya selepas satu insiden

    BalasPadam
  11. Aku suka balasan komen kau "selepas satu insiden".. Ops!!! :p

    BalasPadam
  12. kostum yang menarik.
    jap nk tnye sape pegang watak illya?

    BalasPadam
  13. ragu2 utk menonton filem ini di panggung... 6 je ye. Ok..

    BalasPadam
  14. aku mmng nk tngok citer ni coz ade watak fantasi puak ghaul n nian...
    ^_^

    BalasPadam
  15. Waah.. Ulasan yang mantap ni Hans! Tak perasan pulak Namron ada sekali dalam filem ni. Aku cuba tengok nanti!


    Kalau bajet lebih besar, Afdlin mesti dapat bagi lebih kepada penonton kan..

    BalasPadam
  16. ulasan hang mmg berhemah, tahniah!

    BalasPadam
  17. Er..sejujur2 nya..sorry la bro..aku agak turn off tgk citer ni (habislah, bila sampai turn citer aku, mmg confirm gua akan kena bang kaw2 nye la) but tataulah bro..took 1 hour baru sampai kampung bunian. bila sampai terus makan chicken chop dgn begitu casualnya, tanpa sebarang persoalan mahupun segan silu..aku nye issue with story lah more than anything. perhaps benda paling cool pada aku was the kaum apa tah nama dia yang lawan orang nian tu, nampak cam orcs, itu agak cool lah. the rest..sorry bro..didn't quite do it for me. but having said that, aku harap lagi byk citer melayu genre fantasi. so, keep on rockin!

    BalasPadam
  18. zety : kostum dia menarik? erkkk?? silap taip ke apa? hahaha

    perang filem : sebenarnya aku nak bagi around 5-6 macam tu...maybe sebab malaysia xbanyak filem genre camni dan idea afdlin ada tapi masih banyak kesamaran terutama plot cerita so 6 la kut sesuai

    amir : pergi la tgok dan anda akan tahu best atau tidak :-)

    Phat : jimat duit...kenapa sedih? hehehe

    Cik Marikh : selamat menonton

    Yousof : aku suka watak namron tu...entah..aku rasa ada warna yg menarik...

    Fadz : terima kasih :-)

    Alfie : hahaha...ar ar...idea makan chicken chop tu menarik tapi cam ko cakap..story dia memang ada kelemahan yang agak banyak juga la...ada pro dan con..sebab tu harap2 lepas nih Afdlin kalau nak tampil dengan filem sebegini semoga dia tampil dgn lebih cemerlang :-)

    BalasPadam
  19. Haaaa. Biasanya, selalu tak dapat kesempatan nak tengok movie. Orang kampung katakan. Erk. *Apa kaitan?

    BalasPadam
  20. Selepas membaca review anda, 1 persoalan yang diutarakan bermain diminda "kerana dendam yang ditonjolkan puak Ghaul ini begitu mendalam sekali, jadi kenapa mereka menunggu 25 tahun untuk kedatangan Illya?"

    Sebenarnya persoalan ini telah pun terjawab dalam babak bapa Illya berlawan. Beliau telah membunuh anak Harak dengan kejam, jadi sebagai ganti Harak ingin membunuh Illya pula. Simple as that. Pergilah menonton lagi jika tak percaya,hehe...

    Saya telah pun mengesyorkan rakan2 supaya tak menonton di wayang dan tunggu dvd saje, kerana jalan ceritanya yang begitu mengecewakan pada saya, dan tak setaraf karya2 Afdlin yang lain seperti Papadom,Buli, etc. Biarlah saya seorang yang memberi RM10 pada filem ini. Begitulah tahap kecewanya saya terhadap filem ini.Pun begitu, penampilan Marion Caunter yang mengejutkan, kerana memang tak dijangka tanpa namanya diletak di kredit permulaan memberi elemen yang menarik.Dan banyak babak2 menarik yang cool+seram ditonjolkan, yang membuatkan saya berharap Afdlin dapat membuat cerita seram+hantu yang sebenar dimasa akan datang. Saya akan terus sokong karya2 Afdlin dan berharap beliau bikin filem hantu suatu waktu nanti.

    Tapi filem ini: 2.5/6

    BalasPadam
  21. ada best, tp banyak yang ntah hapa2. seriously, ending naik 'kapal' terbang, dan tinggalkan abg dia jalan kaki sorang2. Boleh? Abis karang abg dia kena serang camne?
    (refer dialog pembantu Ilya yg kate kita kena cepat, nanti org Ghaul datang balik)

    well, nasib baik tak kuar duit tgk cite ni. Seriously, jgn tgk. buang masa.

    BalasPadam
  22. slm.. nk mintak tlg lew x.. nk mintak blogger ni review untuk "running man episode 52"
    tq.

    BalasPadam