29/09/19

Pengalaman Menonton Wayang Secara Mewah Di Aurum Theatre Golden Screen Cinemas (GSC)

Baru-baru ini pihak portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh GSC Cinemas untuk menghadiri satu majlis pengumuman kerjasama antara syarikat pawagam nombor 1 Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dengan syarikat GETHA yang merupakan pengeluar tilam yang menggunakan 100 peratus getah asli dimana kerjasama ini dilihat bakal menggembirakan kaki wayang serta penonton yang memilih pawagam GSC di seluruh Malaysia. 


Menerusi kerjasama hebat ini, pihak GSC akan menjenamakan semula GSC Signature dengan gelaran baharu iaitu Aurum Theatre dimana keistimewaan utamanya sudah semestinya tempat duduk pawagamnya yang bukan sahaja kelihatan eksklusif tetapi juga boleh diseleras serta menawarkan beberapa fungsi tambahan lain seperti tempat pengecas telefon pintar anda, lampu, bantal dan tilam yang direka khas oleh GETHA bagi memberikan satu pengalaman tontonan yang bukan sahaja indah tetapi juga lebih santai dan semestinya di dalam keadaan yang cukup mewah serta berkualiti tinggi.


Kami juga dimaklumkan bahawa Aurum Theatre yang juga dikenali sebagai GETHA Lux Suites ini bakal diwujudkan di beberapa cawangan terpilih seperti The Gardens Mall di Kuala Lumpur dan Mid Valley Southkey di Johor Bahru dimana dua atau tiga dewan mewah ini masing-masing akan dibina dan dijangka dibuka kepada kaki wayang dan pengunjung GSC di cawangan berkenaan pada akhir tahun 2019 ini. 


Kami melihat Golden Screen Cinemas sentiasa ke hadapan terutama di dalam memperkenalkan pelbagai jenis dewan baharu untuk para kaki wayang di seluruh Malaysia sejak 13 tahun yang lalu. Semestinya jenama GSC ini akan sentiasa mekar di ingatan kaki wayang kerana pengalaman baharu di dalam menonton wayang dalam keadaan yang mewah sebegini semestinya akan menjadi bualan hangat oleh mereka yang telah menonton di dalam dewan Aurum Theatre selepas ini. Tahniah GSC di atas kerjasama hebat dengan syarikat GETHA ini.


Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Aurum Theatre ini, anda boleh layari laman sosial GSCinemas di Facebook, Twitter serta Instagram atau layari laman sesawang mereka di www.gsc.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan