Review Filem Flat 3A



Filem:
Flat 3A


Pengarah:
Azhari Mohd Zain


Genre:
Seram


Pelakon:
Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien,
Syazana Firas, Zaidi Omar, Khaty Azean & Etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Fiqah iaitu seorang gadis kilang yang menyedari bahawa beliau telah mengandung hasil hubungannya dengan Anas. Beliau memberitahu hal tersebut kepada Anas selepas usia kandungannya mencapai 4 bulan dan ini membuatkan Anas marah lalu memukul dan memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya. Fiqah terpaksa menggugurkan juga kandungannya dengan menelan pil yang diberi oleh Anas. Fiqah kemudian menyertai Ratna berpindah ke sebuah flat murah bersamanya. Tanpa diketahui Fiqah, rumah yang mereka sewa itu sebenarnya adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang ditakuti oleh penduduk sekitar kerana mengamalkan ilmu hitam. Dalam waktu yang sama juga, kawasan flat tersebut kecoh dengan kehilangan kanak - kanak perempuan bernama Fatin. Ibu Fatin mengalami tekanan perasaan gara - gara kehilangan Fatin manakal Wahyu iaitu bapa saudara Fatin pula berusaha menjejaki Fatin. Di flat 3A tersebut, Fiqah pula kerap kali diganggu oleh pelbagai suara dan bayangan namun Ratna banyak menyuruh beliau bersabar dan mungkin ini semua hanya bayangan Fiqah sahaja. Namun semuanya berubah apabila suatu hari Fiqah bertemu Fatin yang disangkanya seorang kanak - kanak sedang sebenarnya itu adalah roh kanak - kanak tersebut. Fiqah mula hairan kenapa beliau selalu diganggu oleh Fatin sehingga lah akhirnya dia menemui satu rahsia di rumah sewanya itu yang ada kena mengena dengan Fatin, Anas dan juga Ratna.

Ulasan Hans:

Sekali lagi filem bergenre seram menemui penonton - penonton tempatan dan apa yang boleh aku katakan bahawa filem - filem seram tempatan masih lemah di dalam mempersembahkan latar tempat dan sekali lagi kewarasan fikiran manusia cuba dimanipulasi di dalam filem untuk menerima dan menerima apa yang berlaku terhadap watak - watak di dalam filem ini namun aku masih belum mampu untuk terikut sama di dalam persekitaran filem yang langsung tidak logik pada pandangan mata.

 Anda Nak Tinggal Dekat Tempat Macam Nih Tak?

Apabila tiba sahaja pada babak Fiqah dan Ratna berpindah ke flat 3A itu terus aku secara automatik menggeleng - geleng kepala kerana betapa tidak logiknya untuk manusia yang masih waras ditambah pula anak gadis tinggal di rumah seperti itu dan apa yang aku boleh katakan unsur keseraman yang mahu dipersembahkan di dalam filem ini datangnya lebih banyak melalui 'hiasan' yang cukup melampau - lampau dan ini mengingatkan aku pada keadaan tandas di dalam filem Karak yang juga 'dihias' dengan gaya yang sangat hiperbola. Kenapa aku katakan kedua - dua situasi itu sangat hiperbola? Bagi aku tidak ada manusia yang sanggup tinggal di rumah flat 3A dengan keadaan sebegitu rupa atau menggunakan tandas seperti mana di dalam filem Karak. Merepek!

Babak Yang Melibatkan Khaty Azean Sebagai Ibu Fatin

Lakonan Intan Ladyana di dalam filem ini bagi aku sangat menarik. Jeritannya kali ini memang ada aura. Mungkin kerana sudah banyak membintangi filem membuatkan Intan yang sebelum ini berlakon tanpa ada sekelumit pun perasaan sedih di dalam filem Jangan Pandang Belakang lebih bersedia dan menggunakan pengalaman itu untuk menunjukkan bahawa lakonannya sudah punya roh dan aku mengucapkan tahniah untuk lakonannya di dalam filem ini. Lakonan Adey Syafrien pula sedikit kekok kerana mungkin ini penglibatan awalnya di dalam filem manakala lakonan adik Syazana Firas sebagai kanak - kanak bernama Fatin pula cemerlang.

 Salah Satu Babak Yang Menarik Di Dalam Filem Ini

Filem ini mungkin seram pada kebanyakkan orang yang telah menontonnya tetapi bagi aku tidak lah seseram mana. Ada juga adegan - adegan yang menarik seperti nyanyian Fatin yang boleh dikatakan mampu meremangkan bulu roma anda yang menonton.

Satu satu..Fatin Sayang Emak!
Dua dua..Emak Sayang Fatin!
Tiga tiga..sayang sama-sama!
Satu, Dua,Tiga..Sayang Selamanya!

Apa - apapun, aku masih beranggapan filem ini hanya sebuah filem seram yang lebih kurang sama seperti filem - filem lain dan jalan ceritanya juga sudah boleh dijangka. Jadi, kepada yang belum menonton bolehlah menonton filem ini untuk merasa keseramannya. Selamat menonton!

P/S : Tidak Perlu Keadaan Rumah Seperti Di Dalam Filem Ini Untuk Menimbulkan Rasa Seram Pada Penonton! (^_^)Y

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Aku nak tertidur jugak laa nengok cerita ni semalam.. Haha.. Tak seram mana pun dan agak over bak kata kau dari segi hiasan.. Rumah macam tu ade ke orang nak duduk.. And pelakon dia kureng ummphh sikit laa.. Macam Anas dengan Ratna.. But overall, bolehlah.. Huhu..

    P/S: Pasni review Momok Jangan Panggil Aku plak ek.. Hehe.. :)

    BalasPadam
  2. farhanaDr : hahaha...tahu xper...Momok jangan panggil aku? seram ke tak entah? nanti la tengok :-)

    BalasPadam
  3. mulanyer rasa cam malas nak tengok citer ni sebab tgk iklan cam tak menarik jer tapi lepas baca nih nak try p tengok lah..hehe

    BalasPadam
  4. ak x layan lg cerita nie, but yes agree sesangat ckp ko...spe je nak duduk kat tempat mcm tu...then yg karak tu pon...tandas dah macam ape...terlampau2 sgt nak buat pun...baik kencing tepi highway tu je..haha...serem le sangatt...

    BalasPadam
  5. bg akak tetap takut..tp nak tengok..hehe.

    tengok the making dia dah seram..mmg dasar penakut,hiks

    BalasPadam
  6. Flat 3A tu dekat Taman Medan Petaling Jaya. Member duduk kat tingkat 3, filem tu buat kat tingkat4, rumah kosong..lepas habis filem tu buat, baru flat tu kena cat..hehehe..

    BalasPadam
  7. Mulanya aku pun rasa tak logik, tapi bila dah tengok sampai habis baru tahu logiknya bila ada perkaitan antara RAtna dan rumah tu. Aku paling suka lakonan 'Fatin; bila dia cakap : Mak...Fatin dah balik mak...

    BalasPadam
  8. Luna Biru : Apa yang saya maksudkan adalah Fiqah...Ratna tolak ketepi kerana babak beliau tidak lah banyak..adalah mustahil untuk seorang gadis yang tidak mengamalkan ilmu hitam tinggal di rumah tersebut dan langsung tidak ada hati untuk membuka sebuah lagi pintu bilik yang kononnya dikunci oleh pemilik...jalan ceritanya sangat lah biasa... :-)

    BalasPadam
  9. hurmm saya duk tunggu filem seram melayu yg best mcm Histeria! saya suka filem Histeria! yg lain2 mcm bosan je.. :)

    BalasPadam
  10. kalau penilaian filem ni 4/5..baru rasa nak try tengok filem ni..(:

    BalasPadam
  11. tak seram arrr.. -.-'



    sekiannnn.

    BalasPadam
  12. xbez eh?? kalau cmtu download jalah movie nie..hehehe..

    BalasPadam
  13. Filem ini plot-plotnya terlalu banyak dan sehingga satu tahap tak mampu lagi dijalin. Habis koyak rabak terus. ha ha ha.

    BalasPadam
  14. aku tk tgk2 lg ctr ni..
    da bca latest review aku? psl captain amir? huhu :)

    special komik untuk bulan puasa, hope ya enjoy it
    http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html

    BalasPadam
  15. never watch it yet. it seems 'seram' ;)

    BalasPadam
  16. takut nk menonton filem seran tpi bile bce sinopsis creter2 seram ni terase cam mahu tgok jek,huhu2..tapi sampa skrg pon lom ada keberanian itu!,huahua2...

    BalasPadam
  17. betul jugak cakap ko tu hans. mana ada orang waras yang nak tinggal sini.tapi tu Nur Intan Syafinaz kata member dia ada dul ctu tingkat 3??

    **Karak pun tak tgk lagi.

    BalasPadam