Review Drama Cik Kiah Kole Kacang



Drama:
Cik Kiah Kole Kacang


Pengarah:
Shahrulezad Mohameddin


Genre:
Komedi & Keluarga


Pelakon:
Noryati Taib, Noor Khiriah, Elliza Razak, Engku Ismail, Razak Ahmad & Etc.


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan Cik kiah seorang wanita berusia awal 40-an yang merupakan seorang pembuat dan pembekal kuih kole kacang. Beliau mempunyai 2 orang anak perempuan dan salah seorang daripadanya iaitu Ecah bekerja sebagai handyman di sebuah produksi drama. Pada suatu hari Ecah memberitahu Cik Kiah bahawa produksinya akan membuat penggambaran di sebelah utara tetapi mereka tidak mempunyai katerer lalu Cik Kiah yang sememangnya meminati bidang drama dan perfileman ini beranggapan bahawa inilah peluang untuk dia mendekati bidang ini secara lebih dekat dan secara tidak langsung angan - angannya sejak kecil dahulu yang mahu menjadi pengarah dan mengetahui tentang selok - belok belakang tabir tercapai. Jadi, Cik Kiah telah menawarkan dirinya untuk menjadi tukang masak produksi itu dan bermula dari hari tersebut maka Cik Kiah mula mengenali apa ertinya perkataan cut, action, wrapppp, rolling dan pelbagai lagi! Pelbagai situasi lucu berlaku sehingga pada suatu hari drama tersebut terpaksa dihentikan disebabkan masalah produser lalu Cik Kiah dengan beraninya menawarkan diri dan wang untuk menyambung kembali pengambaran drama tersebut! Berjayakah Cik Kiah, Ecah dan adiknya meneruskan pengambaran drama tersebut? Saksikan drama komedi ini untuk mengetahu jawapannya.

Ulasan Hans: 

Aku terlepas 15 minit pertama kerana aku tidak tahu pula drama ini akan ditayangkan pada malam ini. Apabila kecoh di laman twitter dimana mereka menyebut tentang pelakon utamanya iaitu Noryati Taib maka terus aku menonton sehingga tamat drama ini. Secara jujur aku sangat meminati lakonan Noryati Taib kerana bagi aku walaupun watak yang dibawanya semuanya ialah watak yang tua iaitu menjadi makcik, mak atau pun pengawal sekali pun namun gayanya yang kelihatan spontan, selamba dan nampak muda gaya percakapannya itu membuatkan lakonannya tidak jemu ditonton berkali - kali. Serius aku suka lakonan Noryati Taib! Beliau memang sempoi! Hahaha!

 Noryati Taib Memang Lucu Habis Dalam Drama Nih! 

Kemudian, apabila ada pula pelakon Noor Khiriah maka lagi lah aku berminat untuk menonton drama ini. Apa yang aku suka tentang drama ini selain komedi yang sudah tentu memenuhi drama ini hampir 90% ialah elemen kekeluargaannya yang sangat menarik. Seperti anda sedia maklum, aku memang meminati drama atau filem yang mempunyai nilai keluarga dan drama ini bijak memainkan emosi aku dari segi itu. Nak kata sedih sangat pun tidak! Nak kata tak sedih pun tidak! Ini disebabkan suasana dan emosi pada adegan tersebut memang sedih tetapi ayat - ayat yang diungkapkan oleh mereka begitu lucu! Hehehe!

Lakonan Noor Khiriah Juga Menarik Seperti Selalu!

Aku tak pasti pula dari segi logik adakah anda yang menonton percaya hanya 5 orang sahaja mampu untuk menyiapkan sebuah drama tetapi bagi aku yang pernah belajar dan terlibat dalam membuat tugasan sebegini memang percaya 5 orang pun sudah cukup untuk menghasilkan drama cuma memang penat lah kan! Ialah! Macam cerita tadi! Kau lah tukang mekap! Kau lah pelakon! Hahaha! Benda tu tadi mengingatkan aku pada tugasan aku waktu di universiti dulu!


Aku juga suka dalam sesetengah adegan yang bijak di dalam menegur, menyindir secara sinis dan kemudian menyokong kembali pihak yang disindir. Jika anda menonton drama ini pasti anda akan perasan tentang perkara itu dan ia agak menarik kerana ia tidak kelihatan seperti berat sebelah. Ada pro dan kontranya disitu dan aku sukakannya. Apa - apapun, seronok menonton drama ini dan terhibur dengan perjalanan ceritanya. Mungkin ini cuma drama yang ringan tetapi bagi aku ia tetap bermakna di sebalik kisahnya yang ringan. Jadi, selamat menonton kepada yang belum menonton!


P/S : Aku Kalau Jumpa Pelakon Noryati Taib Nih Memang Aku Nak Bergambar Dengan Dia! Dia Sempoi! (^_^)Y

P/S Lagi : Review Drama Aku Tak Ada Penilaian Macam Filem! Aku Cuma Berkongsi Kegembiraan Aku Menonton Drama Ini Sebentar Tadi Sahaja! (^_^)Y

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. sebuah naskah yang best. macam parody jugak kot

    BalasPadam
  2. da tgk drama ni semalam.. mmg best, watak ibu dan anak dorang mmg hidup.. yg paling best, part nasihat seorang ibu pada anaknya, sgt2 tersentuh.. paling best bila sy menonton drama ni dgn umi kesayangan sy.... :-)

    BalasPadam
  3. hehe..mmg sedap ceta nie, semalam ada main, sy tengok pn dah sparuh jln,dah tu tgk sambil baring akhirnya xdpt tgk ending cz trtidooo..hampeh!tp xpe nti ada ulangan nak tgk lagik la hahaha.

    BalasPadam
  4. tak tau pun pasal cite ni, men kat channel mana nieh

    BalasPadam
  5. Pun suke noryati taibbbbb! Yang paling best masa ni..!

    BalasPadam
  6. .....pun suke moryati taib, the best masa kini!!!
    <3

    BalasPadam