Review Filem Aku Ada, Kau Ada???



Filem:
Aku Ada, Kau Ada???


Pengarah:
Rahila Ali


Genre:
Komedi, Romantik & Muzikal


Pelakon:
Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak & Etc.


Penilaian:
2 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Tina dan Nordin yang merupakan musuh ketat sejak kanak - kanak lagi. Tina telah bertemu Nordin selepas dia berpindah ke tempat Nordin belajar. Nordin ialah pelajar tahun ke-2 yang sentiasa menjadi perhatian pelajar wanita lain namun dia menjadi seorang yang cepat gemuruh apabila berhadapan dengan Tina. Tina pula seorang yang agak panas baran dan amat tidak menyukai Nordin kerana peristiwa lampau. Walaupun mereka berdua sering bergaduh namun akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta tanpa dirancang. Manakala Aziz yang tidak sukakan Nordin juga mencintai Tina dan dalam diam cuba menggagalkan perhubungan mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Tidak mahu mengulas panjang(dah tertaip panjang aku rasa) jadi akan menaip dalam fitrah seringkas mungkin. Filem ini menjalani penggambaran di sebuah pusat pengajian tinggi di Korea Selatan namun pensyarah dan sebahagian pelajar di dalam kelas yang ditonjolkan adalah orang Malaysia dan mereka berbahasa Melayu sambil diselangi bahasa Inggeris sekali sekala. Mungkin mengambil semangat atau gaya filem Bollywood iaitu jika dilihat ada sedikit persamaan namun kelemahannya lebih ketara berbanding gaya yang diguna dan diolah di dalam filem Bollywood.

Perjalanan cerita ini terlalu lemah! Tina dan Nordin sudah berbelas tahun tidak berjumpa tetapi apabila kali pertama bertemu sahaja sudah tahu itu adalah mereka. Babak imbas kembali pula hanya menunjukkan zaman mereka masih kanak - kanak yang belum kenal apa itu akil baligh atau apa maksudnya mimpi basah. Jadi, sangatlah tidak logik apabila kali terakhir berjumpa sewaktu di zaman kanak-kanak yang belum masuk tadika tetapi terus mengenali apabila masing - masing sudah dewasa. Itulah yang digambar oleh filem ini pada plot ceritanya dan ia sememangnya lemah dan langsung gagal dari segi itu.

Jika ia mengambil inspirasi daripada filem Bollywood dan ini dapat dilihat pada gaya Angah sebagai seorang pensyarah yang sering dengan biolanya(seperti watak Shah Rukh Khan di dalam filem Mohabbatein) maka sememangnya banyak yang tidak kena. Sebagai contoh gadis - gadis Korea yang 'diperalatkan' untuk menunjukkan rasa suka atau begitu taksub kepada watak Nordin tersebut dengan hanya menyebut satu atau dua ayat sahaja di dalam bahasa Inggeris dan diulang - ulang sehingga menimbulkan rasa jelik dan cukup menyampah di mata aku. Ia berbeza di dalam filem Bollywood di mana pelajar - pelajar atau lebih tepat pelakon tambahannya lebih bijak berbicara dan ia mampu menipu penonton dengan lebih baik dan dapat diterima walaupun kita tahu penggambaran filem itu bukan dilakukan di India.

Satu babak yang paling mengejutkan apabila pensyarah, kaunselor atau lebih tinggi dari itu(aku pun tak pasti apa wataknya) yang ditugaskan untuk mendenda Tina dan Nordin kerana bergaduh dan akibat tidak tahan dengan kerenah mereka berdua maka mereka berdua dibiar berkurung di dalam bilik gara - gara tombol pintu tercabut. Mengejutkan disini ialah kedua - dua mereka itu berlainan jantina dan bagaimana mudahnya pensyarah atau kaunselor tersebut(sebagai orang yang terpelajar dan mengajar sepatutnya ditunjukkan bahawa mereka itu lebih berakal daripada pelajar-pelajarnya) yang sanggup membiarkan sahaja mereka berdua terkurung disitu sepertinya si Tina dan Nordin itu tidak ada nafsu langsung. Sungguh merepek babak itu jika betul pun niatnya cuma mahu menunjukkan bagaimana mereka berdua mula lembut hati sedikit dan kemudian jatuh cinta. Selepas itu ditunjukkan pula Tina dan Nordin akhirnya jatuh cinta namun babak tersebut langsung tidak kuat untuk menyokong keputusan tersebut. Benci berbelas tahun tetapi terus jatuh cinta hanya dalam beberapa jam? Apakah ini semua? Hahahaha!

Memandangkan ini filem muzikal maka semestinya ada lagu. Terdapat 4 buah lagu jika tidak silap aku dan aku merasakan tiga daripada lagu - lagu tersebut agak merdu dan sedap di dengar. Kesimpulannya, jalan cerita filem ini lemah dan tidak menarik bagi aku. Sekian!


P/S : Memang Nan Hado! (^_^)Y

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Hehe Nan Hado.. Aku suka baca ulasan kau Hans.. ;D

    Yang aku terbaca kat paper pasal dua berasik laki perempuan yang berlakon agak kayu tu je..

    Tak tau pulak plot dia selemah ni.. Serius aku cakap banyak kali aku kecewa bila tengok filem melayu kat panggung...

    BalasPadam
  2. Yousof : dua beradik laki perempuan? yang mana ek?
    entah...ini pandangan aku jer Yousof...tak tahu la orang lain macam mana...tapi memang keajaiban aku mampu habis tonton filem nih...hahaha

    BalasPadam
  3. Fail....itu yang aku dapatkatan...mungkin aku dah jemu tgk muka sam setiap kali keluar filem baru di panggung...

    BalasPadam
  4. Aku pun setuju haha..merapu merepek dan membazir jer..sayang betul view dlm cerita nih mmg cantik tapi jalan cerita langsung tak cantik...Apa pun baik kita sokong agar pengarah Hoore Hoore terus berkarya kerana magicnya pada jalan cerita melayu yg mmg menarik walaupun pengarahnya adalah Cina...

    BalasPadam