Review Filem The Hobbit: An Unexpected Journey



Filem:
The Hobbit: An Unexpected Journey


Pengarah:
Peter Jackson


Genre:
Pengembaraan & Fantasi


Pelakon:
Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Ken Stott,
Graham McTavish, William Kircher, James Nesbitt, Stephen Hunter,
Dean O'Gorman, Aidan Turner, John Callen, Peter Hambleton & Etc.


Penilaian:
7 / 10


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang latar masa 60 tahun sebelum The Lord of the Rings dimana Bilbo Baggins berkongsi tentang pengalamannya keluar daripada kawasan penempatan kaum Hobbits dan menyertai misi 13 orang kerdil dalam usaha mereka mendapatkan semula kawasan kerajaan orang kerdil, Dwarf Kingdom of Erebor yang ditawan oleh seekor naga ganas yang digelar Smaug. Penyertaan Bilbo Baggins di dalam kumpulan tersebut sebenarnya adalah hasil idea Gandalf yang turut jua menyertai misi orang kerdil tersebut yang dipimpin oleh Thorin Oakenshield. Pelbagai halangan yang perlu mereka atasi seperti serangan daripada Goblin, Orc, Warg, Nercomancer dan pelbagai lagi. Disebabkan perkara tersebut Bilbo Baggins terpisah dengan kumpulan orang kerdil tersebut sehingga menemukannya dengan Gollum yang secara tidak langsung telah mengubah hidup Bilbo sepenuhnya.


Ulasan Hans:

Aku memang sukakan filem-filem sebegini yang punya aksi, imaginasi, fantasi serta pengembaraan yang penuh dengan perkara-perkara yang pelik atau unik. Filem ini sebenarnya adalah imbas kembali kepada watak Bilbo Baggins pada 60 tahun yang lampau iaitu sebelum pengembaraan Frodo Baggins dan rakan-rakannya bermula di dalam trilogi filem The Lord of the Rings. Permulaan ceritanya sebenarnya agak menarik sebelum kemudian sedikit mendatar kerana filem ini perlu memperkenalkan sedikit sebanyak kesemua watak-watak di filem kali ini yang rata-ratanya adalah muka baru. Kumpulan orang kerdil sahaja sudah melebihi 10 orang tidak ditambah lagi dengan watak-watak antagonisnya yang lain. Tetapi, apabila sudah satu jam filem ini ditayangkan maka perjalanan ceritanya kembali menarik perhatian aku untuk lebih memberi fokus.



Punca Bilbo Baggins Mengembara


Aku sukakan watak-watak jahat di dalam filem ini kerana hampir kesemuanya mempunyai suara termasuk troll. Babak-babak yang melibatkan Bilbo, kumpulan orang kerdil serta 3 ekor troll sememangnya agak menarik dan melucukan. Namun babak pertemuan dan permainan teka-teki antara Bilbo dan Gollum lah sebenarnya yang paling aku suka di dalam filem ini. Selain unsur humor yang tinggi, apa yang menarik adalah sentuhan animasi Gollum itu sendiri yang kelihatan cukup hidup dan penuh dengan karakternya. Memang terbaik!


Babak Ini Sangat Kelakar! Hehehe!


Filem sebegini seperti biasa selain mempertontonkan aksi-aksi berlawan atau peperangan serta wajah-wajah pelik makhluk-makhluk mitos lagenda barat, filem ini juga tidak melupakan mesej-mesej tentang keamanan, perpaduan, kepercayaan, hormat-menghormati sesama insan serta sifat cintakan alam sekitar. Kesemua itu berjaya disampaikan dengan cukup baik dibantu oleh sinematografi serta skor muzik filem ini yang wajar dipuji kerana menyajikan banyak pemandangan atau rekaan latar yang indah-indah pada mata ini.



Seronok Pula Rasanya Bila Dapat
Dengar Suara Trolls Yang Tengah Tu!


Memandangkan filem ini bakal mengikut jejak filem trilogi The Lord of the Rings maka tidak hairan lah jika siri pertama filem The Hobbit ini meninggalkan banyak persoalan yang menarik dan membuatkan penonton tidak sabar untuk menanti sekuel terbarunya. Banyak perkara menarik yang membuatkan aku tertunggu-tunggu untuk menonton filem selepas ini iaitu bagaimana Saruman boleh berubah menjadi jahat, apa yang terjadi kepada Greenwood yang diduduki oleh Radagast, adakah Thorin Oakenshield akan mendapat kembali kawasan Dwarf Kingdom di Erebor yang kini ditakluki oleh naga ganas bernama Smaug dan bagaimanakah hubungan Bilbo Baggins dengan cincin yang diambilnya daripada Gollum yang secara tidak langsung memberi kesan yang cukup dasyat pada filem The Lord of the Rings.



Barisan Puak Dwarf Yang Penuh Dengan Pelbagai Karakter


Aku memang sukakan filem sebegini jadi tak ada banyak benda yang aku mahu ulas. Senang cerita, pergilah menonton sendiri dan semoga kalian semua berpuas hati dengan filem ini. Aku memang dah tak sabar-sabar lagi dan nak tonton sambungan filem ini. Sekian!

P/S : Masih Teringatkan Babak Teka-Teki Antara Bilbo Baggins Dan Gollum! (^_^)Y

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. semalam da tgk!!..besttt..cume ending tergantung sikit...huhu

    BalasPadam
  2. hawiz : sebab ada sambungannya..macam LOTR pun dibikin sebegini juga :-)

    BalasPadam
  3. aku belum tgk lagi..xtahu nk tgk bile..huaaaa

    BalasPadam
  4. Jejaka Riderz : tengok lah esok..haha

    BalasPadam
  5. sesuai x utk tontonan famili yang ada anak2..?nk pegi tgk ni..tpi xtaw sesuai x tgk dgn anak..

    BalasPadam
  6. OPM : Selamat menonton :-)

    Najiha : welcome :-)

    wawa bear : saya tak pasti la untuk kanak2 sesuai ker tak...sebab bagi saya macam ada sesuai n ada yang tak :-)

    BalasPadam
  7. semalam dah tengok...errr..ingat tak ape teka teki dorang?hehehe

    BalasPadam
  8. visiting here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

    Regards,
    http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

    BalasPadam
  9. Visiting ur blog..nice story...btw..congrats ya blog tercalon dalam social media week 2013....;)

    BalasPadam
  10. haha.. baru perasan ada page review movie ni. tengah excited tunggu bulan 12 ni.. haha.. nak tengok sambungan movie ni. XD

    BalasPadam
  11. x tgk citer ni sbb citer lord of the ring pun aku x tgk.

    BalasPadam