19/09/18

Review Filem Johnny English Strikes Again


Filem:
Johnny English Strikes Again

Pengarah:
David Kerr

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Komedi

Pelakon:
Rowan Atkinson, Olga Kurylenko, Ben Miller, Emma Thompson,
Jake Lacy, Miranda Hennessy, Adam James & Etc.

Penilaian:
6/10

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang sebuah serangan siber terancang yang menyebabkan keseluruhan data serta identiti seluruh ejen perisik didedahkan dan terbongkar  kecuali Johnny English yang datanya telah dipadamkan kerana dia sudah berpencen. Gara-gara tiada pilihan lain, mereka terpaksa memanggil Johnny English untuk bertugas semula dan menyelesaikan misi rahsia untuk mencari dan menangkap dalang yang terlibat di dalam masalah serangan siber ini. Memandangkan Johnny adalah seorang perisik yang ketinggalan daripada segi kecanggihan teknologi jadi Johnny terpaksa melaksanakan misinya menggunakan barang-barang lama serta yang terdiri daripada jenis analog. Adakah Johnny English berjaya menewaskan musuhnya dengan barang-barang teknologi lama atau sebaliknya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Hans:

Sebut sahaja Rowan Atkinson kemungkinan besar belum tentu orang kenal. Tetapi, jika disebut Mr Bean pasti ramai yang mengenali dan menggemari lawak slapstik beliau yang cukup menghiburkan. Formula yang sama turut digunakan di dalam ketiga-tiga filem Johnny English cuma ditambah baik dengan gaya, karisma serta profesional perisik yang lebih tampak ilmiah. Filem Johnny English membawa satu fenomena positif terhadap watak Mr Bean itu sendiri yang kemudian disusuli dengan kejayaan kedua melalui sekuel filem ini iaitu Johnny English Reborn. Jadi, bagaimana pula dengan impak ketiga daripada filem terbaru yang berjudul Johnny English Strikes Again ini?


Secara jujurnya aku merasakan filem ini masih mampu menghiburkan penonton tetapi unsur humor yang diketengahkan di dalam filem ini masih mengekalkan elemen humor tipikal yang tiada sebarang pembaruan daripada filem-filem terdahulu. Babak lucunya boleh diagak dan ada yang diulang-ulang daripada filem-filem terdahulu seperti babak tertukar barang bukti, tersalah menggunakan alat atau gajet yang dibawa serta kesilapan yang dilakukan Johnny tetapi kesilapan itu menyelamatkannya daripada kematian atau kemalangan.


Banyak watak di dalam filem ini yang kurang menonjol seperti pelakon Emma Thompson yang memegang watak sebagai Perdana Menteri tidak terlalu menonjol. Begitu juga dengan watak antagonis di dalam filem ini iaitu Jason lakonan Jake Lacy yang sudah boleh diketahui kejahatannya sejak awal lagi kemunculannya di dalam filem ini. Melihat kepada satu tahap sebenarnya agak bosan apabila penjahat sudah boleh diteka dengan begitu mudah cuma nasib filem ini diselamatkan dengan lawak-lawak slapstik Rowan Atkinson yang masih relevan buat masa ini. 


Dari segi penceritaan pula terdapat sedikit kekeliruan apabila pada permulaannya Johnny English tidak mahu menggunakan sebarang peralatan berteknologi tinggi untuk mengelak jejaknya daripada diketahui musuh. Ini agak menarik kerana menyaksikan pertembungan antara ejen perisik tradisional dan musuh yang pakar dalam teknologi siber. Namun di pertengahan dapat dilihat pemahaman tentang ini mulai bercelaru apabila Johnny menggunakan iPhone untuk merakam bukti-bukti jenayah Jason. Tetapi, penonton pasti sudah terbiasa dengan ini kerana inikan filem Johnny English. Betul tak?


Antara babak yang melucukan bagi aku ialah Johnny diberikan alat VR untuk berlatih dan mengingati kedudukan markas Jason. Babak Johnny memukul dan menyerang pelbagai orang di kedai buku, kedai kopi dan bas dua tingkat memang agak melucukan dan dia sendiri tidak sedar dia melakukan ini semua sehingga akhir filem. Satu babak yang bagi aku menarik. Lagi satu ialah babak berkaitan penipuan nama yang membuatkan aku memang ketawa berdekah di dalam panggung wayang. Nak tahu lebih lanjut kena saksikan sendiri filem ini.


Jadi, aku tidak mahu menulis terlampau panjang kerana filem Johnny English Strikes Again ini tiada apa sangat pun yang harus diperkatakan. Jadi, aku senaraikan disini beberapa sebab kenapa anda perlu menonton filem Johnny English Strikes Again :

1) Peminat Rowan Atkinson, Mr Bean dan Johnny English memang perlu menonton untuk melengkapkan siri tontonan anda. 

2) Untuk bergelak ketawa dan menghilangkan tekanan hidup buat sementara waktu kerana lawak-lawak di dalam filem ini masih lagi relevan.

3) Hampir keseluruhan filem ini mampu menghiburkan anda yang menonton jadi tidak terasa lama berada di dalam pangung wayang.


Aku juga ingin senaraikan beberapa kelemahan filem ini mengikut pandangan amatur aku yang telah menonton :

1) Lawak yang wujud kebanyakkannya ialah lawak yang sama atau kitar semula daripada filem terdahulu

2) Tiada sangat faktor yang memukau atau perubahan plot yang menarik. Johnny English tetap Johnny English yang dahulu. 

3) Sekadar cukup membuatkan anda yang menonton ketawa senang hati. Jika mahu lebih daripada itu rasa-rasanya tidak ada.


Apa-apapun, secara peribadi aku merasakan filem Johnny English Strikes Again merupakan sebuah naskhah yang masih membuatkan aku terhibur sewaktu menonton filem ini di TGV The Mines. Aku masih boleh ketawa cuma jika filem ini masih ada sambungannya aku risau lawak-lawak Johnny English hasil saduran watak Mr Bean ini akan hilang relevannya nanti. Apa-apapun, buat masa ini filem ini masih relevan dan melucukan. Jadi, selamat menonton dan semoga kalian juga terhibur dengan gelagat Johnny English ini. Sekian!

P/S : Untungnya Manusia-Manusia Yang Dapat Tonton Filem PASKAL Esok! Aku Tersangatlah Cemburu Sebab Aku Tak Dapat Jemputan Atau Tiada Orang Ajak! Hahaha! 

10 ulasan:

  1. hehehe...kekadang tu tak perlu fikir lebih sangat dan tonton jer utk release tension..

    BalasPadam
    Balasan
    1. filem ini memang pergi tengok untuk gelak ketawa jer
      hahaha

      Padam
  2. Menarik ulasan yang diberikan. Betul.. Cukup sekadar menonton untuk menghiburkan hati dam menenangkan fikiran dikala kekusutan sibuk dengan kerja di hari biasa. Terbaeeekkkkkkkkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      setakat nih lawak Rowan Atkinson masih relevan
      jadi sesuai lah tengok kalau nak bergelak ketawa

      Padam
  3. macam menarik...johnny english yang lama pun tak pernah tengok..inikan yang baru xD

    BalasPadam
  4. Maybe the tarikan is mr.Bean tu sendiri,kan. And kalu bwk anak2. Anak2 aida nonton JE yg lepas2 berulang kali, ketawa terbahak2 ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      lawak macam nih kalau dapat dekat orang lain belum tentu kita ketawa
      tetapi, bila dengan Rowan Atkinson tak nak ketawa pun boleh jadi nak ketawa
      hehehe

      Padam
  5. da tonton juga hari tu. lawak biasa.filem pun rasa biasa.rasa rate yg hans bg tu mmg kena la kot..hihu =p

    BalasPadam