Review Filem Lisaa


Filem:
Lisaa

Penilaian:
5/10

Pengarah:
Raju Viswanath

Genre:
Seram & Ngeri

Pelakon:
Anjali, Sam Jones, Makarand Deshpande, Yogi Babu & Etc.

Tarikh Tayangan:
24 Mei 2019

Pengedar:
Lotus Five Star

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Lisaa yang buat pertama kalinya pergi menemui datuk dan neneknya di kampung dengan ditemani oleh rakannya iaitu Jagadeesh. Tujuan Lisaa menemui datuk dan neneknya adalah bertujuan untuk meminta agar mereka memaafkan dan menerima kembali ibunya. Namun, tanpa Lisaa sedari ialah datuk dan nenek yang ditemuinya itu bukan datuk dan neneknya yang sebenar dan Lisaa serta Jagadeesh berada dalam keadaan yang bahaya. Siapa sebenarnya mereka berdua? Apakah nasib Lisaa dan Jagadeesh? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda bermula 24 Mei 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisahnya.

Ulasan:

Alhamdulillah kami di portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton filem Lisaa di Amerin Cineplex pada 25 Mei 2019 yang lepas. Filem bergenre seram ini menampilkan jalan penceritaan yang mudah tanpa ada sebarang perubahan plot yang mengujakan. Konsep filem ini dilihat lebih kurang sama seperti mana filem-filem seram tempatan yang lain. Jadi, apa keunikan yang ada pada filem Lisaa ini?


Apa yang paling unik dan agak berjaya pada pandangan kami untuk filem ini ialah unsur seram serta elemen permainan psikologi yang boleh diberi pujian. Jika anda seorang penonton yang terlalu mudah berasa takut maka filem Lisaa ini pasti akan membuatkan anda berpeluh di dalam panggung wayang. Selain daripada itu, kami melihat filem ini tidak lebih hanya sekadar sebuah filem seram berbentuk komersial yang kelihatan biasa sahaja.


Ada banyak perkara yang kurang jelas tentang filem ini sejak daripada awal filem lagi. Salah satu perkara yang paling ketara ialah tentang watak Jagadeesh sendiri. Kami tidak nampak kekuatan atau keistimewaan hubungan di antara Lisaa dan Jagadeesh ini sehinggakan Lisaa sanggup mengajak dan memaksa lelaki ini untuk menemaninya berjumpa dengan datuk dan neneknya. Nak kata kekasih pun bukan! Nak kata adik angkat pun bukan! Disini sahaja kami dapat melihat ada kecelaruan yang jelas pada kesinambungan gabungan kedua-dua watak ini yang pada kami mempunyai kelompongan cerita yang agak besar. Belum lagi apabila mereka bertemu datuk dan nenek yang sejak awal lagi bersikap aneh namun seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kesimpulannya, filem ini sesuai ditonton sebagai hiburan ringan sahaja tetapi jika anda inginkan yang lebih maka filem ini pasti akan mengecewakan anda.


Jadi, selamat menonton filem Lisaa di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 Mei 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Apa Pula Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda? Nantikannya!

Catat Ulasan

2 Ulasan