Filem:
The Climbers
Penilaian:
7/10
Pengarah:
Daniel Lee
Genre:
Pengembaraan & Drama
Pelakon:
Wu Jing, Zhang Ziyi, Jing Boran, Zhang Yi, Hu Ge, Jackie Chan & Etc.
Pengedar:
ATriNaga Sdn Bhd
Tarikh Tayangan:
17 Oktober 2019
Sinopsis:
Filem ini diinspirasikan daripada sebuah kisah benar berkenaan kumpulan pendaki Cina yang diketuai oleh Wang Fuzhou, Gonpo dan Qu Yinhhua. Pada tahun 1960, mereka telah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan China pertama yang berjaya mendaki laluan Rabung Utara Gunung Everest yang berbahaya selepas kehilangan ramai ahli lain yang terkorban sepanjang menghadapi pelbagai jenis cabaran yang menghalang. Dalam perjalanan turun dari gunung itu, mereka berhenti di pertengahan perjalanan untuk menyelamatkan ahli keempat kumpulan mereka yang tidak mampu meneruskan pendakian tersebut sehingga kehilangan kamera yang menjadi bukti kepada kejayaan pendakian mereka. Disebabkan tiada bukti bergambar maka kejayaan mereka tidak diiktiraf dunia. Selepas 15 tahun, mereka kembali berazam untuk menakluk kembali puncak Gunung Everest beserta dengan bukti gambar. Namun, adakah kali ini mereka akan bernasib baik seperti sebelum ini? Saksikan filem yang sangat menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 17 Oktober 2019 ini untuk mengetahui kisah seterusnya.
Ulasan:
Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak pengedar ATriNaga Sdn Bhd untuk menonton sebuah filem pengembaraan berdasarkan kisah benar dari China berjudul The Climbers bertempat di TGV Cinemas Sunway Pyramid pada 16 Oktober 2019 yang lepas. Filem ini memaparkan kisah sebenar tentang kumpulan pendaki Republik Rakyat China yang ditubuhkan serta dibentuk untuk mendaki ke puncak Gunung Everest bagi membuktikan kepada dunia tentang kehebatan dan kekuatan mereka selepas pendaki dari Inggeris telah membuktikannya pada tahun 1953 dan diikuti oleh pendaki dari Switzerland pada tahun 1956. Namun, menariknya kejayaan kumpulan pendaki dari China ini dinafikan oleh komuniti serta persatuan antarabangsa yang tidak mengiktiraf hal ini kerana pendaki China tidak mempunyai bukti dari sudut gambar atau fotografi dimana filem ini telah menyatakan sebab musabab apa yang berlaku pada ketika itu.
Filem The Climbers juga kuat dari sudut teknik VFX atau imej janaan komputer (CGI) yang boleh dipuji hasilnya. Walaupun terdapat juga beberapa elemen ini yang tidak terlalu realistik namun pada kami hampir 85 peratus hasilnya sangat mengagumkan. Dibantu pula oleh skor bunyi, sinematografi serta suntingan sudut kamera yang bersesuaian telah membuatkan setiap penonton pasti akan berdebar saat menyaksikan pelbagai jenis cabaran serta kejadian ngeri yang perlu diharungi oleh setiap pendaki ini untuk tiba ke puncak Everest. Memang faktor ini sangat membantu untuk menjadikan filem The Climbers lebih memberi kesan yang positif kepada pengalaman tontonan anda.
Tidak dinafikan filem The Climbers juga turut meletakkan kisah-kisah menarik berkaitan persahabatan serta percintaan untuk menambah elemen drama di dalam plot penceritaannya. Kami merasakan mesej-mesej berkaitan persahabatan berjaya disampaikan dengan cukup baik dan ianya berjaya memberi kesan mendalam apabila kami melihat watak-watak utamanya berada di dalam dilema antara memilih kejayaan atau nyawa sewaktu menjalankan misi ini. Dari sudut percintaan, ia pada mulanya dibentuk dengan cukup baik namun terasa seperti kehilangan pada pertengahan filem dimana hal berkaitan percintaan ini dilihat tidak konsisten dan kurang diberi masa untuk berkembang dengan baik. Namun, pada pengakhiran kisahnya ia masih memberi kesan yang agak baik walaupun tidak secara keseluruhan. Namun, jika dilihat dari sudut patriotik, kami merasakan filem ini begitu berjaya untuk membuatkan penonton berasa bangga dengan kejayaan pendaki gunung Everest yang secara tidak langsung membuatkan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia akan mengingati pendaki gunung Everest negara seperti Datuk M Magendran dan Datuk N Mohandas serta menghargai jerih perih mereka atas kejayaan mendaki Gunung Everest dan menangkat nama Malaysia di persada dunia.
Selain itu, kemunculan pelakon hebat dan tersohor iaitu Jackie Chan di dalam filem The Climbers juga pasti akan membuatkan peminat beliau serta para penonton terhibur. Secara keseluruhan, kami sangat gembira menonton The Climbers dan mengesyorkan para kaki wayang serta pembaca sekalian untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran anda untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem ini seperti mana yang kami telah rasai sebelum ini.
P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Yang Dinanti Ramai Iaitu Maleficent: Mistress Of Evil. Nantikan Ulasannya!
Jadi, filem The Climbers dimulakan dengan pengenalan tentang peristiwa tersebut sebelum membawa penonton untuk melihat apakah yang berlaku dan terjadi kepada nasib tiga orang pendaki China yang berjaya tiba ke kemuncak dari sudut psikologi apabila majoriti rakyat China menyatakan bahawa kejayaan mereka di puncak adalah satu pembohongan dan memalukan negara. Selepas 15 tahun, negara China kembali menubuhkan kumpulan pendaki Everest untuk ekspedisi kedua iaitu pada tahun 1975 dimana kali ini salah seorang pendaki yang pernah tiba di puncak iaitu Fang Wuzhou serta dua orang rakannya turut ditugaskan untuk kembali memimpin, melatih dan mengetuai kumpulan baru ini untuk misi terbaru ini. Disini kami mula melihat pelbagai permainan emosi serta nilai patriotisma mula disuntik secara perlahan-lahan tetapi konsisten untuk membuatkan kami dapat menghayati dengan lebih mendalam apa yang dilalui oleh setiap watak-watak utama filem ini.
Filem The Climbers juga kuat dari sudut teknik VFX atau imej janaan komputer (CGI) yang boleh dipuji hasilnya. Walaupun terdapat juga beberapa elemen ini yang tidak terlalu realistik namun pada kami hampir 85 peratus hasilnya sangat mengagumkan. Dibantu pula oleh skor bunyi, sinematografi serta suntingan sudut kamera yang bersesuaian telah membuatkan setiap penonton pasti akan berdebar saat menyaksikan pelbagai jenis cabaran serta kejadian ngeri yang perlu diharungi oleh setiap pendaki ini untuk tiba ke puncak Everest. Memang faktor ini sangat membantu untuk menjadikan filem The Climbers lebih memberi kesan yang positif kepada pengalaman tontonan anda.
Tidak dinafikan filem The Climbers juga turut meletakkan kisah-kisah menarik berkaitan persahabatan serta percintaan untuk menambah elemen drama di dalam plot penceritaannya. Kami merasakan mesej-mesej berkaitan persahabatan berjaya disampaikan dengan cukup baik dan ianya berjaya memberi kesan mendalam apabila kami melihat watak-watak utamanya berada di dalam dilema antara memilih kejayaan atau nyawa sewaktu menjalankan misi ini. Dari sudut percintaan, ia pada mulanya dibentuk dengan cukup baik namun terasa seperti kehilangan pada pertengahan filem dimana hal berkaitan percintaan ini dilihat tidak konsisten dan kurang diberi masa untuk berkembang dengan baik. Namun, pada pengakhiran kisahnya ia masih memberi kesan yang agak baik walaupun tidak secara keseluruhan. Namun, jika dilihat dari sudut patriotik, kami merasakan filem ini begitu berjaya untuk membuatkan penonton berasa bangga dengan kejayaan pendaki gunung Everest yang secara tidak langsung membuatkan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia akan mengingati pendaki gunung Everest negara seperti Datuk M Magendran dan Datuk N Mohandas serta menghargai jerih perih mereka atas kejayaan mendaki Gunung Everest dan menangkat nama Malaysia di persada dunia.
Selain itu, kemunculan pelakon hebat dan tersohor iaitu Jackie Chan di dalam filem The Climbers juga pasti akan membuatkan peminat beliau serta para penonton terhibur. Secara keseluruhan, kami sangat gembira menonton The Climbers dan mengesyorkan para kaki wayang serta pembaca sekalian untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran anda untuk merasai sendiri pengalaman menonton filem ini seperti mana yang kami telah rasai sebelum ini.
Jadi, selamat menonton filem The Climbers di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 17 Oktober 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!
P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Yang Dinanti Ramai Iaitu Maleficent: Mistress Of Evil. Nantikan Ulasannya!
0 Ulasan