15/01/20

Review Filem Playing With Fire


Filem:
Playing With Fire

Penilaian:
2/10

Pengarah:
Andy Fickman

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo,
Brianna Hildebrand, Dennis Haybert, Judy Greer & Etc.

Pengedar:
United International Pictures

Tarikh Tayangan:
9 Januari 2020

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan sekumpulan anggota bomba lasak yang bercadang untuk menjaga sekumpulan adik-beradik yang mereka selamatkan dari kebakaran tanpa menyedari mereka telah bertemu lawan mereka yang sepadan melalui tiga kanak-kanak nakal itu. Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 9 Januari 2020 untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem berjudul Playing With Fire di TGV Cinemas Jaya Centre pada 12 Januari 2020 yang lepas. Selepas kami dihidangkan dengan seleksi filem-filem menarik sewaktu kami menonton pelbagai jenis filem pada 11 Januari dan nampaknya kegembiraan kami telah dicemari oleh toksik beracun yang cukup likat selepas selesai menonton filem ini yang pada kami cukup membosankan dan tiada arah tuju yang jelas langsung.



Filem Playing With Fire bermula dengan agak baik apabila memaparkan usaha penyelamat sepasukan kumpulan bomba yang diberi nama Smoke Jumper. Elemen humor sudah kelihatan dan kelihatan ia bakal berjalan dengan lancar. Namun sangkaan kami sama sekali meleset dan tersasar jauh selepas kumpulan bomba ini menyelamatkan tiga orang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah rumah yang terbakar. Masalah besar tentang filem ini datangnya daripada dua perkara yang sangat jelas dimana ia sangat-sangat mengganggu tontonan kami yang sebenarnya mengharapkan filem ini mampu berdiri sama tinggi dengan filem-filem yang berkonsepkan sama tentang seorang jejaka tegap yang perlu menguruskan kenakalan anak-anak kecil seperti filem The Pacifier misalnya.


Masalah terbesar filem Playing With Fire ini ialah elemen humor yang cuba disampaikan kepada penonton namun hampir 90 peratus adegan komedinya langsung tidak terasa kelakar. Kami merasakan adegan-adegan ini tersangat canggung dan kelihatan terlalu mencuba. Masalah ini bukan sahaja datangnya daripada watak lakonan John Cena semata-mata tetapi juga boleh dilihat kepada watak tiga orang kanak-kanak yang kelihatan sangat mengjengkelkan. Kami melihat berbezanya watak ketiga-tiga pelakon cilik di dalam filem ini dengan kanak-kanak di dalam filem-filem yang seangkatan dengan temanya ialah dari sudut perkembangan dan persembahan karakter. Jika dilihat kepada filem-filem seperti The Pacifier, tidak dinafikan watak kanak-kanak yang terlibat sememangnya nakal tetapi ia tidak kelihatan mengjengkelkan atau tidak beradab. Lain pula halnya di dalam filem Playing With Fire dimana kami merasakan kecomelan watak kanak-kanak di dalam filem ini hilang kerana adab yang dipertontonkan di dalam filem ini tersangat jelik dan langsung tidak menimbulkan sebarang empati walaupun mereka ini merupakan anak yatim piatu. Sememangnya kronologi penceritaan dan cara watak-watak ini diperkembangkan mempunyai masalah yang sangat besar dan memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita.



Playing With Fire juga sangat kekurangan adegan aksi dimana ianya hanya boleh dilihat pada babak awal filem ini sahaja. Watak-watak pelik yang sememangnya pelik dan tidak membantu langsung perkembangan cerita seperti watak Axe. Kisah percintaan yang tidak kuat. Karakter John Cena yang membuka baju di dalam sebuah filem yang memberi fokus kepada kisah kanak-kanak? Untuk apa? Secara jujurnya, kami rasa sangat kecewa dengan filem ini dan ini adalah satu pembaziran yang jelas buat kami yang melaburkan wang membeli tiket untuk menonton filem sebegini. Tidak dinafikan ada beberapa adegan yang mencuit hati atau bermain dengan emosi. Namun, disebabkan 90 peratus keseluruhan filem ini yang membawakan satu kisah yang sangat 'meletihkan' membuatkan kami merasakan filem ini gagal menepatit kriteria sebuah filem bergenre kekeluargaan yang sepatutnya kaya dengan elemen lucu yang menghiburkan.



Jadi, selamat menonton filem Playing With Fire di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Januari 2020 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!


P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah Sebuah Filem Bollywood Yang Agak Menarik Berjudul Tanhaji: The Unsung Warrior. Nantikan Ulasannya! 

2 ulasan:

  1. Wahhh..xjadi aku nak tengok..hahaha

    Eh, Underwater ko xde buat review ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru buat...
      sama lah nasib dia dengan filem nih
      hahaha

      Padam