Review Filem : Orphan



Filem:
Orphan


Pengarah:
Jaume Collet-Serra


Genre:
Seram, Misteri & Thriller


Pelakon:
Vera Farmiga, Peter Sarsgaard, Isabelle Fuhrman & Etc.


Ulasan Hans:


Filem ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang keguguran bayi yang diberi nama Jessica. Jadi, beliau dan John(suami beliau) bercadang mengambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga walaupun mereka sudah mempunyai 2 anak iaitu Daniel dan Max(kanak – kanak perempuan yang bisu tetapi sangat comel).

Jadi, mereka berkunjung ke sebuah rumah kebajikan dan tertarik dengan karakter Esther yang berumur ‘9 tahun’ yang dilihat sangat baik dan bersopan santun. Esther pun diambil sebagai anak angkat dan disinilah segala – galanya bermula kerana Esther mula menunjukkan dirinya yang sebenar secara perlahan – lahan dan sedikit demi sedikit rahsianya mula terbongkar kerana umur sebenar beliau bukanlah 9 tahun dan beliau adalah seorang wanita yang sangat kejam.

Film ini membuatkan diri penulis sangat penat dengan aksi – aksi yang menakutkan serta menyeramkan yang penuh dengan kejutan. Kepada anda yang belum menonton, penulis mengesyorkan anda agar menonton di wayang berdekatan untuk merasainya sendiri kerana menonton di wayang lebih menghiburkan dari segi sistem bunyi dan kepuasan berbanding dengan membeli vcd atau dvd original atau cetak rompak.

Penulis memberi 5 bintang kepada film ini kerana jalan cerita dan watak – watak yang dilakon oleh pelakon – pelakon dalam film ini sangat berkesan dan membuat penulis sangat teruja terutamanya watak Esther , Ibu Max dan Max. Bunyi muzik latar film ini sangat bagus sehinggakan bunyi cermin pun mampu membuatkan penulis terkejut atau cuak.

Catat Ulasan

0 Ulasan