Langkah penerbit filem Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen televisyen berbayar adalah suatu tindakan yang sangat bijak bagi aku. Pada pandangan aku sendiri sebenarnya pasaran filem Malaysia baru sahaja berkembang baik tetapi momentum ini seolah - olah hampir dimusnahkan oleh stesen berbayar ini yang memberi penonton pilihan untuk menonton dengan kadar yang paling murah dan menjimatkan.

Kesan positifnya hanyalah kepada penonton(dan mungkin juga pada pihak mereka sendiri) yang mampu menjimatkan berpuluh - puluh ringgit kerana dengan melanggan siaran sebegini ia mampu ditonton oleh seluruh ahli keluarga berbanding menonton di wayang tetapi kesan negatif jangka panjang ialah ia akan merugikan penerbit filem sendiri untuk menerbitkan filem seterusnya. Bayangkan sebuah keluarga terdiri daripada 6 orang. Jika ke panggung wayang secara kasarnya mereka harus berbelanja sebanyak RM60 untuk menonton sebuah filem tetapi dengan melanggan siaran berbayar yang sangat murah mereka mampu menjimatkan hampir RM40 serta menontonnya berulang kali dan ini menyebabkan penerbit filem kerugian RM40 atau lebih.

Dalam jangka masa panjang apabila penonton lebih memilih untuk menonton di siaran berbayar berbanding di panggung wayang maka ia secara tidak langsung akan memusnahkan industri perfileman negara yang secara utamanya mengharap kutipan filem daripada panggung wayang kerana itu adalah sumber utama kutipannya selepas jualan DVD dan jualan di siaran televisyen.

Sudahlah keuntungan yang diperoleh di panggung wayang akan dibahagi secara dua dengan pihak panggung dan harus diingat filem yang dijual kepada stesen televiyen selalunya dijual di dalam lingkungan RM100,000 sahaja jadi adalah satu langkah yang merugikan apabila filem yang baru habis ditayangkan  di panggung wayang tiba - tiba dibenarkan ditayangkan pula di siaran berbayar. Jadi, langkah penerbit Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen berbayar adalah satu langkah yang sangat bijak pada pandangan aku.

P/S : Esok Mahu Pergi Menonton Filem Arahan Khabir Bhatia Ini.