Review Drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel



Drama:
Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel


Pengarah:
Mamat Khalid


Genre:
Komedi


Pelakon:
Delimawati, Rozie Othman, Man Kadir,
Jamaludin Kadir, Along Kamaruddin, Opie Zami & Etc.


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang rombongan penduduk kampung yang membuat lawatan ke upacara pembukaan Sukan Komanwel yang diketuai oleh Cik Kiah. Pelbagai kejadian dan halangan yang dihadapi mereka sebelum dan semasa perjalanan menuju ke Bukit Jalil. Pelbagai kerenah, ragam serta rungutan dari setiap peserta rombongan gara - gara kedatangan bas yang lewat serta keadaan bas yang begitu daif membuatkan Cik Kiah terpaksa bersabar dan menenangkan mereka. Selamat menonton drama komedi yang penuh dengan nilai dan semangat patriotisme ini.

Ulasan Hans:

Drama arahan seorang pengarah filem yang kini terkenal dengan buah tangannya yang membawa fenomena kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tak lain tak bukan Mamat Khalid ini begitu menarik dari segi mesej, semangat patriotisme dan nilai - nilai murni dimana setiap elemen ini bijak diselitkan di dalam adegan - adegan yang penuh dengan humor dan sarkastik di dalam drama yang cukup lucu ini.

 Mamat Khalid

Aku begitu meminati wajah drama ini yang menunjukkan bagaimana sifat - sifat manusia yang pasti kita selalu lihat atau jumpa atau pun kadang - kadang tanpa sedar kita sendiri mengamalkannya. Aku suka bagaimana setiap karakter itu dibentuk dimana sifat baik hati, memberontak, hasad dengki, atas pagar dan tidak berputus asa berjaya ditonjolkan di dalam drama ini dengan begitu jayanya sekali.

 Mana Lah Diorang Kutip Bas Nih? Hahahaha!

Walaupun ada sesetengah adegan lucu yang jika difikirkan logiknya pastinya susah untuk diterima akal tetapi anggap sahaja lah itu sebagai salah satu keunikan di dalam setiap hasil karya Mamat Khalid yang bagi aku cukup bersahaja dan semestinya membuatkan aku tidak kering gusi untuk menonton drama ini berulang kali. Mana mungkin aku tidak ketawa menonton kejadian lesung batu jatuh menimpa pemandu bas serta ekzos yang tergantung di dalam bas.

 Keadaan Bas Yang Begitu Dasyat Dan Melucukan

Aku juga cukup suka melihat bagaimana nilai patriotik bijak diterapkan di dalam drama ini melalui setiap watak terutamanya watak Cik Kiah, Majid, Lokman dan Pian yang begitu bersemangat untuk menonton pembukaan Sukan Komanwel yang julung - julung kali diadakan di Malaysia. Tidak perlu mengangkat senjata untuk menunjukkan semangat itu tetapi hanya dengan berbekalkan semangat dan keazaman watak - watak ini sahaja sudah cukup menunjukkan bahawa dram ini walaupun komedi tetapi padat dengan nilai patriotisme acuan Mamat Khalid.

 Cik Kiah Lakonan Delimawati Yang Begitu Tinggi Semangat Patriotiknya

Apa - apapun, drama ini sememangnya menarik untuk ditonton kerana secara tidak langsung ia sebenarnya mencerminkan juga wajah masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu yang mana boleh dilihat melalui setiap karakter di dalam drama ini dan sememangnya ia masih lagi relevan pada ketika ini. Jadi, selamat menonton drama ini.

P/S: Aku Tengok Drama Nih Dekat NTV7 Sewaktu Aku Masih Bersekolah Rendah! (^_^)Y

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alamak!! lamanye kes nih.. mmg minat citer ni dulu!! Hahaha!! teruskan ulasan2 yg best k.. hehe..

    BalasPadam
  2. Yazidy : terima kasih Yazid...cerita ni kelakar yang bukan kosong..tu best tu :-)

    BalasPadam
  3. tajuk 'kes' pon memang sangat menarik! akan ku tengok nanti. hehe! good job bro! :-)

    BalasPadam
  4. blog tips kurus : owh...belum tgok lagi ke? selamat menonton :-)

    BalasPadam
  5. ni blog hans jugak ker?

    pernah tgk cite ni zaman budak2 dulu..x tau pulak ni drama arahan mamat khalid

    BalasPadam
  6. wida : yer sis..saya ler nih :-)

    dulu2 pun saya tgok jer masa saya kecik - kecik tapi tahun ni bila saya tengok balik baru tahu pengarah dia mamat khalid..tengok pelakon2 dia...pak Jabit ada..delimawati ada...heheheh

    BalasPadam
  7. NIh cerita lawak kan. Thanks ;a sebba share. Sesuai dilayan di saat2 tensi macam sekarang nih..

    BalasPadam
  8. Nur : ar ar...drama komedi..owh tensi ke?selamat menonton :-)

    BalasPadam
  9. tungggguuu...rombongan cik kiah ke Kelana Jaye pulak..... rombongan nak nganto cik kiah naik haji......tungggguuuu

    BalasPadam
  10. samalah.. lama tu tak tengok citer ni.. rombongan cik kiah.. hehehe...

    BalasPadam
  11. salam..
    haha suke sgt cite ni..
    ta igt dh brpe umor ms tu..

    BalasPadam
  12. wow!! hehe review yg bagus. serius saya xtau lgsg yg youtube ada tayang cite ni. ntah mcm mana tegerak hati nak search, tgk2 ada. hehehee :)

    BalasPadam