Review Filem Hantu Bonceng



Filem:
Hantu Bonceng


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Komedi Seram


Pelakon:
Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar, Jue Aziz & Etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Amran iaitu seorang budak delivery yang sering terlibat dalam perlumbaan haram. Suatu hari, Amran memenangi satu perlumbaan dan beliau diberikan seorang gadis yang cantik sebagai hadiahnya. Namun Amran terlibat dengan sebuah kemalangan bersama gadis itu gara - gara dilanggar dengan sebuah lori. Kejadian itu menyebabkan gadis itu mati di tempat kejadian manakala Amran telah dibawa ke hospital. Disebabkan insiden itu kehidupan Amran terus berubah secara drastik kerana gadis yang mati itu telah menjelma sebagai hantu dan menggangu hidupnya setiap malam. Amran percaya dia diganggu kerana mayat gadis itu masih belum dituntut oleh sesiapa. Disebabkan sudah tidak tahan lagi diganggu maka Amran meminta bantuan rakannya iaitu Kunyit untuk membantu beliau menyelesaikan masalah ini. Rupa - rupanya gadis yang mati itu mempunyai kembar bernama Ayu dan sesuatu perkara yang mengejutkan telah berlaku selepas itu.

Ulasan Hans:

Begitu lama blog ini tidak dikemas kini dan alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk mengulas tentang filem Hantu Bonceng yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam. Disebabkan kekangan masa akhirnya dapat juga aku menonton filem ini walaupun sememangnya sudah hampir 2 minggu filem ini di tayangkan di pawagam tempatan. Pada pandangan peribadi aku, filem Hantu Bonceng ini merupakan sebuah filem yang santai dan ringan serta berjaya menggeletek hati penonton melalui babak - babak yang diisi dengan pengajaran dan nasihat yang disampaikan secara sinis dan ia memberi peluang kepada setiap penonton untuk menilai sendiri setiap babak filem ini.

 Zizan Dan Taiyuddin

Bagi aku lakonan pelakon yang paling menarik di dalam filem ini datangnya daripada Taiyuddin Bakar dimana setiap kali kemunculannya di dalam filem ini pasti akan berjaya menggeletek hati aku dengan lenggok suara, riak wajah dan gerakan badan yang sememangnya berjaya menghidupkan watak Kunyit dengan begitu menarik sekali. Lakonan Zizan pula bagi aku seperti biasa yang kita semua sedia maklum memang lucu dan selamba namun kerana Zizan selalu berlakon dengan gaya sebegitu membuatkan aku tidak lah berasa terlalu teruja dan tidak pula rasa terlalu kecewa.

Baju Yang Dipakai Zizan Menggamatkan Suasana Panggung

Plot filem ini pula kurang kemas dan sedikit lemah kerana bagi aku banyak babak - babak yang diwujudkan ibarat sekadar untuk menjadikan filem ini mempunyai satu jalan cerita yang mencukupi untuk durasi masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Babak - babak tersebut terlalu kurang kekuatannya dan kebanyakkan bergerak terlampau pantas atau dibuat seolah - olah ia kebetulan dan penonton yang menonton seperti dipaksa untuk menerima apa sahaja yang bakal terjadi pada adegan seterusnya. Watak Maya sepatutnya perlu diutamakan kerana tajuk filem ini sahaja pun sebenarnya merujuk kepada watak Maya itu sendiri namun sayangnya watak ini kurang jelas dan tidak dikembangkan sebaik mungkin.

 Zizan Diganggu Oleh Roh Maya

Filem ini mempunyai banyak mesej - mesej berbentuk keagamaan, nasihat dan nilai murni masyarakat yang cuba disampaikan kepada penonton melalui pelbagai adegan yang boleh aku katakan adakalanya sangat sarkastik dan itu yang menyebabkan ia menarik. Aku suka dengan mesej - mesej yang cuba disampaikan dan salah satunya ialah kepercayaan kepada bomoh dimana masyarakat di Malaysia ini walaupun boleh dikatakan sudah hidup dilimpahi teknologi dan segala macam kecanggihan namun masih juga mempercayai bomoh yang karut dan bagaimana watak bomoh yang dilakonkan oleh Eizlan Yusuf itu berjaya melontarkan ayat sinis di dalam dialog yang diungkapkannya kepada sesiapa yang teramat percaya pada bomoh. Bagi aku adegan itu sangat menarik dan pedas!

 Salah Satu Adegan Berkenaan Penguasaan Bahasa Inggeris

Melabelkan mat rempit sebagai sampah masyarakat melalui watak doktor yang dilakonkan oleh Zahid AF juga bagi aku merupakan sindiran yang sangat tajam namun begitu menarik dan berani. Aku juga suka dengan adegan yang menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Melayu sekarang yang masih lemah dan mudah diperkotak - katik oleh bangsa asing. Memang adegan itu lucu tapi bagi aku ia sangat bermakna! Ramai juga yang mengatakan filem ini mempersendakan agama melalui beberapa adegan yang ditunjukan dan pada pandangan aku pula mungkin mereka beranggapan sebegitu kerana pelakon yang dipilih dan terlibat dalam beberapa adegan yang terbabit lebih dikenali sebagai pelakon komedi dan apabila beberapa ayat diungkapkan berulang kali dan mereka beranggapan ia seolah - olah mempersenda. Bagi aku pula rasanya memang ada adegan yang patut diubah atau ditiadakan namun ada juga adegan yang bagi aku tiada masalah pun seperti yang dikatakan penonton lain sebelum ini kerana mungkin mesej yang cuba disampaikan di dalam setiap adegan - adegan itu sampai kepada aku.

Cat Farish Dalam Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini

Namun, satu perkara yang begitu menarik di dalam filem ini seperti yang kalian sudah maklum(jika sudah menonton) ialah bagaimana filem ini dengan selambanya berjaya mempromosi Motosikal Modenas GT110 melalui satu adegan yang melibatkan Zizan, Taiyuddin dan Yus daripada kumpulan Jambu yang bagi aku betul - betul menarik dan sangat melucukan namun merupakan salah satu promosi yang hebat dan berkesan untuk menarik hati penonton terutamanya remaja. Babak itu cukup menarik dan kena dengan perjalanan cerita ketika itu. Sememangnya pihak Modenas merupakan salah satu penaja filem ini namun adegan itu bagi aku betul - betul ekslusif dan penonton tidak lah terlalu terasa adegan itu seperti salah satu kesempatan yang diambil oleh pihak Modenas untuk mempromosikan kenderaan terbaru keluaran pihak mereka seperti yang kita selalu lihat di rancangan televisyen yang cuba mempromosikan barangan penaja yang kadang - kadang kelihatan terlalu menjaja kepada penonton. Adegan itu memang lain dari yang lain dan aku merasakan ia merupakan satu langkah baru yang agak bijak buat masa ini.

 Pelakon Utama Filem Hantu Bonceng

Apa - apapun, filem Hantu Bonceng hanyalah sebuah filem ringan yang cuba menyampaikan mesej, nasihat dan sindiran terhadap pihak - pihak tertentu terutama remaja melalui penyampaian yang berbentuk komedi. Filem ini tidak lah mengecewakan dan tidak lah juga membanggakan! Sesuai untuk dijadikan sebagai hiburan namun aku masih mengharapkan Ahmad Idham menghasilkan filem yang lebih berseni dan kemas kerana filem ini sebenarnya bernasib baik kerana banyak dibantu oleh kekuatan Zizan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam menarik penonton ke pawagam! Jadi, selamat menonton kepada sesiapa yang belum menonton lagi filem Hantu Bonceng ini.

P/S : Ada Sesiapa Mahu Menonton Filem Nasi Lemak 2.0? (^_^)Y

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. saiazuan : tapi aku tak tahu kenapa aku lagi enjoy tengok adnan sempit...hahahaha

    faiz : terima kasih :-)

    BalasPadam
  2. nak tengok nak tengokk.


    hanss, bulanje aku wei!

    BalasPadam
  3. xtgk lagi filem ni.. nasi lemak 2.0 tu cambest jer..

    BalasPadam
  4. x tgk lagi..
    huhuhuhu..
    ada link x? hehehe

    BalasPadam
  5. dengar banyak review kata best!!! thanks for the review hans =D

    BalasPadam
  6. Kalau cita melayu aku mmg jarang nak tengok.. Nasib ko ada buat sinopsis cerita.. Dapatlah aku sedikit gambaran citer tu....

    BalasPadam
  7. filem ni mmg sampah. serius!
    aku dah tengok dan menyesal..
    selain byk main2kn agama (part yg paling byk org gelak dlm panggung) filem ni juge meleret dan juge tkde jalan cite..

    hantu nye setengah jam pertama je..pastu dah cite dia berterabur

    selepas Prof whatever tu, ahmad idham antara pengarah yg aku akan rejek..

    aku suka filem melayu tp filem ni buatkan aku teringat filem 7 perhentian, ambang misteri yang sampah..!


    p/s: berbaloi tak tengok. dgrla cakap aku..hahaha

    BalasPadam
  8. kejap je 1 jam 20 minit~ memang teringin nak tengok jugak cerita ni :)

    BalasPadam
  9. aku dipaksa menonton hantu bonceng dan t'jerumus dalam kancah filem melayu...hahahaha
    apa-apapun, filem ahmad idham, apalah yg boleh kita harapkan sangat. ;)

    BalasPadam
  10. aku dipaksa menonton hantu bonceng dan t'jerumus dalam kancah filem melayu...hahahaha
    apa-apapun, filem ahmad idham, apalah yg boleh kita harapkan sangat. ;)

    BalasPadam
  11. x tau sama ada nak tengok ke x minggu depan... itupun kalau ada lagi tayangan... hehehehehe

    BalasPadam
  12. sedihnya x dan nak tgk cite ni masa balik kg hr tu..
    balik trgnu x de cinema..huhu
    cepatlah kuar astro 1

    BalasPadam
  13. org ramai nk tgk sbb ada zizan hehe..
    lepas dh baca review ni, mcm agak kureng keterujaan nk tgk dh..nnti2la tgk..

    BalasPadam
  14. erm..xdpt tgk lg citer ni...ritu p SP, full ja..CS ngn village mall sama ja penuh smpai ke mlm..last2, tgk FINAL DESTINATION...lg best (sdpkn ht)...
    SMURF tgk lom?? smurf best gila...hehe

    p/s: nti tgk RAYA X JADI plak..!

    BalasPadam
  15. hans:sebab adnan sempit ada shaheizy sam kalau watak maran lakonan zizan ditukar kepada shaheizy sam mcm mana ek?rasanya lg ok kot

    BalasPadam
  16. dah tgk. aku enjoy la tgk citerni.
    satu yang pasti. Gelak Non Stop.

    BalasPadam
  17. dah tengok dah filem ni. silap aku sebab baca dulu pasal filem ni mempersendakan agama. terus aku tak tahu nak gelak ke tak time dorang main2 masa mengucap. tibe2 cat farish jadi ustaz. macam kelakar.

    watak hantu tu pon tak seram.

    hantu melayu apelah sangat.

    kehkeh

    BalasPadam
  18. wpun x best tp tetap nak tengok jugak..tp beli dvd ajerlah nnt..hehe

    BalasPadam