Review Filem The Darkest Hour



Filem:
The Darkest Hour


Pengarah:
Chris Gorak


Genre:
Aksi, Seram & Sains Fiksyen


Pelakon:
Emile Hirsch, Olivia Thirlby, Max Minghella, Rachael Taylor, Joel Kinnaman & Etc.


Penilaian:
2 / 10


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang empat orang anak muda yang datang ke Moscow dengan tujuan yang berbeza namun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan tanpa diduga apabila sekumpulan makhluk asing yang tidak dapat dilihat datang menyerang bumi untuk mencari sumber tenaga dan mineral bagi kegunaan mereka. Mereka berempat berusaha mencari jalan keluar daripada Moscow dan cuba melawan makhluk asing halimunan tersebut dengan menggunakan pengetahuan mereka tentang konsep fizik yang mereka tahu antaranya menggunakan mentol sebagai alat untuk mengesan kedatangan makhluk asing tersebut. Mereka juga bertemu dengan beberapa orang lagi yang terselamat dan akhirnya melancarkan beberapa serangan terhadap makhluk asing tersebut. Adakah mereka terselamat dan berjaya pulang ke Amerika Syarikat kembali?


Ulasan Hans:

Filem ini memang berjaya dari segi kesan khas atau CGI yang memang tidak boleh dinafikan terutamanya apabila memaparkan kemusnahan bandar Moscow yang sememangnya cukup ngeri dan dramatik sekali namun tidak kepada jalan ceritanya kerana setiap plot dan perkembangan wataknya sama sekali cukup kabur dan langsung tidak mendatangkan debaran mahu pun kejutan kerana segala - galanya seakan - akan sama seperti filem - filem Hollywood lain yang bergenre sebegini. Semuanya sudah boleh dibayangkan sebelum ianya dipertontonkan! Bosan!

 Kesan Khas Filem Ini Memang Menarik

Sama sahaja kisahnya iaitu beribu - ribu atau lebih makhluk asing yang turun ke bumi dan datang entah dari mana untuk mengambil segala - gala sumber mineral yang terdapat di muka bumi cuma yang lainnya kali ini ialah makhluk asing ini di dalam versi halimunan namun apabila ditunjukkan wajahnya di dalam beberapa adegan ianya sekadar sama seperti makhluk - makhluk asing sebelum ini. Sangat klise dan semestinya amat membosankan pada pandangan aku.

Manusia Bertukar Menjadi Debu Gara - Gara Makhluk Asing Halimunan

Apa yang membuatkan filem ini tidak menarik seperti filem - filem bergenre sebegini contohnya filem Battle Of Los Angeles kerana perkembangan setiap watak tidak kira sama ada ianya adalah manusia mahu pun makhluk asing tesebut serta jalan ceritanya yang langsung tidak ada sebarang pembaharuan mahu pun keunikan. Filem ini sekadar kisah anak muda yang pada mulanya langsung tiada harapan untuk hidup sehingga bersembunyi di dalam bilik bawah tanah di sebuah bangunan berhari - hari dan kencing di dalam tin kosong sehingga akhirnya berjaya pulang ke Amerika Syarikat dengan kapal selam selepas berjaya membantu beberapa orang askar Russia membunuh 6 ekor makhluk asing daripada berpuluh ribu yang turun ke seluruh pelosok bumi. Apakah semua ini? Sebuah filem yang memang mengecewakan aku.

Salah Satu Babak Cemas Di Dalam Filem Ini

P/S : Selamat Tahun Baru Dan Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Pembaca Blog Ini! (^_^)Y

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. 2/10 je? ... baru nak download tapi baca2 review mcm tak best je..

    Bila Rindu ingat www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  2. sgt tak best kew?
    nasib baek tak tgk

    BalasPadam
  3. Setuju! :]

    But I think it's better than Skyline.
    CGI & Visual fx were good.

    Storyline is cliche but the concept of invisible aliens were new & interesting.

    You can read my review @ my blog. (:

    BalasPadam
  4. in the end amarika hero..
    russian mati..
    keh3

    BalasPadam