Filem:
Jidin Sengal 
Pengarah:
Esmi Zahara 
Genre:
Komedi
Pelakon:
Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak,
Jue Aziz, Zac Diamond, Faezah Elai & Etc.

Penilaian:
3 / 10 
Sinopsis:
Filem  ini mengisahkan tentang Jidin dan Bob Dobot yang merupakan dua  orang  sahabat yang bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal pada suatu hari  nanti.  Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah  secara  tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya  gara-gara  memberontak hendak pergi ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Di  sana Jidin telah bertemu dengan Bob  Dobot iaitu seorang pelakon ekstra  tetapi berjiwa pelakon  utama. Bob  memiliki keyakinan yang tinggi, badan yang gempal dan muka  yang  langsung tidak serupa dengan Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang  watak hero atau paling tidak sebagai pelakon pembantu berdialog pada  suatu hari nanti.  Jidin dan Bob Dobot mula berkawan baik dan Bob  menjadi mentor kepada Jidin  yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia  glamor sebagai  artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadang kala  cacian merupakan cabaran terbaru kepada Jidin. Jidin dan Bob  sering  diberi tawaran watak lalu-lalang atau berlegar-legar di belakang   pelakon utama saja. Kadang - kadang tidak sempat mereka mahu selitkan  dialog dan pengarah sudah menjerit "cut!".  Dengan bantuan rakan mereka  Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang  berlakon dalam sebuah  filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi  pelakon ekstra tetapi  lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin  dan Bob sentiasa  dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada  mereka. Berjayakah  Jidin dan Bob tampil sebagai pelakom utama? Mampukah  mereka bertahan  dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar  impian mereka  bergelar pelakon terkenal? Saksikan filem ini di pawagam pada 22 Mac  2012 ini untuk mengetahui kesudahannya.
Ulasan Hans:
Kutipan tiket untuk filem Jidin Sengal tidak melebihi RM1 juta(rujuk DISINI) dan bagi aku filem ini memang tidak ada daya penarik langsung dari segi jalan ceritanya. Dilihat pada sinopsis mungkin kelihatan ada daya tarikan namun apabila diterjemah kepada bentuk visual semuanya hilang entah kemana. Kisahnya mudah iaitu tentang bagaimana Jidin yang begitu bercita - cita untuk menjadi seorang pelakon dan nasibnya berubah(walaupun menunggu bertahun-tahun) apabila berkenalan secara tidak sengaja dengan Bob Dobot yang merupakan pelakon ekstra.
Satu perkara yang sangat menjengkelkan di dalam filem ini ialah watak Iskandar lakonan Zack X-Factor yang bagi aku teramat melebih - lebih(terlebih menjiwai watak barangkali) dan kelihatan sangat poyo pada pandangan mata aku. Mungkin watak tersebut memang dicipta sebegitu namun kadang - kadang ia sedikit mengelirukan aku. Pada mulanya kelihatan seperti pelakon utama dan kemudian ditunjukkan pula sebagai pelakon pembantu dan rupa - rupanya dia ialah seorang yang mungkin ketua agensi pelakon yang membekalkan pelakon - pelakon tambahan untuk sesebuah produksi. Senang cakap watak ini sangat membuatkan aku geleng kepala kerana tidak tahan melihat adegan - adegan yang melibatkan watak ini(kita sekarang di tahun 2012 tetapi kenapa filem nih macam tahun.......).
Selain mengisahkan tentang dunia pelakon - pelakon ekstra juga tidak dilupakan tentang harapan Jidin untuk bertemu dengan Piah yang boleh dikatakan sebagai kekasih di zaman kanak - kanaknya(lebih tepat Cinta Monyet) dan pada mulanya si Jidin menyangka bahawa Amy(lakonan Jue Aziz) adalah Piah melalui beberapa perilaku atau gerak tubuh yang seakan - akan sama dengan Piah namun Piah yang sebenarnya ialah pelakon wanita ekstra yang selalu menggoda - goda Iskandar untuk mendapatkan tawaran berlakon. Aku tidak kisah sangat pada pembayang sebegitu walaupun sememangnya hal itu sangat lemah dari segi logiknya(lebih tepat faktor kebetulan yang sering digunakan dalam mana - mana filem sebegini) namun apa yang amat mengecewakan aku ialah adegan selepas Jidin mengetahui siapa Piah sebenar dimana dia telah pengsan dan apabila sedar dia sedang berada di paha si Piah dan kemudian keluar Bob Dobot dengan seorang lagi wanita sambil membetulkan pakaian serta mengelap mulut dan muka. Apa kejadah sebenarnya yang ingin disampaikan dalam babak ini? Sungguh memalukan!
Selain itu aku juga tidak faham apa sebenarnya yang filem ini cuba fokuskan. Memang kisahnya berkenaan pelakon ekstra tetapi ia terbabas kepada watak Ella Sunti(lakonan Faezah Elai) yang telah berkahwin dengan suami orang namun masih bermain mata dengan orang lain, tentang perebutan mencari pelakon ekstra(antara Iskandar dan seorang lelaki yang berpewatakan seperti seorang bapuk) serta terlalu cuba membuat penonton ketawa(masalahnya banyak adegan yang konon kelakar tetapi tak kelakar langsung) sehinggakan aku beranggapan hampir separuh daripada pelakon(dicampur pelakon pembantu dan ekstra) di dalam filem ini telah memberikan lakonan yang terlebih daripada apa yang sepatutnya mereka berikan(lebih tepat lagi terlalu over).
Senang cakap aku sangat tidak berkenan dengan adegan - adegan yang aku katakan sebelum ini atau bersifat terlampau kebaratan(contoh seperti adegan nak bercium tetapi tak jadi) yang bagi aku langsung tiada motif atau pun membantu kekuatan filem ini. Memang ada juga beberapa adegan yang sedikit lucu terutama melibatkan watak Jidin dan Bob Dobot namun tiada apa - apa impak yang filem ini mampu berikan untuk penonton selepas tamatnya perjalanan filem ini. Senang cakap filem ini cukup mengecewakan dengan jalan cerita yang entah apa - apa serta lakonan hampir setengah pelakonnya yang terlebih menghayati watak. Sekian!
Along Dan Angah Pemain Utama Filem Ini

No Comment!!(Komen Dah Ada Dekat Atas!)

Kelakar Ker Adegan Nih?
Selain itu aku juga tidak faham apa sebenarnya yang filem ini cuba fokuskan. Memang kisahnya berkenaan pelakon ekstra tetapi ia terbabas kepada watak Ella Sunti(lakonan Faezah Elai) yang telah berkahwin dengan suami orang namun masih bermain mata dengan orang lain, tentang perebutan mencari pelakon ekstra(antara Iskandar dan seorang lelaki yang berpewatakan seperti seorang bapuk) serta terlalu cuba membuat penonton ketawa(masalahnya banyak adegan yang konon kelakar tetapi tak kelakar langsung) sehinggakan aku beranggapan hampir separuh daripada pelakon(dicampur pelakon pembantu dan ekstra) di dalam filem ini telah memberikan lakonan yang terlebih daripada apa yang sepatutnya mereka berikan(lebih tepat lagi terlalu over).
Salah Satu Adegan Yang Terdapat Di Dalam Filem Ini
Senang cakap aku sangat tidak berkenan dengan adegan - adegan yang aku katakan sebelum ini atau bersifat terlampau kebaratan(contoh seperti adegan nak bercium tetapi tak jadi) yang bagi aku langsung tiada motif atau pun membantu kekuatan filem ini. Memang ada juga beberapa adegan yang sedikit lucu terutama melibatkan watak Jidin dan Bob Dobot namun tiada apa - apa impak yang filem ini mampu berikan untuk penonton selepas tamatnya perjalanan filem ini. Senang cakap filem ini cukup mengecewakan dengan jalan cerita yang entah apa - apa serta lakonan hampir setengah pelakonnya yang terlebih menghayati watak. Sekian!
P/S : Sesiapa Yang Telah Menonton Filem Ini Silalah Beri Pandangan Di Ruangan Komen Yer! (^_^)Y  

3 Ulasan
terseksa PF membacanya :)
BalasPadamPF : cuba lah tengok nak tau terseksa lagi ker tak..hehehe
BalasPadamAku dengan lantangnya tak setuju dengan korang. Lepas je aku tengok citer ni, aku lihat citer ni bukanlah citer2 sampah yang mcm lain2 tu. Cite ni ade isi dan dia nak show something. Memangla dari segi teknikal dan sinematographi x berape bagus, tp cerite ni lg bagus lau nak compare dari cerite sampah yg metrowealth buat. lau x caye tengokla sendiri. Aq salah seorang student seni filem. Fuck david teo
BalasPadam