Review Filem Jidin Sengal



Filem:
Jidin Sengal


Pengarah:
Esmi Zahara


Genre:
Komedi


Pelakon:
Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak,
Jue Aziz, Zac Diamond, Faezah Elai & Etc.


Penilaian:
3 / 10


Sinopsis:


Filem ini mengisahkan tentang Jidin dan Bob Dobot yang merupakan dua orang sahabat yang bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal pada suatu hari nanti. Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak hendak pergi ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Di sana Jidin telah bertemu dengan Bob Dobot iaitu seorang pelakon ekstra tetapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki keyakinan yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang langsung tidak serupa dengan Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero atau paling tidak sebagai pelakon pembantu berdialog pada suatu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot mula berkawan baik dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadang kala cacian merupakan cabaran terbaru kepada Jidin. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang atau berlegar-legar di belakang pelakon utama saja. Kadang - kadang tidak sempat mereka mahu selitkan dialog dan pengarah sudah menjerit "cut!". Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tetapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil sebagai pelakom utama? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Saksikan filem ini di pawagam pada 22 Mac 2012 ini untuk mengetahui kesudahannya.


Ulasan Hans:

Kutipan tiket untuk filem Jidin Sengal tidak melebihi RM1 juta(rujuk DISINI) dan bagi aku filem ini memang tidak ada daya penarik langsung dari segi jalan ceritanya. Dilihat pada sinopsis mungkin kelihatan ada daya tarikan namun apabila diterjemah kepada bentuk visual semuanya hilang entah kemana. Kisahnya mudah iaitu tentang bagaimana Jidin yang begitu bercita - cita untuk menjadi seorang pelakon dan nasibnya berubah(walaupun menunggu bertahun-tahun) apabila berkenalan secara tidak sengaja dengan Bob Dobot yang merupakan pelakon ekstra.


Along Dan Angah Pemain Utama Filem Ini


Satu perkara yang sangat menjengkelkan di dalam filem ini ialah watak Iskandar lakonan Zack X-Factor yang bagi aku teramat melebih - lebih(terlebih menjiwai watak barangkali) dan kelihatan sangat poyo pada pandangan mata aku. Mungkin watak tersebut memang dicipta sebegitu namun kadang - kadang ia sedikit mengelirukan aku. Pada mulanya kelihatan seperti pelakon utama dan kemudian ditunjukkan pula sebagai pelakon pembantu dan rupa - rupanya dia ialah seorang yang mungkin ketua agensi pelakon yang membekalkan pelakon - pelakon tambahan untuk sesebuah produksi. Senang cakap watak ini sangat membuatkan aku geleng kepala kerana tidak tahan melihat adegan - adegan yang melibatkan watak ini(kita sekarang di tahun 2012 tetapi kenapa filem nih macam tahun.......).


No Comment!!(Komen Dah Ada Dekat Atas!)


Selain mengisahkan tentang dunia pelakon - pelakon ekstra juga tidak dilupakan tentang harapan Jidin untuk bertemu dengan Piah yang boleh dikatakan sebagai kekasih di zaman kanak - kanaknya(lebih tepat Cinta Monyet) dan pada mulanya si Jidin menyangka bahawa Amy(lakonan Jue Aziz) adalah Piah melalui beberapa perilaku atau gerak tubuh yang seakan - akan sama dengan Piah namun Piah yang sebenarnya ialah pelakon wanita ekstra yang selalu menggoda - goda Iskandar untuk mendapatkan tawaran berlakon. Aku tidak kisah sangat pada pembayang sebegitu walaupun sememangnya hal itu sangat lemah dari segi logiknya(lebih tepat faktor kebetulan yang sering digunakan dalam mana - mana filem sebegini) namun apa yang amat mengecewakan aku ialah adegan selepas Jidin mengetahui siapa Piah sebenar dimana dia telah pengsan dan apabila sedar dia sedang berada di paha si Piah dan kemudian keluar Bob Dobot dengan seorang lagi wanita sambil membetulkan pakaian serta mengelap mulut dan muka. Apa kejadah sebenarnya yang ingin disampaikan dalam babak ini? Sungguh memalukan!


Kelakar Ker Adegan Nih?


Selain itu aku juga tidak faham apa sebenarnya yang filem ini cuba fokuskan. Memang kisahnya berkenaan pelakon ekstra tetapi ia terbabas kepada watak Ella Sunti(lakonan Faezah Elai) yang telah berkahwin dengan suami orang namun masih bermain mata dengan orang lain, tentang perebutan mencari pelakon ekstra(antara Iskandar dan seorang lelaki yang berpewatakan seperti seorang bapuk) serta terlalu cuba membuat penonton ketawa(masalahnya banyak adegan yang konon kelakar tetapi tak kelakar langsung) sehinggakan aku beranggapan hampir separuh daripada pelakon(dicampur pelakon pembantu dan ekstra) di dalam filem ini telah memberikan lakonan yang terlebih daripada apa yang sepatutnya mereka berikan(lebih tepat lagi terlalu over).


Salah Satu Adegan Yang Terdapat Di Dalam Filem Ini


Senang cakap aku sangat tidak berkenan dengan adegan - adegan yang aku katakan sebelum ini atau bersifat terlampau kebaratan(contoh seperti adegan nak bercium tetapi tak jadi) yang bagi aku langsung tiada motif atau pun membantu kekuatan filem ini. Memang ada juga beberapa adegan yang sedikit lucu terutama melibatkan watak Jidin dan Bob Dobot namun tiada apa - apa impak yang filem ini mampu berikan untuk penonton selepas tamatnya perjalanan filem ini. Senang cakap filem ini cukup mengecewakan dengan jalan cerita yang entah apa - apa serta lakonan hampir setengah pelakonnya yang terlebih menghayati watak. Sekian!

P/S : Sesiapa Yang Telah Menonton Filem Ini Silalah Beri Pandangan Di Ruangan Komen Yer! (^_^)Y 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. PF : cuba lah tengok nak tau terseksa lagi ker tak..hehehe

    BalasPadam
  2. Aku dengan lantangnya tak setuju dengan korang. Lepas je aku tengok citer ni, aku lihat citer ni bukanlah citer2 sampah yang mcm lain2 tu. Cite ni ade isi dan dia nak show something. Memangla dari segi teknikal dan sinematographi x berape bagus, tp cerite ni lg bagus lau nak compare dari cerite sampah yg metrowealth buat. lau x caye tengokla sendiri. Aq salah seorang student seni filem. Fuck david teo

    BalasPadam