Review Filem 29 Februari



Filem:
29 Februari


Pengarah:
Edry Abdul Halim


Genre:
Muzik, Fantasi & Drama


Pelakon:
 Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Namron,
Dian P.Ramlee, Riz Amin, Wan Hanafi Su, Ramli Hassan & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat iaitu 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap 'kecacatan' itu sebagai suatu sumpahan sedangkan ianya satu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Masa seolah - olah tidak berganjak buat Budi dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah anak yatim yang bernama Rumah Bakti bersama sahabat baiknya iaitu Razak, seorang yang cacat penglihatannya. Budi melalui perjalanan hidup berlatar belakangkan detik - detik bersejarah negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily. Walaubagaimanapun kisah percintaan antara Budi dan Lily melalui pelbagai caraban dan hubungan mereka dihalang keluarga. Apakah satu - satunya cinta Budi ini akan kekal abadi seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia? Saksikan filem yang cukup menarik ini di pawagam - pawagam berhampiran anda untuk mengetahui kesudahan kisah percintaan antara mereka berdua.


Ulasan Hans:
(Terdapat Banyak Spoiler)

Sudah lama aku tidak membuat ulasan filem pada blog ini gara - gara kesibukan kerja serta beraya dan kali ini filem yang bertuah untuk diulas oleh aku ialah karya terbaru daripada pengarah Edry Abdul Halim iaitu filem 29 Februari yang bagi aku cukup tinggi nilai Melayu mahu pun sentimen kemerdekaan negara. Aku merasakan karya terbaru Edry ini adalah seratus kali lebih baik berbanding filem Magika.





Sebelum itu aku dengan dukacitanya ingin memberitahu aku teramat kecewa dengan sikap segelintir penonton di dalam panggung sebentar tadi yang rata - ratanya ialah gadis - gadis muda yang jika dilihat secara zahir kelihatan cukup ayu dan sopan tetapi kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Mungkin ini cuma filem tetapi jika ia berlaku kepada keluarga anda sendiri seperti watak Lily yang menghidap kanser atau pun watak Razak yang cacat penglihatannya maka adakah kalian tergamak untuk ketawa terkekek - kekek apabila melihat mereka seperti itu? Paling melucukan apabila keluar panggung anda boleh berkata yang anda tidak faham filem apa yang anda tonton? Rasa seperti mahu menyimbah asid sahaja ke muka kalian kerana menganggu fokus aku pada filem ini buat seketika waktu!!



Salah Satu Babak Di Dalam Filem 29 Februari


Baiklah!! Kembali semula kepada filem 29 Februari ini!! Aku sebenarnya sukakan penggunaan jam serta kelip - kelip yang melatari filem ini kerana bagi aku ia adalah simbolik kepada umur watak utama lakonan Remy Ishak iaitu Budi sendiri. Mengenang kembali kata - kata gadis - gadis di dalam panggung yang kehairanan kenapa si Budi nih tidak tua - tua dan secara tidak langsung membuatkan aku pening kepala memikirkan kenapa begitu malas sekali penonton kita ini mahu berfikir atau sememangnya tidak tahu berfikir? Permulaan filem ini kita ditunjukkan tentang bapa Budi dan ibunya yang sedang mengandungkan Budi terlihat tahi bintang melintasi langit dan bapanya ada berdoa supaya anak mereka panjang umur dan sihat selalu. Memandangkan Budi pula dilahirkan pada 29 Februari dimana tarikh tersebut hanya mampu kita lihat cuma sekali di dalam empat tahun maka boleh lah dibuat kesimpulan bahawa doa ayah Budi itu telah termakbul dan perkiraan matematik boleh dikatakan 4 tahun usia manusia lain adalah sama dengan 1 tahun usia Budi. Jadi, tidak lah memeningkan pun apabila melihat adegan ibu ayah Budi yang sudah tua sedang Budi kelihatan seperti budak 10 tahun walaupun usia sebenarnya ketika itu lebih kurang 40 tahun atau lebih. Mudah bukan? Adakah gadis - gadis sebentar tadi gagal dalam peperiksaan matematik? Mungkin!!



Jepun Datang Menyerang Tanah Melayu


Aku suka bagaimana latar masa dan latar tempat dihubungkan dengan watak Budi dan secara tidak langsung ia menunjukkan juga sedikit susur galur sejarah negara walaupun cuma sekadar asas sahaja. Beberapa babak awal ditunjukkan dimana orang Melayu menjadi orang suruhan kepada orang putih(penjajah British) dimana mereka berkhidmat dengan jawatan yang cukup rendah dan kemunculan Jepun yang menggunakan dasar Asia Untuk Asia sahaja itu dan menjajah Tanah Melayu sebenarnya cukup menarik dari segi dialog - dialognya. Aku cukup suka dengan babak ayah Budi(lakonan Ramli Hassan untuk era kedatangan Jepun) yang ditangkap oleh pihak Jepun dan ketika itu ayah Budi memarahi Khalid(lakonan Wan Hanafi Su)  serta mereka bertekak tentang siapanya pengkhianat negara. Babak ini sebenarnya menarik kerana ia cuba membuatkan kita berfikir siapakah sebenarnya yang berjuang kerana masing - masing ada ideologi atau pandangan masing - masing. Aku sukakan babak ini!



Adegan Di Panggung Coliseum Yang Mencuit Hati


Kemudian aku juga suka dengan bagaimana watak Budi dipertemukan dengan watak Lily. Aku cukup suka dengan babak di panggung Coliseum itu. Sangat manis dan sedikit lucu sebenarnya! Jojo Goh adalah permata baru pelakon negara yang bukannya dari kalangan orang Melayu dan aku cukup menyukai permainan emosi serta lakonannya yang memang baik pada pandangan aku. Tahniah Jojo Goh dan semoga karier anda semakin berkembang selepas ini. Watak Budi yang dilakonkan oleh Remy Ishak juga cukup cemerlang kerana bagi aku Remy berjaya menyesuaikan dirinya dengan karakter Budi itu dalam setiap era yang dilaluinya daripada belum merdeka sehingga tahun 2012. Watak Razak lakonan Izzue Islam juga agak menarik dan menghiburkan sebenarnya.



Cinta Budi Dan Lily Dihalang Keluarga


Filem ini selain menampilkan tentang kisah kenegaraan dimana kita boleh lihat bagaimana Malaysia membangun juga sebenarnya bertunjangkan kisah cinta di antara Budi dan Lily. Cinta mereka bagaimanapun dihalang oleh keluarga namun babak untuk bahagian ini tidak lah terlalu cliche kerana aku masih boleh menerima hubung kaitnya dengan perjalanan filem ini. Walaupun ada beberapa visual yang ditayangkan adalah visual asal serta dapat ditonton dalam versi berwarna namun kualitinya kurang memuaskan namun ia masih relevan tidak lah menganggu sangat fokus tontonan aku. Budi walaupun pada fizikalnya tampak muda dan gagah namun hatinya sudah tua kerana usia sebenarnya sudah pun 120 tahun. Memandangkan cinta Budi pada Lily adalah sangat tinggi maka tidak hairan lah Budi tetap setiap kepada Lily sehingga akhir hayatnya.



Sweet Juga Babak Nih!


Satu babak yang menarik perhatian aku adalah sewaktu Encik Salam(lakonan Namron) yang berjumpa dengan Budi untuk memaklumkan tentang pemergian Razak dimana sebelum itu Budi meletakkan botol - botol air yang  berada di atas meja ke bawah meja. Aku tidak pasti tentang botol air apa yang cuba disembunyikan. Adakah itu arak? Jika arak mungkin apa yang cuba disampaikan disini ialah kadang - kadang kita ini terlampau cuba berasimilasi dengan keadaan sekeliling sehingga kita melupakan ajaran agama kita sendiri gara - gara kemodenan hidup. Babak ini bertambah menarik apabila kemudian Budi terjumpa seorang lelaki tua yang kelihatan seperti Razak yang juga buta serta menjual bakul rotan bersama anaknya di Pulau Pinang. Jadi, disini mula menimbulkan sedikit keraguan kepada aku iaitu adakah pemergian Razak itu bermaksud Razak sudah meninggal dunia atau pun Razak meninggalkan rumah anak yatim itu gara - gara kata - kata akhir Budi kepadanya sebelum itu iaitu Razak kena lebih berdikari kerana tidak mungkin dia mampu menyara Razak selama - lamanya. Aku sukakan kedua - dua babak ini kerana mungkin ia ada hubung kait atau telah berjaya membuatkan aku berfikir tentang relevannya apa yang aku perkatakan tadi.



Boleh Tahan Sedap Lagu - Lagu Dalam Filem 29 Februari Nih!


Memandangkan filem ini adalah filem muzikal maka sudah pastinya ada lagu. Tak salah aku terdapat lebih kurang 3 lagu di dalam filem 29 Februari ini. Lagu pertama seakan - akan mengingatkan aku kepada filem Jimi Asmara disebabkan muzik dan suara penyanyinya yang sedikit sama. Namun aku cukup sukakan satu lagu yang boleh aku katakan merupakan lagu tema percintaan antara Budi dan Lily berkenaan kelip - kelip itu. Boleh tahan juga suara Remy Ishak. Tetapi, aku terasa sedikit janggal apabila watak Budi menyanyi dalam babak sedih selepas menjawab telefon daripada Ariff yang bagi aku seperti agak mengganggu fokus aku untuk menjiwai emosi kesedihan babak tersebut. Aku juga setuju dengan pengulas filem iaitu saudara Fadli bahawa Edry perlu lebih menjaga shot - shot di dalam filem ini kerana terdapat beberapa kelemahan seperti mana yang dikatakan saudara Fadli itu. Aku juga bersetuju dengan komentar beliau tentang apakah motifnya cahaya biru di rumah lama kolonial sewaktu Budi pergi ke sana selepas kecewa dihalau keluar dari rumah anak yatim oleh Encik Salam. Tidak ada kekuatan atau kepentingan babak itu yang aku nampak sebenarnya.



Kisah Percintaan Antara Budi Dan Lily


Apa - apapun, aku cukup sukakan karya terbaru Edry Abdul Halim ini dan aku amat menikmati kisah percintaan diantara watak Budi dan Lily yang cukup mengasyikkan. Betul kata saudara Fadli iaitu filem 29 Februari ini ialah sebuah filem patriotisme yang bersalutkan cinta. Jadi, selamat menonton kepada yang masih belum menonton dan harapan aku agar kalian yang menonton tidak menjadi seperti sang gadis  - sang gadis yang aku katakan pada perenggan kedua di dalam ulasan ini. Sekian!

Sumber Gambar : DISINI 

P/S : Panjang Pula Ulasan Aku Kali Nih!! Lepas Dendam Sebab Dah Sebulan Lebih Tak Menaip Dekat Blog Nih Kut! Hehehe!! (^_^)Y

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. This is a very thorough movie review! I love it, the fact that Budi is not getting old really entice me into watching the movie, but I don't really like a musical. Mungkin perlu kuatkan semangat untuk tengok filem ini kerana dah lama tak tengok filem Melayu. Mungkin filem ini akan mengubah perpepsi saya, #justsaying :)

    BalasPadam
  2. kalau sebelum ni magiaka pada aku adalah karya terbaik kru, bila dah baca review ni, dapat rasakan ini adalah terbaik.. lookin forward to watch it myself :)

    BalasPadam
  3. penghuraian yg lengkap!aku pon tak sabar nak tengok film nie, mempunyai sckrip yg berlainan dari film2 di malaysia.lagu pon best(walaupon akau xsuke suara mendayu2 forteen, but the lirik is good!)n love the hair kan, sgt ala2 newboys n boboi ke ape name group 2, haha

    BalasPadam
  4. Azham : cuba tengok..mana tahu kali ini persepsi berubah :-)

    Saiazuan : bagi pandangan aku lah...kalau dah tengok ko komen sini sekali lagi yer bagitau apa pandangan ko plak :-)

    Izzad : hahaha..tak ada lah mendayu2...suara jantan beb...sedap didengar :-)

    BalasPadam
  5. Cikgu Vina : sedih lah jadi Lily...

    BalasPadam
  6. kalau la aku still dok kat um.. boleh gi cinema :(

    BalasPadam
  7. aku benci penonton tipikal yg juga bodoh (seperti yg kau sebutkan). suka sangat bawa perangai tu kat dalam panggung. sudahlah malas fikir.

    InsyaAllah akan tonton filem ini nanti

    BalasPadam
  8. Tak tengok lg. Hmm. macam best je =D hehe.

    BalasPadam
  9. Nurmujahidah : owh...rugi..hehe

    Faizal : hahaha..tahu xper..benci tahap gaban rasanya

    Nurulee : bukan macam tapi memang best pun

    BalasPadam
  10. Td tgk movie ni. Mmg terbaik. One of the best Malaysian movie. Nasib baik la takde penonton yg akal pendek tadi. Terkedu jugak tgk love scene. Sayu! Kalah Ombak Rindu. Hehe. Overall, excellent movie!

    BalasPadam
  11. kelip-kelip...jagalah diri (by reimy bukan jack nyanyi)
    lagu memang best...i felt it...
    a bit off terganggu ngan musical element dalam filem ni...for me 29 February ni da cukup indah without musical element...
    2 kali tengok d pawagam...2D n 3D...coz nak tengok perbezaan pada kedua nya...so pada saya tidak mengecewakan sangat...jarang tul saya puji cerita melayu...but
    "29 February is something"

    BalasPadam
  12. filem ni memang terbaik... mcm nk tgok bnyk2 kali...

    BalasPadam