Review Filem Avengers: Infinity War


Filem:
Avengers: Infinity War

Pengarah:
Anthony Russo & Joe Russo

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
Chris Hemsworth, Josh Brolin, Elizabeth Olsen, Robert Downey Jr.,
Chris Evans, Tom Holland, Chris Pratt, Scarlett Johansson, Zoe Saldana,
Benedict Cumberbatch, Idris Elba, Tom Hiddleston, Sebastian Stan & Etc.

Penilaian:
9 / 10

Sinopsis:

Filem ini adalah bahagian pertama daripada dua sekuel kepada "Marvel's The Avengers" dan "Avengers: Age of Ultron"Pasukan Avengers bergabung dengan semua superhero lain dalam usaha menghalang pihak musuh yang bernama Thanos serta askar-askarnya yang sedang berusaha mengumpul enam Batu Infiniti untuk menjadikan Thanos berkuasa mengawal kehidupan seluruh planet. Adakah gabungan pasukan Avengers, kumpulan Guardian of the Galaxy serta superhero lain mampu menghalang usaha Thanos serta melindungi bumi? Atau adakah terdapat kejutan besar dimana Thanos dan pasukan askarnya berjaya membunuh ramai superhero Avengers pada filem kali ini? Saksikan filem menarik ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Hans:

Filem ini ditayangkan pada 25 April 2018 dan sememangnya filem Avengers: Infinity War ini amat dinanti-nantikan oleh peminat filem Marvel kerana buat pertama kalinya filem ini berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan superhero filem Marvel di dalam sebuah filem. Seolah-olah menanti bonus atau pemberian BR1M, begitulah gayanya buat peminat filem ini sehinggakan ada yang telah menempah tiket sebulan lebih awal semata-mata untuk menjadi orang yang pertama menonton dan ada juga sesetengah peminat yang bersikap nakal yang ingin menjadi spoiler dengan memberitahu apakah kisah filem ini kepada yang belum menonton.


ANTARA BARISAN SUPERHERO MARVEL YANG TERLIBAT DI DALAM FILEM INI!

Untuk ulasan kali ini, jangan risau kerana sememangnya ulasan filem di blog ini jarang mempunyai atau memberi spoiler yang tidak sepatutnya. Jadi, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang pandangan aku terhadap filem ini. Seperti biasa, aku ingin menyentuh tentang jalan cerita filem ini. Jika dilihat pada sinopsis, mungkin kelihatan seperti cliche dan semestinya dalam mana-mana filem Marvel sebelum ini pasti akan berakhir dengan kejayaan superhero berjaya menewaskan musuh masing-masing dengan mudah walaupun sebelumnya digambarkan musuh mereka sangat kuat dan tiada tandingan buat sesiapa. Tetapi, untuk filem Avengers: Infinity War ini jalan ceritanya sememangnya sangat menarik dan lain dari yang lain. Memang banyak plot twist yang tidak dijangka dan membuatkan aku lebih bersemangat untuk melihat apa lagi yang akan berlaku selepas itu.


ADA SATU DIALOG TONY STARK YANG LAWAK NAK MATI MASA NIH.
NAK TAHU KENALAH TENGOK SENDIRI. HEHEHE!

Memandangkan Marvel semakin terkenal dengan mempertaruhkan elemen komedi sejak setahun dua ini di dalam filem mereka, filem Avengers: Infinity War ini juga tidak terkecuali mempertaruhkan elemen yang sama tetapi bagi aku filem kali ini lebih dirasai nikmatnya kerana elemen-elemen lain yang diadunkan bersama seperti aksi, kesedihan dan kekeluargaan menyebabkan filem ini mempunyai kesemua elemen yang sebati dan cukup untuk membuatkan aku langsung tidak rasa bosan walaupun durasi filem ini yang sangat panjang ditambah pula dengan iklan panggung wayang yang hampir menjangkau 25 minit itu.


BABAK PERTEMUAN THOR DAN STAR-LORD MEMANG SANGAT KELAKAR

Aku sebenarnya agak skeptikal pada mulanya apabila membayangkan bagaimana watak-watak superhero serta antagonis yang tersangat ramai di dalam filem ini akan diperkenalkan dan dihubungkan. Memang ramai sudah mengenali setiap karakter di dalam filem ini namun harus diingat kebanyakan watak-watak ini belum pernah lagi bertemu sesama mereka. Namun, aku cukup suka bagaimana babak-babak pertemuan antara Tony Stark dan Dr Strange serta pertemuan mereka dengan kumpulan Guardian of the Galaxy dihubungkan. Memang menarik. Tetapi, pertemuan paling melucukan adalah antara Thor dan Star-Lord yang berjaya membuatkan aku ketawa besar di dalam panggung. Aku cukup suka babak-babak pertemuan ini yang bagi aku tidak cliche, kreatif dan sangat mencuit hati.

BABAK PERANG NIH MEMANG SERONOK WEHHHH!

Menyentuh tentang filem-filem Marvel, antara yang dinanti-nanti serta diharapkan oleh peminat mereka semestinya ialah babak-babak aksi yang cukup gah dengan kesan khas dan cgi mereka. Apa aku boleh katakan aku sangat berpuas hati dengan aksi-aksi yang dipertontonkan kepada aku sebentar tadi. Daripada permulaan filem sehingga ke akhir filem, setiap babak aksi yang wujud memang diluar jangkaan kerana tidak kira pihak superhero mahu pun pihak antagonis, kesemua mereka mempunyai kehebatan dan rahsia tersembunyi yang diluar jangkaan anda. Memang masing-masing sama kuat dan sama handal. Memang filem ini sangat lain jika dibandingkan dengan filem-filem Marvel sebelum ini. Senang cakap, jika anda menonton filem ini, apa yang anda jangka akan berlaku semestinya akan bertentangan dengan apa yang anda harapkan. Ini yang aku suka kerana filem ini berjaya lari daripada filem-filem superhero lain dimana plot-plot filemnya mudah sangat dijangka dan diramal.


AKU SUKA WATAK THANOS NIH SEBAB DAGU DIA! HAHA!

Menyentuh mengenai watak Thanos lakonan Josh Brolin, aku sangat sukakan kejahatan dan kekeringan hatinya yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impian dan pegangan hidupnya. Bagi aku, Thanos ini sebenarnya mempunyai satu niat yang murni tetapi caranya salah dan menyebabkan dia tidak kisah memusnahkan alam semesta asalkan cita-citanya yang dia anggap sebagai benar dan memberi manfaat kepada seluruh alam semesta berjaya direalisasikan. Tetapi, aku cukup suka dengan babak-babak yang ada kemunculan Thanos kerana watak ini merupakan salah satu musuh yang cukup hebat dan menakutkan yang pernah dihasilkan oleh Marvel. Watak antagonis yang ada falsafah sendiri dan melambangkan hati sesetengah golongan yang sanggup menghalalkan sesuatu yang haram demi mencapai impian masing-masing.


THOR JUGA SUPERHERO YANG BERGAYA! HAHAHA!

Kesimpulannya, tidak rugi menunggu lama untuk menonton filem Avengers: Infinity War ini kerana filem ini cukup hebat, menarik, tidak cliche, penuh dengan kejutan dan penuh dengan drama air mata. Bukan sekadar filem aksi semata-mata tetapi filem ini lebih bersifat kemanusiaan. Tidak malu dikatakan filem Avengers: Infinity War antara filem terbaik yang dihasilkan oleh Marvel. Aku sendiri tidak sabar untuk menantikan sambungan filem ini. Jadi, selamat menonton kepada semua.

P/S : Jangan Keluar Daripada Panggung Wayang Selepas Filem Tamat. Tunggu Ending Credit Habis Sebab Ada Adegan Pendek Untuk Filem Ini Yang Cukup Menarik. Rugi Kalau Keluar Awal Tau!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bestnya klu dpt lyn kt wayang.... tp awal2 ni msti panggung penuh lg, tunggu dh ujung2 nnti blh la try.... akak minat filem2 hero marvel nih.... cuma tak perasan mata thor tu jd gitu lps filem yg mana ek... tak teringat lak dhjd bermata 1 lak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes memang penuh gila
      hehehe
      thor jadi buta dalam filem Thor sebelum nih
      kakak dia si Hilda yang butakan

      Padam
  2. hilda kakak dia yg mane 1.. ingatkan hela je kakak dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh hela lah nama kakak dia
      Hilda yang mobile legend
      saya tersalah nama
      hahaha

      Padam
  3. hilda kakak dia yg mane ek.. ingatkan hela je kakak dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      hela kakak dia
      hilda yg mobile legend
      hehe

      Padam
  4. Baru tengok tadi. Ada kelainan. Ending was unexpected. Thanks to Hans, PH stay until the end hee..hee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yes
      rugi kalau keluar panggung tak tengok part akhir lepas ending credit tu

      Padam