4/01/19

Review Filem Holmes And Watson


Filem:
Holmes And Watson

Penilaian:
1/10

Pengarah:
Etan Cohen

Genre:
Pengembaraan, Komedi & Misteri

Pelakon:
Will Ferrell, John C. Reilly, Lauren Lapkus, Rob Brydon, Rebecca Hall,
Steve Coogan, Ralph Fiennes, Pam Ferris, Noah Jupe & Etc.

Tarikh Tayangan:
3 Januari 2019

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan Sherlock Holmes dan rakannya Dr. Watson yang cuba menyelesaikan misteri kes-kes yang melibatkan penjenayah bernama Moriarty yang sangat licik. Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 3 Januari 2019 untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Ulasan:

Aku berkesempatan menonton filem Holmes And Watson bertempat di TGV Cinemas One Utama pada 3 Januari 2019 yang lepas. Disebabkan masalah teknikal menyebabkan tayangan filem ini yang sepatutnya bermula pada pukul 11.00 pagi tergendala sehingga pukul 11.40 pagi dan sedikit sebanyak mencemaskan aku yang telah membeli tiket untuk menonton filem Second Act yang ditayangkan pada jam 1.00 tengahari. Alangkah indahnya kalau masalah teknikal sebentar tadi tidak dapat diselesaikan dan pasti aku boleh mendapatkan kembali wang atau menonton filem lain kerana filem Holmes And Watson ini betul-betul mengecewakan aku.


Memandangkan di dalam panggung wayang pada tayangan pagi tidak ramai dimana hanya aku bersama tiga orang penonton yang lain sahaja maka aku tidak dapat mengukur citarasa penonton-penonton yang lain dari segi bunyi ketawa kerana panggung sememangnya sepi. Adalah dua tiga kali sahaja terdengar seorang dua penonton di belakang ketawa. Manakala aku pula boleh mengira hanya dua kali sahaja aku ketawa tetapi ketawa yang biasa-biasa sahaja. Hingga pada satu tahap aku agak risau apabila memikirkan adakah sel-sel ketawa aku telah mati? Atau tidak berhubung? Serius filem ini sepatutnya keluar pada era filem-filem komedi tempatan sedang memuncak seperti filem-filem lakonan kumpulan Senario dan filem anak mami kerana aku merasakan elemen komedi yang wujud di dalam filem ini sangat terkebelakang ji dibandingkan pada waktu filem ini ditayangkan iaitu sekarang.


Anda pernah atau tidak mempunyai pengalaman dimana anda pernah menonton sebuah filem komedi pada sepuluh tahun lepas dimana pada ketika itu anda ketawa terbahak-bahak tetapi apabila menonton filem tersebut pada waktu kini segala perkara yang anda rasakan lucu itu tidak lucu? Pernah? Cuma apa yang terjadi kepada filem Holmes And Watson ini pula adalah berlainan buat aku dimana pada tontonan kali pertama sahaja sudah tidak melucukan apatah lagi pada sepuluh tahun yang akan datang. Senang cakap sewaktu aku menonton filem ini, aku tahu babak itu cuba nak buat penonton ketawa tetapi masalahnya setiap babak ini tidak menjadi dan tidak kelakar disebabkan penggunaan lawak-lawak lucah yang terlampau banyak serta persembahan lakonan yang terlalu melebih-lebih sehingga membuatkan segala-galanya nampak murahan.


Paling tidak apabila aku menonton siri Mr Bean atau filem-filem Johnny English, aku dapat merasakan kejujuran dalam watak yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson. Tetapi, tidak untuk watak Holmes dan Watson yang boleh aku katakan sangat menjengkelkan dan kelihatan terlalu dibuat-buat, diperbesar-besar pada tahap yang tidak perlu dan memberikan hasil yang sangat mengecewakan. Aku merasakan permasalahan besar filem ini sebenarnya ialah berkaitan dengan bagaimana watak-watak ini dipotretkan kepada penonton dan sememangnya cara yang dipilih gagal menarik perhatian. Belum masuk lagi dengan jalan cerita yang kurang menarik serta menampilkan lawak-lawak hambar yang pasti membuatkan majoriti penonton bersetuju untuk menyatakan filem ini antara filem-filem yang bakal disenarai sebagai sebuah filem yang membosankan untuk tahun 2019.


Jadi,disini aku senaraikan beberapa sebab kenapa anda perlu menonton filem Holmes And Watson ini di pawagam berhampiran bermula pada 3 Januari 2019:

1) Jika semua filem di pawagam yang anda pergi telah ditonton maka barulah disarankan untuk menonton filem ini.

2) Jika anda mempunyai wang lebih dan tidak tahu kenapa ingin digunakan maka filem Holmes And Watson ini adalah jawapannya untuk penggunaan duit anda.

3) Kepada penggemar lawak-lawak klise, slapstik dan stereotaip maka filem ini sangat sesuai untuk ditonton oleh anda di hujung minggu ini.


Jadi, kepada sesiapa yang masih berminat untuk menonton filem Holmes And Watson ini, anda boleh menontonnya dan berkongsikan pandangan anda berkenaan filem ini di ruangan komen di bawah. Selamat menonton!

P/S : Ulasan Filem Second Act Akan Menemui Anda Semua Dalam Waktu Terdekat. Nantikan!

10 ulasan:

  1. Aku tertido tengok filem ni..mengantuk gila pdhal tayangan early bird..babi betul..uppss..

    BalasPadam
  2. Kesian Hans, lebih baik layan Simmba atau KGF: Chapter 1 lagi berbaloi, heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru habis tonton KGF: Chapter 1
      Layan gila aksi dengan sinematografi dia

      Padam
  3. Best nyaaaaaa!! Review please, TQ TQ heheh...

    BalasPadam
  4. Errmmm..ni yang tak best kalu filem kurang memberangsangkan ni... Confirm leya pun tertido dlm wayang nanti..hehe

    BalasPadam