Tayangan Media Bikers Kental 2

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak TGV Pictures untuk menghadiri Tayangan Media Filem Bikers Kental 2 bertempat di TGV Cinemas 1 Utama pada pagi Rabu, 20 Februari 2019. Pada sebelah petang pula, pihak kami dijemput untuk menghadiri Sidang Media Bikers Kental 2 yang telah diadakan di The Gasket Alley dan dihadiri oleh beberapa pelakon utama filem ini seperti Zizan Razak dan Datuk Afdlin Shauki.


Untuk pengetahuan semua, industri filem tanah air bakal digegarkan dengan sebuah lagi filem tempatan yang dijangka mampu mencapai kutipan memberangsangkan iaitu filem Bikers Kental 2 yang memapar serta menggabungkan gaya hidup kumpulan ‘bikers’ dengan pemandangan indah di sekitar negara Thailand.


Bikers Kental 2 yang diarahkan oleh pengarah filem terkenal Mohd Helmi Mohd Yusof yang berpengalaman mengarahkan “Bikers Kental dan Bopeng” sebelum ini mengisahkan tentang watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya Cherry Porntit (lakonan Meau Julallangtip) yang berasal dari Thailand. Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (lakonan Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium). Turut membintangi filem ini ialah Dato’ Awie yang memainkan watak Eddie Cuardo dan Datuk Afdlin Shauki yang melakonkan watak Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal cinta serta perkahwinan.


Filem ini merupakan filem pertama terbitan syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd dengan kerjasama Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd yang menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia. Ia turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai, keindahan budaya serta destinasi-destinasi menarik di sekitar Thailand seperti di Phuket dan Hatyai.


Menurut Kamal Akram Ibrahim yang merupakan pengarah urusan syarikat MRB Network, penglibatan Zizan Razak dan Dato' Awie yang merupakan pelakon berjaya dan berpengalaman di dalam industri perfileman negara pasti akan menarik minat penonton terutama dari kalangan komuniti bikers dan peminat sukan permotoran untuk menonton filem Bikers Kental 2.


Beliau yakin aksi-aksi mendebarkan serta menyentuh perasaan yang dilalui oleh watak Bidin Al Zaifa dan Eddie serta bagaimana mereka menyelesaikan masalah baru dan lama di dalam kisah sekuel ini pasti akan menjadi tumpuan dan tarikan kepada para penonton.


Filem Bikers Kental 2 akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2019 di seluruh pawagam berdekatan dengan anda. Jadi, selamat menonton dan semoga anda terhibur sepanjang menonton filem ini.


MENANGI SEPASANG TIKET EKSLUSIF
FILEM BIKERS KENTAL 2!!!

Tarikh: 
5 Mac 2019 (Selasa)

Lokasi: 
TGV Cinemas Sunway Velocity Vanity Atrium (Ground Floor) 

Waktu: 
7.00 pm

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara penonton terawal di Malaysia menonton filem Bikers Kental 2. Selain itu, anda juga dapat bertemu dengan para pelakon utama filem Bikers Kental 2 seperti Zizan Razak, Dato Afdlin Shauki dan Dato Awie. Untuk memenangi tiket ini, anda cuma perlu ikut langkah-langkah seperti di bawah :

1) Like laman Facebook Rollo De Pelicula

2) Kongsikan peraduan ini di halaman Facebook anda beserta jawapan kepada soalan dibawah:

"Kenapa anda ingin menonton filem Bikers Kental 2?"

3) Letakkan 2 hashtag di bawah pada posting anda: 

4) Tag dua orang rakan anda pada posting tersebut. Pastikan posting anda ditetapkan dalam keadaan 'Public'.

5) Hanya SATU PEMENANG dengan jawapan yang paling KREATIF akan memenangi 2 TIKET EKSLUSIF FILEM BIKERS KENTAL 2.

6) Setiap pemenang akan menerima 2 tiket. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Mac 2019, pukul 11.59 malam (Sabtu).

7) Pemenang akan dihubungi melalui peti mesej (inbox) pada 3 Mac 2019 (Ahad).

SEMOGA BERJAYA!

Catat Ulasan

0 Ulasan