29/06/19

Review Filem Yesterday


Filem:
Yesterday 

Penilaian:
8/10

Pengarah:
Danny Boyle

Genre:
Komedi & Fantasi

Pelakon:
Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris& Etc.

Tarikh Tayangan:
27 Jun 2019

Pengedar:
United International Pictures

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan satu peristiwa yang berlaku di sebuah bandar kecil tepi pantai Inggeris iaitu seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik yang menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil iaitu Ellie terus menyokongnya tetapi impiannya sering juga gagal. Suatu hari sewaktu dunia berdepan satu insiden misteri, Jack Malik terlibat di dalam satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra yang merupakan ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya dirinya mulai terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie. Saksikan filem komedi yang sangat menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 27 Jun 2019 untuk mengetahui keseluruhan kisahnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem komedi yang cukup menghiburkan dan unik berjudul Yesterday di MMcineplexes, eCurve Mutiara Damansara pada 27 Jun 2019 yang lepas. Untuk pengetahuan semua, filem Yesterday ini sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat besar dengan kumpulan The Beatles tetapi ia bukannya menceritakan tentang kisah atau sejarah kumpulan tersebut sebaliknya naskah ini cuba membawa penonton untuk melihat tentang perkara menarik yang dialami oleh seorang lelaki bernama Jack Malik selepas kemalangan yang berhadapan dengan satu situasi dimana tiada seorang pun manusia disekelilingnya yang mengenali kumpulan The Beatles. Inilah intipati cerita filem ini yang bagi kami sangat unik dan lebih menarik filem ini tidak diakhiri dengan babak-babak klise seperti mimpi atau apa-apa yang membantutkan rasa saat menonton tetapi diteruskan kejadian misteri tersebut sehingga penamat cerita.


Filem ini pada asasnya mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Jack Malik yang merupakan seorang pemuzik jalanan yang langsung tidak diminati masyarakat umum. Ianya dapat dilihat sebelum mahu pun selepas kemalangan pada peringkat awalnya dimana persembahan dan nyanyian Jack Malik sama seperti biasa serta menampilkan lagu Kumpulan Beatles yang tidak pernah didengari sebelum ini. Tetapi, lelaki ini tidak mempunyai aura untuk memikat penonton yang disebabkan oleh dua perkara iaitu penampilan serta pengaruhnya yang hampir tiada. Hanya ada seorang manusia yang sangat kagum dan sentiasa memberi sokongan kepada Jack iaitu Ellie yang dipaparkan sebagai teman tapi mesra Jack. Jadi, disini dapat dilihat bahawa kerjaya penyanyi seperti Jack Malik ini perlukan sesuatu yang unik dan mempunyai nilai-nilai komersial untuk tular di seluruh media dan dunia bagi menaikkan populariti kerjayanya. Maka filem ini sebenarnya memaparkan realiti kuasa serta pengaruh artis-artis terkenal serta media sama ada tradisional mahu pun media baru di dalam menaikkan atau menjatuhkan kerjaya seseorang artis itu dengan mudahnya.


Filem Yesterday sebenarnya adalah sebuah filem yang bijak bermain emosi dengan memanfaatkan nostalgia lagu-lagu hebat kumpulan The Beatles. Plot penceritaannya yang dipenuhi pelbagai kejutan, humor dan sejarah yang dimanipulasi menjadikan urutan situasi di dalam filem ini kelihatan begitu menarik dan berwarna untuk membuatkan anda teruja untuk menantikan kesudahan filem ini. Kami sangat tertarik apabila beberapa perkara penting selain The Beatles seperti air coca cola, curut dan sebagainya turut sama dipadamkan sejarah tentang kewujudan di dalam dunia Yesterday ini. Cuma, kami harus akui satu perkara bahawa elemen romantis adalah elemen yang paling lemah dan samar-sama di dalam filem ini dimana kami kurang merasai perjalanan emosi serta nilai cinta yang melingkari watak Jack dan Ellie ini. Ia kelihatan samar-samar dan adakalanya terlalu mendesak jiwa penonton untuk menerima perhubungan pasangan ini terutama melalui satu adegan dimana Ellie secara terus memberitahu tentang betapa lama dia menanti Jack untuk menerima dan mencintainya. Jadi, kami melihat kisah percintaan pasangan ini agak mendatar dan kurang memberi kesan namun apa yang menyelamatkan filem ini dan memberi kesan positif yang terlampau besar apabila filem ini menimbulkan watak-watak kumpulan The Beatles yang membuatkan penonton beranggapan pelbagai perkara dimana mereka berkemungkinan besar akan cuba memusnahkan kerjaya Jack namun permainan perubahan plot filem ini sangat cantik dan memberikan satu kejutan yang cukup menarik.  Kami sangat menyukai apabila filem ini tidak mematikan elemen misteri yang diwujudkannya dan inilah yang menyebabkan filem ini 'menang besar' daripada sudut tersebut.


Seperti kebiasaan untuk filem-filem yang mengangkat karya atau lagu-lagu daripada kumpulan penyanyi yang hebat seperti The Beatles, anda pasti akan berasa teruja untuk mendengar kembali lagu-lagu mereka yang cukup popular dan membawa fenomena ke seluruh dunia seperti Yesterday, I Want to Hold Your Hand, Let It Be dan banyak lagi. Lebih menarik, filem ini turut menyelitkan beberapa mesej positif tentang integriti atau maruah diri dimana ia cuba membuatkan anda terfikir adakah anda akan bahagia apabila berjaya namun ia bukannya datang dari titik peluk anda tetapi di atas hasil kerja manusia lain yang diperalatkan oleh kebijaksanaan anda yang lebih cepat mencuri peluang yang ada di depan mata. Secara keseluruhannya, kami sangat terhibur dengan filem Yesterday yang membuatkan kami turut sama menjiwai dan merasai sendiri apa yang dialami oleh Jack Malik saat dia merasa kecewa dengan layanan yang diterimanya daripada masyarakat awam serta ahli keluarganya sendiri apabila perjuangannya tidak disokong secara ikhlas mahu pun saat dia berasa bersalah apabila mengetahui bahawa kejayaannya atas hasil usaha serta karya pihak lain dan bukan dirinya yang menangguk di air keruh. Sebuah filem yang wajib anda tonton pada minggu ini.


Jadi, selamat menonton filem Yesterday di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 27 Jun 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Dan Kongsikan Dengan Anda Ialah Sebuah Filem Seram Dari Korea Selatan Berjudul 0.0MHz! Nantikan Ulasannya!

6 ulasan:

  1. Macam jack tu dah tersalah masuk ke universe lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...tak ada sangat lah macam universe pun..tapi best lah..something yang unique

      Padam
  2. Bijak dan kreatif betoi film ni... pelakon utama nya pon berjaya membawa lagu2 Beatles dgn penoh perasaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      tapi ada juga baca ada filem-filem lain yang lagi kreatif
      cuma Hans pun tengok filem ini sahaja...nampak dah okay dan kreatif dah

      Padam
  3. Aku masuk panggung lepas time di baru keluar hospital. Dem

    BalasPadam