Filem:
Rambo Last Blood
Penilaian:
7/10
Pengarah:
Adrian Grunberg
Genre:
Aksi, Pengembaraan & Ngeri
Pelakon:
Sylvester Stallone, Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal & Etc.
Tarikh Tayangan:
19 September 2019
Pengedar:
Oneworld Alliance Films Sdn Bhd
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan John Rambo yang merupakan seorang veteran Perang Vietnam. Kali ini, dia perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico. Saksikan filem aksi yang menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 19 September 2019 ini untuk mengetahui kisah seterusnya.
Ulasan:
Alhamdulillah pihak Rollo De Pelicula mendapat jemputan daripada Oneworld Alliance Films untuk menghadiri tayangan filem Rambo Last Blood bertempat di GSC Mid Valley pada 17 September 2019 yang lepas. Apabila dikhabarkan filem ini merupakan siri terakhir filem Rambo, kami pada awalnya berasa agak gusar apabila memikirkan begitu sukar untuk sebuah filem terakhir daripada sirinya untuk memberi satu kepuasan tertinggi yang diidam serta diharapkan oleh para peminat serta pengikut setia filem ini. Namun, kami rasa bersyukur kerana filem terakhir iaitu Rambo Last Blood ini berjaya menjadi sebuah filem penutup yang cemerlang dan betul-betul berjaya menghiburkan kami yang dahagakan aksi-aksi pelakon utamanya iaitu Sylvester Stallone.
Filem Rambo Last Blood ini merupakan sebuah filem yang mampu berdiri sendiri dan tidak menjadi masalah buat anda yang belum pernah menonton filem-filemnya yang terdahulu untuk memahami plot penceritaannya. Kisahnya mudah dimana Rambo yang sudah pun mula menjalani kehidupan seharian dengan cara yang positif kemudian kembali diuji dimana dirinya terheret untuk berhadapan dengan kumpulan bapa ayam dari Mexico yang telah menculik anak angkatnya iaitu Gabrielle. Maka disini bermulalah pelbagai adegan aksi-aksi yang memukai, konflik menarik serta pelbagai jenis kejutan yang membuatkan filem Rambo Last Blood memang tidak pernah sunyi daripada adegan-adegan gore mahu pun slasher yang menarik.
Kekuatan utama filem Rambo Last Blood ini semestinya terletak pada babak-babak aksinya sama ada pertempuran, letupan mahu pun adegan ngeri yang adakalanya lebih dasyat daripada yang kami tonton di dalam filem John Wick. Jadi, tidak hairan lah apabila filem ini hanya untuk tontonan penonton berumur 18 tahun dan ke atas kerana ia adalah sangat wajar. Tetapi, secara jujurnya kami sangat menyukai dan terhibur dengan faktor ini yang membuatkan kami tidak senang duduk kerana dapat dilihat filem ini sememangnya memberi fokus utama terhadap perkara ini. Setiap adegan berjaya dihasilkan dengan menarik dan menariknya adegan gore yang memenuhi filem ini juga berada di dalam fasa yang sangat realistik dan menggerunkan. Sememangnya ini merupakan satu hasil yang sangat berbaloi buat para penggemar filem sebegini untuk berasa teruja dan puas dengannya.
Walaupun filem Rambo Last Blood ini lebih terarah kepada aksi-aksi daripada watak Rambo namun tidak dinafikan terdapat juga beberapa mesej menarik yang wajar diberi perhatian. Salah satunya ialah berkaitan penghormatan kepada kasih sayang dan kepercayaan insan tua yang benar-benar menyayangi diri kita. Disini dapat dilihat bagaimana watak Gabrielle yang terlalu mengikut kata hati dan keinginannya sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Rambo serta neneknya sehingga akhirnya menerima pembalasan yang menyayat hati pada pengakhiran kisah watak ini. Menarik juga untuk melihat mesej dari sudut pandangan golongan penjenayah tahap atasan dimana adegan yang menyatakan mereka melihat wanita-wanita ini sebagai benda dan bukannya manusia. Kami mengakui itu adalah satu bentuk pengucapan yang betul-betul hebat untuk membuatkan kami lebih memahami bagaimana jiwa serta tindakan penjenayah tidak berhati perut ini berfikir di dalam melakukan segala jenis tindakan serta perjuangan keji mereka.
Tidak dinafikan ada juga beberapa kisah watak di dalam filem Rambo Last Blood ini yang kelihatannya kurang berfungsi dan tidak kuat perkembangan cerita watak tersebut sehingga mewujudkan lompong cerita pada bahagian awal dan pertengahan filem. Namun, masing-masing sudah lama mengetahui filem ini sememangnya menjual adegan-adegan aksi dan pada kami ianya berjaya menutup sedikit kelemahan yang kami lihat ada pada filem ini. Secara keseluruhan, filem Rambo Last Blood ini sangat berbaloi untuk ditonton tambahan lagi jika anda sememangnya merupakan peminat dan penggemar siri filem Rambo ini.
Jadi, selamat menonton filem Rambo Last Blood di pawagam terpilih bermula pada 19 September 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!
P/S : Filem Seterusnya Yang Akan Kami Ulas Ialah Filem Komedi Romantik Berjudul Ode to Joy. Nantikan Ulasannya!
11 Ulasan
Yeeesss, ulasan yg ditunggu², puas ati. Rambo ni dah lawan bermcm² musuh, dari polis, askar Vietnam, satu batalion askar Russia dan seluruh askar Burma. Tapi kali ni setakat bapa ayam / part time kartel dadah sebuah kampong saya rasa Rambo ni selamba je blasah semua org tanpa belas kasihan. Mungkin peluh pon tak sempat nak keluar, heheh. Anyways thanks Hans for a good review. Confirm akan layan minggu ni bersama filem Brad Pitt...
BalasPadamhehehehe
Padamselamat menonton dan semoga sama-sama terhibur seperti Hans..
tetapi Rambo 18 tahun ke atas
anak-anak kalau bawah 18 tak boleh tonton :)
Terima kasih Hans, Insyaallah terhibur. Tu la anak² pon peminat Rambo mcm Ayahnya, beriya² nak tengok bersama. Tapi film ni utk 18 tahun, tunggu main kat Astro nanti, heheh
Padamhehhe trauma anak-anak kalau tengok nanti
PadamHarap ilem ini tidak hambar seperti Rambo 4 dulu. Rambo 4 rugi duit beli tiket je.. hihi
BalasPadambergantung kepada citarasa masing-masing
Padambagi saya filem Rambo Last Blood nih menghiburkan :)
Hans ada bg ulasan yg film Rambo ni lagi dasat dari John Wick, makna nya mustahil ianya "hambar", heheh... peace yo
Padamdasyat dari sudut gore dia...hehehe
PadamTerbaik
BalasPadamTerbaik
BalasPadammemang layan
Padam