Review Filem A Quiet Place Part II

 

Filem:
A Quiet Place Part II

Penilaian:
7/10

Pengarah:
John Krasinski

Genre:
Seram & Thriller

Pelakon:
Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou & Etc.

Pengedar:
United International Pictures

Tarikh Tayangan:
28 Oktober 2021

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang sambungan perjalanan keluarga Abbot yang berjuang untuk terus hidup selepas peristiwa serangan makhluk asing yang aneh yang menyerang seluruh pelosok dunia. Semasa mereka cuba meneruskan hidup dengan meneroka kawasan baru, mereka menyedari terdapat ancaman lain yang menanti mereka selain makhluk asing yang memburu melalui bunyi. Berjayakah mereka meneruskan kehidupan dengan selamat? Saksikan filem  menarik ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 28 Oktober 2021 untuk mengetahui jawapannya. 

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada UIP Malaysia untuk menonton sekual filem A Quiet Place Part II yang sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh kami yang berlangsung dengan meriahnya di TGV 1 Utama pada 26 Oktober 2021 yang lepas.


Filem A Quiet Place Part II ini dimulakan dengan kejadian serangan pada hari pertama yang kami kira berjaya menjawab persoalan awal penonton tentang bagaimana serangan ini terjadi. Walaupun tidak menjawab secara keseluruhan tetapi secara asasnya ia membuatkan kami lebih faham tentang makhluk asing yang memburu manusia melalui bunyi ini. 


Sekuel filem A Quiet Place Part II ini juga memberi dua lagi pembayang kepada penonton tentang kelemahan makhluk asing ini iaitu pertamanya terhadap satu jenis frekuensi bunyi yang mampu melemahkan dan membunuh makhluk tersebut. Keduanya ialah makhluk asing ini tidak boleh berenang dan akan mati kelemasan di dalam air jika terjatuh di kawasan laut atau sungai yang dalam. 


Menonton sekuel filem A Quiet Place Part II ini di dalam panggung IMAX sebenarnya sangat memberi kepuasan kepada halwa telinga kami dimana filem ini sememangnya dipenuhi dengan adegan-adegan sunyi tetapi penuh debaran yang sangat mencemaskan dan mampu membuatkan penonton tersentak gara-gara terkejut dengan kemunculan makhluk asing yang ganas tersebut. Plot penceritaan pada kami pula masih menarik walaupun tidak segah filem pertama. Beberapa babak juga agak klise seperti pertemuan dengan manusia-manusia yang terselamat dan juga pengakhiran filem yang membahagiakan. Namun lakonan para pelakon sememangnya cukup bagus sama ada dari sudut emosi mahu pun penjiwaan watak yang membuatkan kami turut sama larut dalam limpahan rasa serta gerakan badan yang cukup meyakinkan. 


Jadi, selamat menonton filem seram thriller A Quiet Place Part II yang cukup mendebarkan ini di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 28 Oktober 2021 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Kami Akan Ulas Ialah No Time To Die! Nantikan Ulasan Filem Tersebut Dalam Waktu Terdekat!


Catat Ulasan

0 Ulasan