Review Filem The Pope’s Exorcist


Filem:
The Pope’s Exorcist

Penilaian:
6/10

Klasifikasi Tontonan:
16 Tahun Ke Atas

Tiktok Review:

Pengarah:
Julius Avery

Genre:
Seram

Pelakon:
 Russell Crowe, Franco Nero, Daniel Zovatto, Alex Essoe & Etc.

Pengedar:
Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan:
6 April 2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang paderi bernama Father Gabriele Amorth yang merupakan ketua pengusir syaitan di Vatican dan telah menjalankan lebih daripada 100 ribu amalan tersebut sepanjang hayatnya. Dia berkongsi pengalaman tersebut di dalam buku hasil penulisannya yang kini diangkat menjadi sebuah filem. Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 6 April 2023 untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak Sony Pictures Entertainment untuk menonton sebuah filem seram yang agak menarik iaitu The Pope’s Exorcist pada 4 April 2023 yang lepas di GSC The Starling.


Filem The Pope’s Exorcist ini buat pertama kalinya menampilkan pelakon Russell Crowe memainkan peranan sebegini di dalam sebuah filem seram dimana ia adalah salah satu percubaan yang cukup menarik. Russell berjaya membawa satu pesona baru di dalam karakter yang mempunyai identiti tersendiri, unik dan ada kelasnya yang tersendiri. Paling penting sisi humor yang ada di dalam karakter watak Father Gabriele Amorth yang dibawa kan beliau berjaya memberi sedikit keceriaan kepada filem ini yang penuh dengan Babak seram yang serius. Menariknya filem ini sama ada sedikit atau langsung tidak menggunakan elemen jump scare di dalam menakutkan penonton. Sebaliknya rasa seram tersebut dapat dirasai melalui lakonan hebat pelakon cilik sewaktu watak lakonannya di dalam fasa kerasukan serta bantuan teknik imej janaan komputer yang sederhana baik. 


Namun, filem The Pope’s Exorcist ini masih tidak dapat lari daripada klise filem-filem seram Hollywood yang berpaksikan kepada unsur seram yang lebih kurang sama sahaja daripada awal hingga akhir. Cuma bezanya terdapat beberapa babak yang lain daripada kebiasaan terutamanya melibatkan watak Father Gabriele Amorth yang turut dirasuk sama dan hampir terkorban di dalam pertarungannya melawan syaitan terkuat di dalam rujukannya. Secara keseluruhan, filem ini masih merupakan sebuah filem seram bersifat komersial yang menghiburkan untuk ditonton buat mereka yang meminati karya bergenre seram sebegini. 


Jadi, jangan lupa untuk menonton filem The Pope’s Exorcist bermula pada 6 April 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan