Review Filem Cobweb

Filem:
Cobweb

Penilaian:
6/10


Pengarah:
Samuel Bodin

Genre:
Seram & Thriller 

Pelakon:
 Lizzy Caplan, Woody Norman, Cleopatra Coleman, Antony Starr & Etc.

Pengedar:
TGV Pictures

Tarikh Tayangan:
20 Julai 2023

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki berumur 8 tahun bernama Peter yang berhadapan dengan satu kejadian misteri dimana dia akan terdengar satu suara aneh di sebalik dinding bilik tidurnya. Peter mengadu pada ibu bapanya tetapi mereka mengganggap Peter sekadar berimaginasi. Peter mula mengesyaki ibu bapanya seperti ada menyimpan satu rahsia besar darinya. Adakah Peter dalam bahaya? Saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda bermula pada 20 Julai 2023 untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah berjaya menonton sebuah filem seram berjudul Cobweb pada 19 Julai 2023 yang lepas di TGV Sunway Pyramid. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Rekomen Filem dan Cinemagicmy atas pemberian tiket. 


Seperti biasa, naskah filem bergenre seram ini amat sukar untuk lari daripada plot cerita atau gaya seram cliche yang mudah diteka oleh penonton. Begitu juga halnya dengan filem Cobweb ini yang tampil dengan jalan penceritaan yang lebih kurang sama dengan filem-filem yang sedia ada. Menawarkan misteri-misteri stereotaip seperti kejadian pelik di rumah dan kubur di belakang rumah, filem ini juga dilihat kurang menyerlah disebabkan penceritaannya yang penuh lompong. 


Kami tidak menafikan filem Cobweb pada awalnya berjaya mencipta satu suasana misteri yang agak meyakinkan. Namun ianya hilang dipertengahan jalan apabila banyak persoalan yang ditimbulkan namun tiada jawapan yang diperoleh oleh kami yang menonton. Sebagai contoh jawapan kepada apakah punca kakak Peter tidak disukai keluarga tidak diberitahu dan kenapa ibu bapa Peter bersikap berlainan berbanding ibu bapa lain juga kelihatan tergantung.


Selain itu, pengarah filem Cobweb tidak dapat lari daripada kreativiti beliau sewaktu menghasilkan filem Barbarian. Watak misteri menakutkan yang ada di dalam filem tersebut hampir sama secara keseluruhan dengan apa yang anda boleh tonton di dalam filem Barbarian. Adakah ianya merupakan imej atau identiti yang cuba dibawa oleh pengarah tersebut di dalam filem-filem seram arahannya? Atau adakah mereka kebuntuan idea untuk menghasilkan wajah karakter misteri mereka? Ianya agak mendukacitakan buat kami. 


Namun, secara keseluruhannya filem Cobweb ini masih menghiburkan buat anda yang meminati filem seram untuk ditonton di pawagam. Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Cobweb bermula pada 20 Julai 2023. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

Catat Ulasan

0 Ulasan