Review Filem : Papadom



Filem:
Papadom


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Komedi, Drama & Keluarga


Pelakon:
Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Farid Kamil,
Que Haidar, Chelsia Ng, Scha Al-Yahya, Vanidah Imran & Etc.


Ulasan Hans:


Filem ini mengisahkan mengenai Saadom yang mempunyai seorang anak perempuan, Mia dan kematian seorang isteri(Khiriah). Beliau bermula dari bawah dalam perniagaan Nasi Kandar Saadom bersama isterinya hinggalah akhirnya restoran beliau dikenali ramai dan berpuluh - puluh cawangan dibuka sehingga menyebabkan beliau terlalu sibuk dan seolah - olah tidak mempedulikan anak perempuanya.

Kematian isterinya akibat kemalangan juga menyebabkan beliau berasa bersalah dan sejak dari itu beliau sangat - sangat mengambil berat tentang anak perempuan Mia lakonan Liyana Jasmay. Walaupun anaknya sudah meningkat remaja tetapi beliau masih melayan Mia seakan - akan Mia masih lagi kanak - kanak. Disini pelbagai konflik serta adegan lucu sentiasa berselang - seli hingga membuatkan penulis langsung tidak mengantuk serta sentiasa bergelak ketawa.

Filem ini juga tidak memaksa penulis untuk ketawa kerana dengan sendirinya kita akan ketawa kerana kelucuannya dan mesej juga sangat hebat. Kepada bapa - bapa diluar sana, diharap lihatlah filem ini dan bukannya penulis mahu anda membiarkan anak anda bebas tetapi dalam waktu yang sama biarlah anak anda belajar membuat keputusan sendiri kerana apabila anak - anak anda mengalami kesedihan atau kegagalan, itu adalah salah satu pengalaman yang mereka perlu rasa kerana pengalaman itu tidak boleh dibeli melainkan dirasai.

Dan kepada anak - anak yang sedang membaca blog penulis ini, apabila anda sudah diberikan kebebasan maka hargailah perkara ini dan pandai - pandailah memilih kawan dan mengatur kehidupan anda. Jangan lalai dengan kegembiraan duniawi saja.

Apa - apapun tahniah kepada Afdlin Shauki kerana filem ini sangat hebat bagi penulis dari segi isi, jalan cerita dan segala - galanya dan tahniah juga kepada pelakon - pelakon yang terlibat dalam cerita ini terutama Que Haidar, Khiriah, Liyana Jasmay, Farid Kamil dan juga Afdlin sendiri kerana lakonan anda sangat - sangat hidup. Penulis berharap Afdlin kembali dengan filem yang lebih hebat selepas ini ataupun tidak setaraf dengan filem Papadom.

P/S : Papadom sangat best. 5 bintang!!

Catat Ulasan

0 Ulasan