Kepelbagaian Filem - Filem Melayu Tahun 2011

Apabila membaca entry DISINI tiba - tiba saya terasa mahu menulis tentang perkara ini. Momentum sambutan dan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap filem - filem keluaran tempatan terutama filem Melayu sejak akhir - akhir ini menunjukkan peningkatan yang sangat positif membuatkan ramai penerbit filem berlumba - lumba untuk menghasil dan menerbitkan filem masing - masing dan ini secara tidak langsung menjadikan filem - filem yang bakal ditayangkan nanti terdiri daripada pelbagai genre dan memberi lebih pilihan kepada penonton untuk menonton filem atau pelakon kegemaran mereka di dalam filem - filem tertentu.

Berdasarkan senarai beberapa filem yang bakal ditayangkan melalui sumber yang diperoleh daripada Cinema Online boleh saya katakan terdapat banyak judul filem yang kelihatan menarik dan membuatkan saya tidak sabar untuk menonton. Jadi, dibawah ini disenaraikan beberapa filem tempatan yang bakal menemui penonton - penonton Malaysia di pawagam berdekatan anda sepanjang hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun.

1) Karak




2) KL Gangster




3) Toyol Nakal





4) 3, 2, 1 Cinta




5) Rasuk




6) Sekali Lagi


Kemudian, filem - filem dibawah ini pula akan menemui penonton - penonton tempatan cuma tidak pasti lagi bilakah tarikh yang telah ditetapkan untuk setiap filem ini mula ditayangkan kepada penonton.


1. Flat 3A

2. Pontianak VS Orang Minyak

3. Jidin Sengal

4. Suatu Malam Kubur Berasap

5. Adnan Sempit 2

6. Seram Sejuk

7. Hantu Dalam Botol Kicap

8. Papa, I Love You

9. Halim Munan

10. Lagenda Budak Setan 2

11. Sumpahan Kum Kum

12. Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

13. Cinta Kura - Kura

14. Aku, Kau Dan Dia

15. Tolong! Awek Aku Pontianak

16. Hijab The Movie

17. Pe3

18. Alamak, Toyol!

19. Senario The Movie Ops Pocot

20. Adik Manja Returns

21. Hantu Bonceng

22. Sesuatu Yang Tertinggal

23. Klip 3GP

24. Ombak Rindu

25. Untuk Tiga Hari

26. Songlap

27. Bujang Terlajak

28. Bunohan

29. Mantera

30. Karipap - Karipap Cinta

31. Berani Punya Budak

32. Apokalips

33. Papadom 2

34. Alamaya

35. Awan Dania The Movie

36. Keramat

37. Hanyut The Movie

38. Libas

39. Misteri Jalan Lama

40. Shhh Dia Datang

41. Kongsi 2

Kebanyakkan penerbit filem mengambil jalan selamat dengan menerbitkan filem - filem bergenre seram mahu pun komedi serta mempertaruhkan bintang - bintang popular untuk membintangi filem mereka kerana filem sebegini sememangnya boleh jual atau mampu mendapat pulangan modal kerana mengikut selera dan kehendak penonton Malaysia sekarang. Tidak kurang juga yang berani mengambil risiko dengan mengadaptasikan karya daripada novel popular dan diterjemahkan ke dalam naskhah filem mereka. Ada juga yang menjadikan filem aksi mahu pun kehebatan CGI bagi dipertaruhkan untuk memikat hati penonton untuk menonton filem mereka dan ada juga yang berani menghasilkan filem yang lain daripada kehendak penonton untuk ditayangkan di pawagam - pawagam Malaysia.

Apa - apapun, industri filem Malaysia nampaknya kembali meriah dan kebanyakkan penerbit filem juga boleh bersaing secara sihat dan secara tidak langsung melahirkan pengarah muda serta pelakon - pelakon baru untuk mewarisi dan menjadi pelapis kepada generasi pengarah dan pelakon sekarang. Moga industri filem Malaysia akan lebih baik atau setanding dengan negara - negara lain seperti di Eropah, Korea, Jepun, China, India, Thailand, Filipina atau negara - negara lain selepas ini.

P/S : Penonton Semakin Bijak Jadi Filem Juga Harus Lebih Bijak Daripada Penonton! (^_^)Y

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. waaaaaaaaaaaaah! macam2 la filem tahun nie...huhu.. kalau filem Melayu nie kadang2 beli yg dvd je sbb xsanggup ler nk buang2 duit nie.. kecuali kalau citer mcm hikayat merong tue yg best.

    BalasPadam
  2. semua movies2 yg awak list-kan tu adalah movies2 yg saya listkan jgak! hehe.. tunggu ia ditayangkan jer..

    BalasPadam
  3. wuuuu... nak tengok. tapi mase limit je. sobs.

    filem2 melayu skang dah makin maju. makin best. hee

    BalasPadam
  4. aku tunngu xman gak br turun panggung

    BalasPadam
  5. KARAK..

    Huhu. Tengok macam seram. Jgn lepas tengok aku tak berani lalu karak sudah...

    BalasPadam
  6. Paling ditunggu adalah HANYUT...

    BalasPadam
  7. Hanyut memang dinanti2...

    Bunohan pun memang nak tengok juga.

    :-)

    BalasPadam
  8. Tak sabar nak tengok lisa & sam !! :) hans : kalo tgok movie kt mid valley ajak la..haha :D

    BalasPadam