Filem:
Nur Kasih The Movie


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Drama


Pelakon:
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudah, Mia Sara Nasuha, Muniff Isa,
Liza Othman, Dato Rahim Razali, Afida Es, Syafie Naswip, Norman Hakim & Etc.


Penilaian:
4.3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Adam, Nur dan Aidil selepas Aidil kehilangan isterinya, Alia yang terlibat di dalam satu insiden kemalangan. Jika sebelum ini Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam namun kini dia perlu menempuhi pelbagai lagi dugaan sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Mariam. Manakala Adam dan Nur pula selalu diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti keguguran dan kesihatan. Ada satu watak akan pergi meninggalkan dunia menghadap Ilahi tetapi siapakah orangnya? Adakah daripada watak utama? Apakah sebabnya? Saksikan sendiri filem penuh dengan keagamaan dan air mata ini di pawagam berhampiran anda.

Ulasan Hans:

Filem penuh dengan nilai keagamaan, kasih sayang dan kekeluargaan ini bermula sedikit perlahan pada permulaan ceritanya(tetapi tidak lama) namun kemudiannya aku kembali teruja untuk menonton bermula daripada adegan mereka bercuti di Jordan sehinggalah kepada penamat filem ini.

 Adam Cuba Ditenangkan Oleh Aidil. Kenapa?

Bagi aku skrip filem ini sangat menarik dan menjadikan susunan cerita dan plotnya begitu tersusun dan kemas sekali. Sebagai penonton, anda akan berpuas hati dihidangkan dengan jalan cerita yang berkualiti seperti ini dimana setiap babak ada kesinambungannya dan dikuatkan lagi dengan karakter setiap watak yang bijak bermain emosi dan mengawal karakter mereka.

 Seronok Melihat Keletah Adik Mia Sara

Filem ini terdapat sedikit unsur humor yang datangnya daripada situasi dan dialog yang diungkapkan oleh dua pelakon cilik yang menjadi anak kepada Aidil(lakonan Fizz Fairuz) iaitu Ilyas(saya tak tahu nama kanak - kanak ini tetapi tengahari tadi kanak - kanak ini dijemput di dalam rancangan wanita hari ini) serta Mariam(lakonan adik Mia Sara) yang sememangnya membuatkan penonton berasa tenang hati dan tidak kering gusi menonton keletah mereka berdua ini yang sangat comel. Dua pelakon cilik ini sangat berbakat dan moga mereka diberi lebih peluang selepas ini. Watak Mamat(saya kurang pasti namanya tetapi beliau berlakon di dalam filem Dilarang Masuk) juga mampu mencetuskan unsur humor sewaktu saya menonton serta watak Hassan, kanak - kanak Jordan yang mampu menggeletek hati penonton dengan dialog bahasa Inggerisnya.

 Indahnya Sinematografi Filem Ini

Seperti kita sedia maklum, filem arahan Khabir Bhatia semestinya hebat dari segi sinematografi dan saya akui dan bersetuju jika dikatakan sinematografi filem ini sangat menarik. Walaupun pelakon - pelakonnya sedang berlakon dan berdialog hanya dibawah sebatang pokok namun babak itu kelihatan sangat cantik dan menarik. Belum masuk lagi keindahan sawah padi serta latar tempat dan suasana di Jordan yang begitu mengasyikkan jiwa. Tahniah kepada krew - krew yang terlibat dalam menghasilkan sinematografi yang sememangnya menarik dan cantik ini.

Aku suka dengan beberapa isu agama yang cuba dipaparkan. Paling menarik babak yang melibatkan Adam(lakonan Remy Ishak) serta seorang ustaz(lakonan Beto Kusyairy jika tidak silap saya) yang sememang berlaku pada zaman kini. Disitu kita boleh ambil pengajaran dan moga - moga mesej itu sampai kepada orang - orang yang terlibat. Lakonan Shafie Naswip sebagai Jamal juga agak menarik. Sebelum ini aku selalu melihat beliau dengan karakter air mata atau budak baik tetapi kali ini beliau telah menampilkan satu lakonan yang bagi aku sangat lain dari kebiasaannya. Dan yang terakhir, aku sangat suka dengan emosi yang ditonjolkan oleh wajah Afida Es. Beliau memang pelakon sejati. Hebat! Tahniah!

Cuma ada beberapa kelemahan dalam filem ini yang aku nampak ialah kesan khas atau CGI nya yang sedikit lemah. Babak tembak menembak di bazaar itu masih boleh tahan tetapi babak letupan, ribut pasir dan kereta api kelihatan sedikit animasi. Satu lagi ialah kepelbagaian lagu latar yang mengisi perjalanan filem ini. Aku rasa lebih menarik jka hanya lagu tema filem ini yang utama iaitu lagu nyanyian Yassin dijadikan sebagai satu - satunya muzik latar yang menghiasi perjalanan filem ini dan secara tidak langsung emosi penonton tidak terganggu dengan lagu - lagu yang selalu kita dengar yang kadang - kadang mampu merosakkan emosi sewaktu menonton. Apa - apapun, jalan cerita, sinematografi, kekuatan karakter dan mesei yang disampaikan berjaya menghilangkan kelemahan CGI filem ini dan menjadikan filem Nur Kasih The Movie sangat menarik untuk ditonton.

 Senarai Pelakon Filem Nur Kasih The Movie

Tahniah untuk semua pelakon dan krew - krew yang terbabit dalam menjayakan filem Nur Kasih The Movie. Sebuah filem yang menarik dan aku sangat berpuas hati melabur wang untuk menonton filem ini. Tahniah! Kepada pembaca, pergilah menonton filem yang hebat ini di pawagam berhampiran anda sekarang.

Apakah Kesudahan Cinta Adam Dan Nur?
Saksikan Filem Nur Kasih The Movie

P/S : Semua Tempat Duduk Penuh Dan Dipenuhi Oleh Kanak - Kanak, Remaja, Suami Isteri Sehinggalah Kepada Makcik - Makcik Yang Aku Rasa Berumur 50 Tahun. Hebatnya Penangan Drama Nur Kasih Sebelum Ini! Jangan Lupa Bawa Tisu Yer Kepada Penonton Wanita! (^_^)Y