Review Filem Nur Kasih The Movie



Filem:
Nur Kasih The Movie


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Drama


Pelakon:
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudah, Mia Sara Nasuha, Muniff Isa,
Liza Othman, Dato Rahim Razali, Afida Es, Syafie Naswip, Norman Hakim & Etc.


Penilaian:
4.3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Adam, Nur dan Aidil selepas Aidil kehilangan isterinya, Alia yang terlibat di dalam satu insiden kemalangan. Jika sebelum ini Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam namun kini dia perlu menempuhi pelbagai lagi dugaan sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Mariam. Manakala Adam dan Nur pula selalu diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti keguguran dan kesihatan. Ada satu watak akan pergi meninggalkan dunia menghadap Ilahi tetapi siapakah orangnya? Adakah daripada watak utama? Apakah sebabnya? Saksikan sendiri filem penuh dengan keagamaan dan air mata ini di pawagam berhampiran anda.

Ulasan Hans:

Filem penuh dengan nilai keagamaan, kasih sayang dan kekeluargaan ini bermula sedikit perlahan pada permulaan ceritanya(tetapi tidak lama) namun kemudiannya aku kembali teruja untuk menonton bermula daripada adegan mereka bercuti di Jordan sehinggalah kepada penamat filem ini.

 Adam Cuba Ditenangkan Oleh Aidil. Kenapa?

Bagi aku skrip filem ini sangat menarik dan menjadikan susunan cerita dan plotnya begitu tersusun dan kemas sekali. Sebagai penonton, anda akan berpuas hati dihidangkan dengan jalan cerita yang berkualiti seperti ini dimana setiap babak ada kesinambungannya dan dikuatkan lagi dengan karakter setiap watak yang bijak bermain emosi dan mengawal karakter mereka.

 Seronok Melihat Keletah Adik Mia Sara

Filem ini terdapat sedikit unsur humor yang datangnya daripada situasi dan dialog yang diungkapkan oleh dua pelakon cilik yang menjadi anak kepada Aidil(lakonan Fizz Fairuz) iaitu Ilyas(saya tak tahu nama kanak - kanak ini tetapi tengahari tadi kanak - kanak ini dijemput di dalam rancangan wanita hari ini) serta Mariam(lakonan adik Mia Sara) yang sememangnya membuatkan penonton berasa tenang hati dan tidak kering gusi menonton keletah mereka berdua ini yang sangat comel. Dua pelakon cilik ini sangat berbakat dan moga mereka diberi lebih peluang selepas ini. Watak Mamat(saya kurang pasti namanya tetapi beliau berlakon di dalam filem Dilarang Masuk) juga mampu mencetuskan unsur humor sewaktu saya menonton serta watak Hassan, kanak - kanak Jordan yang mampu menggeletek hati penonton dengan dialog bahasa Inggerisnya.

 Indahnya Sinematografi Filem Ini

Seperti kita sedia maklum, filem arahan Khabir Bhatia semestinya hebat dari segi sinematografi dan saya akui dan bersetuju jika dikatakan sinematografi filem ini sangat menarik. Walaupun pelakon - pelakonnya sedang berlakon dan berdialog hanya dibawah sebatang pokok namun babak itu kelihatan sangat cantik dan menarik. Belum masuk lagi keindahan sawah padi serta latar tempat dan suasana di Jordan yang begitu mengasyikkan jiwa. Tahniah kepada krew - krew yang terlibat dalam menghasilkan sinematografi yang sememangnya menarik dan cantik ini.

Aku suka dengan beberapa isu agama yang cuba dipaparkan. Paling menarik babak yang melibatkan Adam(lakonan Remy Ishak) serta seorang ustaz(lakonan Beto Kusyairy jika tidak silap saya) yang sememang berlaku pada zaman kini. Disitu kita boleh ambil pengajaran dan moga - moga mesej itu sampai kepada orang - orang yang terlibat. Lakonan Shafie Naswip sebagai Jamal juga agak menarik. Sebelum ini aku selalu melihat beliau dengan karakter air mata atau budak baik tetapi kali ini beliau telah menampilkan satu lakonan yang bagi aku sangat lain dari kebiasaannya. Dan yang terakhir, aku sangat suka dengan emosi yang ditonjolkan oleh wajah Afida Es. Beliau memang pelakon sejati. Hebat! Tahniah!

Cuma ada beberapa kelemahan dalam filem ini yang aku nampak ialah kesan khas atau CGI nya yang sedikit lemah. Babak tembak menembak di bazaar itu masih boleh tahan tetapi babak letupan, ribut pasir dan kereta api kelihatan sedikit animasi. Satu lagi ialah kepelbagaian lagu latar yang mengisi perjalanan filem ini. Aku rasa lebih menarik jka hanya lagu tema filem ini yang utama iaitu lagu nyanyian Yassin dijadikan sebagai satu - satunya muzik latar yang menghiasi perjalanan filem ini dan secara tidak langsung emosi penonton tidak terganggu dengan lagu - lagu yang selalu kita dengar yang kadang - kadang mampu merosakkan emosi sewaktu menonton. Apa - apapun, jalan cerita, sinematografi, kekuatan karakter dan mesei yang disampaikan berjaya menghilangkan kelemahan CGI filem ini dan menjadikan filem Nur Kasih The Movie sangat menarik untuk ditonton.

 Senarai Pelakon Filem Nur Kasih The Movie

Tahniah untuk semua pelakon dan krew - krew yang terbabit dalam menjayakan filem Nur Kasih The Movie. Sebuah filem yang menarik dan aku sangat berpuas hati melabur wang untuk menonton filem ini. Tahniah! Kepada pembaca, pergilah menonton filem yang hebat ini di pawagam berhampiran anda sekarang.

Apakah Kesudahan Cinta Adam Dan Nur?
Saksikan Filem Nur Kasih The Movie

P/S : Semua Tempat Duduk Penuh Dan Dipenuhi Oleh Kanak - Kanak, Remaja, Suami Isteri Sehinggalah Kepada Makcik - Makcik Yang Aku Rasa Berumur 50 Tahun. Hebatnya Penangan Drama Nur Kasih Sebelum Ini! Jangan Lupa Bawa Tisu Yer Kepada Penonton Wanita! (^_^)Y

Catat Ulasan

44 Ulasan

  1. filem khabir bahtia gambar sume cun !! peh,geram !!..haha

    BalasPadam
  2. waaaaaaaaaah! dengar ulasan nie pun aku rasa nak tengok.. haha..walaupun den bukan la peminat cerita begini tp kena tengok kot..haha.. ari sabtu nie..kt MBO.. laayaaaaaaaaaaaan.. hehe

    -amir izzat-

    BalasPadam
  3. betul betul . sape yg mudah tersentuhh . sila bwk sekotak tisu ye . cite NUR KASIH mmg sdih .

    BalasPadam
  4. ade sorang blogger kutuk filem ni.but ct tetap tunggu hans yang ulas.sebb hans, seorang pelajar dalam bidang ni.so ct tau jugak kabir sangat peka kepada sinematografi, esok nak tengok..yahoooooo....sebb gambar cantik dan gaya penyampaian penuh emosilah filem cinta dengan sepi kaut beberapa anugerah.i like.

    BalasPadam
  5. izwan : yups2..kadang2 sebab gambar dia cun boleh jadi penyelamat pada beberapa adegan yang lemah..

    fatin baharum : esok lusa pun boleh..hehehe

    Amir : sesuai kalau ekau tgok...keagamaan

    missamy : nih sah nangis tadi nih..hahaha

    jaafar @ ct : owh..ada ekk...alah...lain orang lain citarasa...kadang2 ada filem saya kurang minat tapi ada yang minat...ikut citarasa masing2..bagi saya okay la..pasal saya pelajar bidang nih tu..saya rasa biasa2 jer..ilmu saya xbanyak pun..saya pun mengulas jer..bukan mengkritik..hehehe..apa2pun ekau nak menonton kan..pergi tau..support ini filem :-)

    ella : sila2

    BalasPadam
  6. thanks hans sbb share review filem ni..sinematografi khabir mmg sgt bagus..teruja plak nk tgk..

    BalasPadam
  7. ok lah crte tu..menarik utk di tonton

    BalasPadam
  8. tak sabar nak tgk. skang ngah final exam. sedih nyaaaa

    BalasPadam
  9. hans hans!help help help. saya tak ada kat malaysia pun skang nih.awk tlg kasi sinopsis penuh boleh x?siapa yang mati n ending dialah yang pentingnya. slalu tgk movie kat satu blog nih,tapi saya dengar cerita kali ni kabir bhatia buat ekslusif untuk pawagam je.so mcm x ada harapan je astro nak siarkan,apatah lagik nak jumpa di internet kan. tlg ek? nih emel saya ladyd_holmes0308@yahoo.com.my *desperado*

    BalasPadam
  10. hoho.x sabar nak tgok cite nih esok :)

    BalasPadam
  11. aduh..cam ner nk p tgok ni.ada 'handbeg' kang dia pulak buat movie kt dlm panggung tu.tggu jelah kt you tube...huk..huk...

    BalasPadam
  12. aduh..
    ni yg x saba nk tgk..
    haha

    BalasPadam
  13. akan menonton bersama keluarga!!!!!

    BalasPadam
  14. nampak gaya mcm nak kena tengok nie..tak boleh tahan!!!

    BalasPadam
  15. tadi aku terpaksa sebak tahan nangis sebab kiri kanan perempuan... T.T

    bintang yang ko bagi memang tepat sekali!

    BalasPadam
  16. sutera kasih : sila2 tgok.. :-)

    shera haifa : sesuai untuk semua golongan umur

    yaya : owh..nanti2 leh tgok...good luck

    noorfaridahanum : nanti saya kabo doket email

    mrazmri : selamat menonton..jgn lupa bawa tisu

    chempaka aziz : handbeg? apa tu?

    hana : sila2 tgok :-)

    izzad : ko tgok jad..tak tengok kang mak ko kempunan...hahaha

    nadri : memang boleh tahan

    muje : hahaha...nasib kan ada perempuan kiri kanan..hehehe

    BalasPadam
  17. err.. ni belog hans juga ka??

    waahhh... jelas dan terperinci sekali olahan cerita ni.. semuanya saya setuju...^^
    tapi ending dya kurang best bg saya.. saya harapkan ending lg best..

    BalasPadam
  18. aish,,, bila boleh tngok ni? huwaa :(( nk tngok

    BalasPadam
  19. memang padan la depa wat kat petra jordan tu.. antara 7 tempat ajaib dunia... tapi nak masuk 250hinggit sorang...

    Bila la pulak dapat tengok filem ni...

    BalasPadam
  20. semua blog cerita psal ni jee..harap2 x menghampakan penonton

    BalasPadam
  21. hans... aku sgt sokong part CGI tu... bab tembak menembak kat pasar masih boleh diterima, tp bab2 lain... agak sedih.... apa pun, mmg tindakan utk x tayang kat Astro First wajar dipuji! kudos!!!

    BalasPadam
  22. ihik..cita jiwang2 nie kureng berkenan sikit nak tengok..

    cita antu tak dak ka?

    BalasPadam
  23. mmg hebat betol penangan dia..
    hari kedua tayangan,apik pegi tengok..
    hall besar masih lagi penuh sampai ke bawah

    BalasPadam
  24. pasal lagu latar tu, tengok kat TV, dia kata memang setiap watak diberikan 1 lagu. jadi bila watak tu muncul je, lagu tu pun muncul lah. nak tengok filem ni, tapi masih belom berkesempatan.

    BalasPadam
  25. ishiko : hehehe...thanks Ishiko

    zeri : ada 2 minggu kan? :-)

    shaker : 2 bulan lagi dapat la tu bang ket

    merahitujambu : bergantung pada selera masing2

    d_tieah : hahaha..kesian doket ekau

    hafidz : betul tu...nampak animasi sangat kan..keputusan bijak tak tayang dekat Astro First

    cik tomyang : citer antu minggu depan

    matjoe : yups bro...blog nih blog filem saya :-)

    emmajean : sedih la kut

    apik pehe : dah box office dah pun..hehehe

    sya isya : yups tahu tapi itu lah yang memusnahkan feel penonton...ibarat macam filem muzikal...better 1 atau 2 lagu sudah cukup bagi saya..selamat menonton

    BalasPadam
  26. Pergh, bangga
    member ak dah ada blog ke-2
    tampil dengan penuh kredibiliti
    keep it up bro

    malam ni jugak aku pi tengok movie nur kasih,haha

    BalasPadam
  27. filem ni mmg dh ada follower. boleh box office cepat kalo satu keluarga pg tgk :)

    BalasPadam
  28. best kan citer ni?huhu..rasa nak tgok ag je

    BalasPadam
  29. belum tgk tp harap dpt tgk dlm waktu terdekat ni... harap setanding ketika cinta bertasbih dr segi jalan cerita :)

    BalasPadam
  30. http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/05/review-nur-kasih-movie.html

    sebuah epik cinta

    BalasPadam
  31. aku dah tgk crita ni.. dan aku carik spe yang review dengan sempurna.. akhirnya, jumpa blog ko ni.. review yang sgt lengkap.. tahniah..

    BalasPadam
  32. msafuanhalim@gmail.com24 Mei 2011 pada 11:53 PG

    Setuju dgn ulasan di atas.... Muzik latar baru yg digubah oleh hafiz hamidun mmg tak sedap & betul2 menganggu emosi.... Pelik & Ajaib kenapa pengarah tak guna muzik latar yg ada dam telemovie? yg tue jauh lebih touching & kita sebagai peminat setia Nur Kasih pasti akan teringt kembali bila dgr muzik2 tue balik... & paling aku kesalkan adalah lagu Nur Kasih nyanyian Yassin hanya dimainkan sekali shj dlm Filem ini... Pengarah seperti terlupa bahawa kekuatan filem nie sebenarnya salah satu terletak pada lagu tersbut!!!

    BalasPadam
  33. bro, aku ingatkan JAMAL tu yang budak yang belajar dengan Adam, bukan si Mukhsin tu, kan? Ke apa nama budak tu ah?

    BalasPadam
  34. Jamal = Mukhsin....
    yang belajar dengan Adam tu dalam filem nama dia mamat...
    nama betul dia Muniff Isa kut..
    kurang pasti tapi yg berlakon filem Dilarang Masuk tu
    :-)

    BalasPadam
  35. ohh, Mamat namanya? ok, noted! thx bro!!

    BalasPadam
  36. Fadz : xsilap teman la...asyik diorang panggil dia mamat jer...ekekekek

    BalasPadam
  37. hehehe..terlalu lewat utk dtg komen ;P.. tapi cite ni mmg best!

    BalasPadam