Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D



Filem:
 Transformers: Dark Of The Moon


Pengarah:
Michael Bay


Genre:
Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen


Pelakon:
Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley, Tyrese Gibson,
Josh Duhamel, John Turturro, Patrick Dempsey & Etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

 Filem ini mengisahkan tentang Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime yang sekali lagi kembali menentang musuh lama mereka iaitu Decepticons. Masalah mula timbul apabila Sentinel Prime yang dibawa ke bumi selepas dijumpai di bulan hasil misi Amerika yang menghantar angkasawan mereka untuk bersaing dengan pihak Soviet dibawa pulang oleh Optimus Prime untuk dihidupkan. Sentinel Prime telah berpaling tadah apabila bekerjasama dengan pihak Decepticon untuk membawa planet Cybertron kebumi dan seterusnya menjadi pemerintah utama di bumi dan ketua kepada manusia. Seperti filem - filem sebelum ini, Sam Witwicky dan sahabat - sahabatnya robotnya kembali membantu pihak berkuasa Amerika untuk menghalang pihak Decepticon serta Sentinel dan seterusnya menyelamatkan bumi daripada cengkaman Decepticons. Mereka menghadapi pelbagai halangan kerana keseluruhan bandaraya Chicago telah dikuasai oleh pihak Decepticon yang diketuai oleh Sentinel. Manakala pihak Autobots pula yang dihantar keluar daripada bumi menggunakan sebuah roket telah dimusnahkan oleh pihak Decepticons. Jadi, mampukah Sam Witwicky menghalang kemaraan pihak Decepticon tanpa bantuan Autobots? Saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran anda.

Ulasan Hans:

Filem ini bagi aku amat lemah dari segi plot dan jalan ceritanya. Pada 30 minit pertama filem ini sahaja sudah membosankan aku dengan dialog - dialog yang meleret dan adegan humor yang bagi aku sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan aku tertanya - tanya kenapa perlunya adegan - adegan yang agak membazir masa seperti itu. Memang ada adegan yang betul - betul mencuit hati tetapi bagi aku banyak lagi perkara lain yang perlu difokuskan daripada membazir masa untuk adegan - adegan yang tidak perlu. Nampaknya penulis skrip kali ini iaitu Ehren Kruger tidak mampu menyaingi Roberto Orci dan Alex Kurtzman yang paling tidak berjaya menjadikan sekuel - sekuel sebelum ini lebih menarik untuk ditonton berbanding Filem Transformers: Dark Of The Moon ini.

 Salah Satu Babak Yang Melibatkan Optimus Prime

Aku juga merasakan aura pelakon wanita yang menggantikan Megan Fox iaitu Rosie Huntington-Whiteley seperti kurang menyerlah. Aku bukan mahu membandingkan antara mereka berdua tetapi aku rasa aku lebih menyukai lakonan Megan Fox yang lakonannya lebih menarik dan punya karisma tersendiri. Walaupun ada babak yang sebenarnya membantu watak Carly menjadi lebih kuat dan penting namun aku tidak nampak semua itu. Namun, aku amat gembira menonton CGI filem ini di dalam 3D kerana bagi aku hasilnya memang menarik dan sempurna sehingga membuatkan aku terhibur melihat aksi - aksi pertarungan yang melibatkan antara pihak robot dan juga manusia. Bagi aku kekuatan filem Transformers: Dark Of The Moon ini memang terletak pada kesan khas yang memang direka dengan begitu teliti sekali menjadikan filem ini berjaya dari segi itu. Disamping itu lagu tema filem ini yang dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park juga menarik kerana berjaya membantu membangkitkan emosi penonton.

 Watak Carly Lakonan Rosie Huntington-Whiteley Kurang Menyerlah Dimata Aku

Mesej filem ini agak menarik pada pandangan aku kerana ia membawa tentang nilai kemanusiaan dimana dipaparkan bagaimana Optimus Prime iaitu sebuah robot terpaksa memilih untuk memihak pada manusia atau pun pihak robot dan bagaimana hubungan antara Sam dan Bumble Bee yang begitu rapat dan berjaya dipaparkan dengan begitu hebat sekali namun apa yang mengecewakan aku ialah aksi pertarungan kali ini banyak memaparkan pertarungan antara manusia dan robot berbanding pertarungan antara pihak Autobots serta Decepticon dan begitu mudahnya pihak Decepticon dan Sentinel ditewaskan sedangkan sebelum ini mereka digambarkan begitu kuat dan amat sukar untuk ditewaskan. Paling rasa lucu apabila mereka dengan mudahnya terhasut dengan kata - kata Carly iaitu kekasih Sam dan mudah ditewaskan oleh Optimus Prime yang boleh dikategorikan cacat ketika aksi itu kerana kehilangan sebelah lengannya. Penamat yang sebenarnya langsung tidak mendebarkan dan bagi aku biasa - biasa sahaja.

 Kesan Khas Filem Ini Memang Menarik

Secara dasarnya, kekuatan filem ini lebih kepada kesan visual iaitu CGI nya yang memang memuaskan hati aku namun tidak pada susunan jalan ceritanya yang sedikit kabur dan lebih dimomokkan dengan adegan - adegan yang bagi aku tidak perlu atau lebih kepada membazir masa sahaja sedangkan sepatutnya mereka lebih memfokuskan kepada kisah pihak Decepticon dan Sentinel itu sendiri. Namun, aku suka dengan kreativiti mereka mengaitkan tentang kisah angkasawan Amerika yang menjejak bulan dan juga tentang kisah Chernobyl yang bagi aku walaupun itu cuma imaginasi untuk menyedapkan cerita tetapi setidak - tidaknya hal itu menjadikan filem ini sedikit menarik untuk ditonton.

 Salah Satu Babak Menarik Didalam Filem Ini

Filem ini bukanlah seteruk mana kerana ia masih boleh ditonton dengan rasa teruja cuma jangan terlalu mengharap filem ini begitu bagus dari segi jalan ceritanya kerana momentum filem ini teramat perlahan pada peringkat awal dan sedikit serabut namun anda pasti tidak rugi menonton visualnya yang menarik. Jadi, selamat menonton dan moga anda gembira dengan filem Filem Transformers: Dark Of The Moon ini.

P/S : Meredah Hujan Dan Jalan Yang Licin Semata - Mata Untuk Menonton Filem Ini Sememangnya Merupakan Satu Pengalaman Baru Yang Menarik! (^_^)Y

Catat Ulasan

37 Ulasan

  1. aku tdo half way ms tgk cite ni semalam..haha

    BalasPadam
  2. huhu.. nsb baik sy suka tgk transfomer... kalo xmesti xthn lama sangat citer ni.. mngeluh byk kali, hhehee..

    BalasPadam
  3. akhirnya. :)

    3.5 eh? not bad lah. aku rate as 4. better than sekuel ke 2.

    bg aku lakonan rosie tu better than megan yg nampak kaku.

    p/s: just my opinion :)

    BalasPadam
  4. yusuf : hahahaha..macam mana boleh tido nih? hehehe

    ishiko : hahaha...kan..banyak dialog meleret2 tapi bila mula adegan perang tu dah memang menarik

    khai : penutup sekuel nih bagi aku merosak reputasi michael bay jer...apa2pun aku still suka megan fox than rosie yang lebih pada simbol seks..muka kaku jer

    BalasPadam
  5. alahh, xbesh keh? maleh lah nk g tngok. wee~

    BalasPadam
  6. syazan : ikut orang..saya bukan kata tak best cuma pada saya ada kekurangan dia..apa2pun enjoy jer tgok tadi

    BalasPadam
  7. Haha. Sememangnya aku menanti ni dari ko. :)

    Dan aku menanti review Sekali Lagi juga. Ekeke. :)

    Aku baru tengok 2 hari lepas, previous versions lagi way better, kali ni punya cerita tak berapa kuat but still bolehlah nak dilayan. Sebab aku suka gila dengan Kapten Lennoux. :)

    BalasPadam
  8. Ko tgk yang 3D ke? Nak tgk jugaklah nanti..

    BalasPadam
  9. farhana : hehehe...thanks

    orang perlis menulis : yeah..da baca..thanks...

    amir : yups...layan tgok 3D :-)

    BalasPadam
  10. aku layan citer ni baik punya.. apa2pun aku rasa awek baru filem ni lg best dari megan fox.. hahaha.. nampak suci skit...

    BalasPadam
  11. kat kuantan 3D punya xde sari kata..

    BalasPadam
  12. syah : hahaha...bab nampak suci tu aku percaya la..muka suci

    BalasPadam
  13. details review ko... aku review dari sisi yang lain, aku suka! hahahahahah... x semua sama pendapat... tapi part dialog yang meleret buta kau tertido... tapi still aku bagi rate 9/10 sebab bukan senang nak buat skrip dan bukan senang nak mengarah cerita macam tu...

    it's my POV and I respect yours... =)

    BalasPadam
  14. liyana aziz : yups...terima kasih sudi baca :-)....macam saya taip di tepi sidebar kan..saya mengulas mengikut apa saya rasa..lain orang lain pandangan....apa2pun saya masih percaya pada apa yg saya rasa

    BalasPadam
  15. tak tgok lagi.. masa siri yg lepas, hampir2 dah bangun sebelum wayang ni tamat.. hahaha

    BalasPadam
  16. Wah..panjang berjela review hans..
    asfz xtgk ag la cite ni...hehehehe...

    BalasPadam
  17. aku x layan lagi. no metter what review, aku suka robot2 transform jer

    BalasPadam
  18. aku dah agak dah yang cite ni tak best... ternyata agakan aku tu benar belaka. dah la takde mikaela banes. tak syok!! plot dia mesti dah merapu2 kan. Transformers 1 jugak yang best...

    BalasPadam
  19. ikhram : ko xminat filem2 macam nih kut..hehehe

    cik domo : review kena la panjang maaa :-)

    matjoe : hahahaa...sila2 tgok

    redvixen : hahaha...ikut orang..bagi aku bukan tak best..best cuma kureng sikit la..tapi CGI dia sangat2 best

    BalasPadam
  20. cik ana donlod je cite nih smlm..hik3
    bile tgk balik dr yg 1st & 2nd,mmg rase yg 3rd nih x power sgt la :P

    BalasPadam
  21. lagi best tengok revenge of the Fallen...x ske arr citer yg nie :(

    BalasPadam
  22. baru nk tgk sb ramai kata best! tp tu la, megan xde dlm sekuel ni. tp itulah attitude sbgi pelakon mesti kena jaga kalo x mg kena reject oleh producer. anyway thanks 4 d review =)

    BalasPadam
  23. hoyeah.. ad kaki wayang.. aku slalu tgk wayang n wt review psl pe yg aq tgk...

    jom try ni :D
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/grapevine-saya-budak-hingusan.html

    dah tengok transformers 3? movie review!!! http://eleventx.blogspot.com/2011/06/movie-review-transformers-dark-of-moon.html

    BalasPadam
  24. tak tengok lagi r citer ni.. ade yg kate bes, ade yg kate x bes.. konpius2.. tggu yg download kat syok.org jela.. hehehe...

    BalasPadam
  25. 3.5/5 ? that means xdpt menyaingi yg sblm ni la hans?huhu drpd ulasan yg hans bagi ni..sy xteruja dh nk tgk hehe beli dvd je la kot tak pun donlot hihi thanks share ulasan :)

    BalasPadam
  26. nk tngok jugak ! tp blom sempat lg.huk3

    BalasPadam
  27. aq tengok citer nih mlm tadi.india tak adalah 3d segala bagai kan.keseluruhannya,KECEWA!! sbg pengikut setia transformers,pada aq lah kan...dah macam CARS pulak citer ni.elemen drama kurang.n elemen humor autobots x brape menjadi la kali nih

    BalasPadam
  28. zaman wayang bro dah habih dah..huhu..tunggu TV siar jer haha

    BalasPadam
  29. Assoyfinger67 : ko salah tu...kalau zaman wayang berakhir tak ada lah Avatar boleh dapat kutipan berbilion..xada la KL Gangster boleh dapat lebih dari 10 juta..dan tak adalah orang mengeluh sebab tiket transformers asyik Sold Out...zaman wayang belum berakhir bro..tunggu TV lambat dan nanti jadi outdated :-)

    BalasPadam
  30. tgk 3D kurang boring cket kot, tapi mesti mata penat..huhu..

    BalasPadam
  31. opah tak tengok lagi T3 ni.. hope minggu ni dapat tengok..huhuhu..

    Nak tengok Megan Fox jugak la rasenyer.. :P

    BalasPadam
  32. x sabar nak tgk Rosie muncung2 kan mulut seksi beliau

    ;D

    BalasPadam
  33. hhuhu,...lam citer nie..sam da ptus dengan mikeala ea..pastu kapel dengan carly..hohoho..kira nya...rosie nie..bawak watak baru la..die tak ganti watak megan fox la kan..

    BalasPadam
  34. hhuhu,...lam citer nie..sam da ptus dengan mikeala ea..pastu kapel dengan carly..hohoho..kira nya...rosie nie..bawak watak baru la..die tak ganti watak megan fox la kan..

    BalasPadam
  35. yups...
    rosie tu bawa watak carly..dah xada kena mengena dengan megan dah
    :-)

    BalasPadam