3 Rancangan Menarik Yang Wajib Anda Tonton



Rancangan:
Makan Angin Musim 2


Pengacara:
Adzriefaiz Adzlan


Genre:
Dokumentari Hiburan (Pelancongan)


Episod:
13 Episod


Siaran:
TV9


Waktu:
Setiap Jumaat - 8.30 Malam


Sinopsis:

Pada musim kali ini Faiz akan menjelajah ke kampung-kampung pedalaman yang terpilih di seluruh negara dan beliau akan menyediakan sendiri makanan eksotik di sana. Menariknya disini ialah Faiz juga perlu menyediakan sendiri bahan-bahan makanan yang akan dimasak oleh beliau seperti memasuki hutan untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan, mengejar ayam kampung selama 2 jam dan pelbagai lagi. Apa yang membuatkan anda pasti teruja ialah nama, rupa bentuk dan cara masakan makanan itu yang kebanyakkannya kita tidak pernah dengar atau mungkin kita tahu tetapi tidak pernah melihat rupa atau bagaimana cara memasaknya. Jadi, selamat menonton rancangan menarik dan menghiburkan ini.





Rancangan:
Best In The World


Pengacara:
Razif Hashim


Genre:
Dokumentari Hiburan (Makanan)


Episod:
13 Episod


Siaran:
8TV


Waktu:
Setiap Khamis - 9.30 Malam


Sinopsis:

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Jadi, pengacara Razif Hashim akan mengembara ke tempat - tempat makan menarik untuk merasai keenakan makanan-makanan yang wujud di Malaysia disamping berinteraksi dengan pelanggan di kedai terbabit untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah jika mereka singgah di tempat makan tersebut. Apa yang menariknya disini ialah kedai - kedai makan yang menjadi tempat persinggahannya bukanlah restoran - restoran mewah tetapi kedai - kedai yang berada di jalanan, warung burger, lori aiskrim dan pelbagai lagi yang cukup mengasyikkan. Setiap episod akan membawa tema tersendiri dan antaranya ialah Rice Spice, Oodles of noodles, Chili fever, Food from the roots dan banyak lagi yang semestinya menarik. Memang terliur dibuatnya bila melihat bagaimana Razif menikmati setiap juadah atau menu setiap tempat yang ditujunya dengan cukup berselera dan kelihatan begitu menarik. Jadi, selamat menonton rancangan menarik ini untuk menjadi panduan kepada anda jika mahu mencuba menu di luar.





Rancangan:
Without Boundaries - Islands and Beaches


Pengacara:
Henry Golding


Genre:
Dokumentari Hiburan (Pengembaraan)


Episod:
10 Episod


Siaran:
8TV


Waktu:
Setiap Rabu - 9.30 Malam


Sinopsis:

Pengacara Henry Golding akan membawa penonton menerokai keindahan serta panorama menarik pantai-pantai dan pulau-pulau di sekitar Malaysia. Henry yang sememangnya gemar mengembara dan merupakan seorang yang peramah dan berani mencuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan sangat santai dan begitu menarik. Selain destinasi-destinasi menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulai Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating dan  Pulau Langkawi, program ini juga turut membawa Henry pulang ke tempat tinggalnya ketika zaman kanak-kanak iaitu di Dungun, Terengganu. Jadi, kepada sesiapa yang meminati pantai dan laut serta merancang mahu bercuti maka rancangan ini amat sesuai untuk tontonan. Selamat menonton rancangan yang begitu menarik dan cukup menghiburkan dengan keletah Henry Golding yang sangat selamba.


P/S : Aku Sangat Berminat Dengan Rancangan Best In The World Sebab Aku Kaki Makan! Bilalah Agaknya Aku Berpeluang Jadi Pengacara Dalam Rancangan Sebegitu! (^_^)Y

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. Saiazuan : malas tak payah tengok..ini untuk yang rajin tengok tv jer :-)

    BalasPadam
  2. Sama. Hana pun kaki makan. If diberi perluang menjadi pengacara tv, mau pilih segmen makan2 n jalan. hahaha

    BalasPadam
  3. bui teruja nk tengok without boundaries..bui suka travel..lg pun pengacaranya encem..hahaha

    BalasPadam
  4. Aku teruja tengok The Best In The World dengan Without Boundaries.
    Seriously best!
    Host diorg pun muka muka memang dah kenal ko cam attraction tu banyak ar.

    BalasPadam
  5. Oh.. Baru tahu.
    Lps ni akan check it out! hehe~

    BalasPadam
  6. Untung Pengacara2 makan free sedap2

    BalasPadam
  7. x mau tgk, nanti lapar.. hehe

    BalasPadam
  8. best in the world . best tu . sdp2 . yummy3 . ehee

    BalasPadam
  9. penah tengok yg makan angin tu je la..xpa nanti2 try nak tgk yg 2nd n 3rd..hoho..^o^

    BalasPadam
  10. alamak.. dah jadi duta 8tv tv9 dah.. ok.. nnt saya tgok.. suka juga rancangan2 cam ni

    BalasPadam
  11. lCW vs lin dan pon wajib tengok kan ..

    BalasPadam
  12. jarang tengok tv bulan puasa. ayah tak bagi :/

    BalasPadam
  13. wah pasti takkan melepaskan untu tonton without boundaries, and best in the world! :-)

    BalasPadam
  14. aku ske tgok makan angin musim 2 tu..ngehhhh

    BalasPadam
  15. hana : hehhe...tahu xper

    bui : henry golding memang hensem :-)

    judiene : aku sangat suka best in the world sebab aku bayangkan aku boleh buat lepas baik dari pengacara tu...hahahah

    shah url : hahaha..tu yg best tu

    sis nana : slmt menonton

    ikhram : duta ke camnih? hahahaha

    poruman : tarawihhh..ekekekek

    faizlaster : kan? best betul tgok dia masak sendiri

    BalasPadam
  16. la cerita pertama tu makan angin je???..tak nak ah..hahah...

    BalasPadam
  17. HEE..kadang-kadang tengok orang makan pon da bley kenyang :D

    BalasPadam
  18. Aku nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan!

    BalasPadam
  19. da tak sempat nak tengok tv. huuu ada sesape tau mana nak dapat cream puff sedap? haha!

    BalasPadam
  20. best in the world blom pernh tgk lgi. nnt nak tgk lah :)

    BalasPadam
  21. best in the world memang best =)

    BalasPadam
  22. teruja jgk tgj tambah2 pengacara ensem hahha..tp mmg best..
    tgk best in the world tu lagi la rasa meleleh air liur..huhu. tgk pengacara mkn pn dh nmpk sedap!

    BalasPadam
  23. aku tengok yang pengacara hensem aje :P

    BalasPadam
  24. Amboiii... Skrg nie cerita drama, filem je.. aku nak komen pn dh xreti broo.. yelah.. dok kt asrama mcm mn nak tgk tv tuh semua..

    BalasPadam
  25. sy suka yang makan angin tue..seronok tgk depa berjalan huhuhhh

    BalasPadam
  26. bestnyer program semua tu.. tp slalu takda masa nak tgk tv.. huhu

    BalasPadam