Rancangan:
Makan Angin Musim 2


Pengacara:
Adzriefaiz Adzlan


Genre:
Dokumentari Hiburan (Pelancongan)


Episod:
13 Episod


Siaran:
TV9


Waktu:
Setiap Jumaat - 8.30 Malam


Sinopsis:

Pada musim kali ini Faiz akan menjelajah ke kampung-kampung pedalaman yang terpilih di seluruh negara dan beliau akan menyediakan sendiri makanan eksotik di sana. Menariknya disini ialah Faiz juga perlu menyediakan sendiri bahan-bahan makanan yang akan dimasak oleh beliau seperti memasuki hutan untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan, mengejar ayam kampung selama 2 jam dan pelbagai lagi. Apa yang membuatkan anda pasti teruja ialah nama, rupa bentuk dan cara masakan makanan itu yang kebanyakkannya kita tidak pernah dengar atau mungkin kita tahu tetapi tidak pernah melihat rupa atau bagaimana cara memasaknya. Jadi, selamat menonton rancangan menarik dan menghiburkan ini.





Rancangan:
Best In The World


Pengacara:
Razif Hashim


Genre:
Dokumentari Hiburan (Makanan)


Episod:
13 Episod


Siaran:
8TV


Waktu:
Setiap Khamis - 9.30 Malam


Sinopsis:

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Jadi, pengacara Razif Hashim akan mengembara ke tempat - tempat makan menarik untuk merasai keenakan makanan-makanan yang wujud di Malaysia disamping berinteraksi dengan pelanggan di kedai terbabit untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah jika mereka singgah di tempat makan tersebut. Apa yang menariknya disini ialah kedai - kedai makan yang menjadi tempat persinggahannya bukanlah restoran - restoran mewah tetapi kedai - kedai yang berada di jalanan, warung burger, lori aiskrim dan pelbagai lagi yang cukup mengasyikkan. Setiap episod akan membawa tema tersendiri dan antaranya ialah Rice Spice, Oodles of noodles, Chili fever, Food from the roots dan banyak lagi yang semestinya menarik. Memang terliur dibuatnya bila melihat bagaimana Razif menikmati setiap juadah atau menu setiap tempat yang ditujunya dengan cukup berselera dan kelihatan begitu menarik. Jadi, selamat menonton rancangan menarik ini untuk menjadi panduan kepada anda jika mahu mencuba menu di luar.





Rancangan:
Without Boundaries - Islands and Beaches


Pengacara:
Henry Golding


Genre:
Dokumentari Hiburan (Pengembaraan)


Episod:
10 Episod


Siaran:
8TV


Waktu:
Setiap Rabu - 9.30 Malam


Sinopsis:

Pengacara Henry Golding akan membawa penonton menerokai keindahan serta panorama menarik pantai-pantai dan pulau-pulau di sekitar Malaysia. Henry yang sememangnya gemar mengembara dan merupakan seorang yang peramah dan berani mencuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan sangat santai dan begitu menarik. Selain destinasi-destinasi menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulai Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating dan  Pulau Langkawi, program ini juga turut membawa Henry pulang ke tempat tinggalnya ketika zaman kanak-kanak iaitu di Dungun, Terengganu. Jadi, kepada sesiapa yang meminati pantai dan laut serta merancang mahu bercuti maka rancangan ini amat sesuai untuk tontonan. Selamat menonton rancangan yang begitu menarik dan cukup menghiburkan dengan keletah Henry Golding yang sangat selamba.


P/S : Aku Sangat Berminat Dengan Rancangan Best In The World Sebab Aku Kaki Makan! Bilalah Agaknya Aku Berpeluang Jadi Pengacara Dalam Rancangan Sebegitu! (^_^)Y