Review Filem Cool Gel Attacks



Filem:
Cool Gel Attacks


Pengarah:
Jaturong Mokjok


Genre:
Komedi


Pelakon:
 Jaturong Mokjok, Jim Chuancheun,
Nuttapong Chatpong, Patarasaya Kreusuwansiri & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 2 buah keluarga berjiran yang mengusahakan perniagaan masing - masing iaitu menjual kuih pau dan juga membekalkan ais. 3 tahun yang lepas Teerachai dan Meaw yang merupakan ketua keluarga masing - masing bersahabat baik namun mereka mula berbalah gara - gara corong asap kilang kecil Teerachai yang dihalakan menuju ke rumah Meaw yang secara tidak langsung memanaskan suhu sekeliling dan mengakibatkan ais yang yang dihasilkan oleh Meaw cepat cair. Namun kedua - dua anak mereka pula sedang bercinta. Kemudian masalah mula timbul apabila kawasan rumah mereka diserang oleh sejenis makhluk asing yang jatuh dari langit dan berbentuk seperti gel berwarna jernih yang sangat comel namun sebenarnya adalah makhluk pembunuh yang kejam . Makhluk asing ini membiak dengan memasuki badan manusia melalui mulut mereka. Jadi, nampaknya selepas 3 tahun Teerachai dan Meaw bermusuhan maka mereka harus berkerjasama untuk menghapuskan makhluk asing berbentuk gel yang begitu menakutkan! Berjayakah mereka menghapuskan makhluk tersebut? Adakah mereka akan berbaik semula? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Hans:

Sekali lagi aku berpeluang menonton filem Thailand dan pada kali ini genre filem berkenaan berbentuk komedi. Seperti biasa apabila menonton filem komedi yang datangnya dari negara Thailand maka mahu tidak mahu anda pasti akan ketawa tidak henti - henti gara - gara kreativiti dan imaginasi melampau pembikin mereka dalam mencipta sebuah kisah yang walaupun tidak masuk akal tetapi amat melucukan.

 Salah Satu Babak Lucu Di Dalam Filem Ini

Walaupun dari segi kesan khas atau C.G.I filem ini yang banyak melibatkan pergerakan dan wajah makhluk asing berbentuk seperti gel atau gamat itu tidak lah menarik dan kelihatan sangat animasi namun peratusan humor di dalam setiap adegan filem ini berja menutup kelemahan tersebut dengan jayanya sekali. Paling menarik apabila petai iaitu sejenis ulam - ulaman yang digemari ramai turut diangkat menjadi antara salah satu subjek utama di dalam filem ini. Aku cukup suka dengan tahap kreativiti yang tinggi oleh pihak - pihak yang terlibat di dalam menghasilkan filem ini.

 Telur Alien Berbentuk Kuih Pau! Hahahahahaha!

Tema kejiranan, bertolak ansur dan tanggungjawab melindungi anak gadis juga merupakan antara mesej - mesej yang bagus di dalam filem ini untuk sama - sama direnungkan. Apa yang aku boleh katakan ialah filem ini bukanlah filem terbaik tetapi aku memberi 4 bintang gara - gara tahap komedinya yang memang melampau - lampau! Hahahaha! Jadi, jika anda mahu menonton filem sambil berhibur maka filem Cool Gel Attacks ini sesuai untuk tontonan anda! Selamat menonton!


P/S : Sakit Perut Sebab Ketawa Menonton Filem Nih! Hahahahaha! (^_^)Y

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Bila sebut komedi Thailand, aku teringat cikgu muncung tajam dalam filem First Love a.k.a Crazy Little Thing Called Love.. Haha.. Lawak dorang memang menjadi..

    Tinggi jugak bintang ko bagi ni.. Nanti aku gi cari link download dia..

    Tengkiuuuu.. :)

    BalasPadam
  2. FarhanaDr : hahaha...sebab sangat lawak...bintang untuk filem nih dinilai dari segi komedi dia...hahahaha

    BalasPadam
  3. wah macam best je...kat wayang ke? aloo bulan puasa ni nak tengok wayang rasa macm pelik pulak.. =,=

    BalasPadam
  4. Okayhhhhhh!! Aku dah habis tengok!! Hahaha..

    Lawak lawak.. Habislah malam-malam buta kena sumpah seranah dek jiran sebab mengilai.. Hahaha.. :p

    BalasPadam
  5. akan ku download segera. makaseh hans review ko memang tebaek..

    BalasPadam
  6. mcm besh je klakar2 ni. bole la donlod hehe =)

    BalasPadam