Filem:
Ronal the Barbarian
Pengarah:
Kresten Vestbjerg Andersen, Thobjorn Christoffersen & Philip Einstein Lipski
Genre:
Animasi, Pengembaraan & Fantasi
Pelakon(Suara):
Anders Juul, Hadi Ka-Koush, Laerke Winter Andersen,
Brian Lykke, Lars Mikkelsen, Peter Aude, Lars Bom & Etc.
Brian Lykke, Lars Mikkelsen, Peter Aude, Lars Bom & Etc.
Klasifikasi:
18 Tahun Ke Atas
Penilaian:
7 / 10
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ronal yang hidup bersama puaknya iaitu Barbarian. Puak Barbarian dikenali sebagai puak yang memiliki ramai pendekar hebat kerana sejarah terdahulu di dalam menewaskan lagenda kejahatan. Namun kedatangan Prince Volcazar yang menghidupkan semula dewa kejahatan telah menyebabkan kediaman puak Barbarian diserang dan kesemua mereka ditangkap kecuali Ronal. Ronal telah berjanji akan menyelamatkan kembali puaknya dan menghapuskan Volcazar namun dia perlu mencari pedang sakti terlebih dahulu kerana cuma senjata itu sahaja yang mampu membunuh Volcazar. Di dalam perjalanan tersebut Ronal telah bertemu dengan Alibert, Zandra dan Elric. Alibert merupakan seorang pemuzik yang bercita - cita mahu mengembara mencari wanita cantik manakala Zandra pula merupakan pahlawan wanita yang handal yang berhasrat mencari pemuda yang mampu mengalahkannya agar dia boleh berkahwin dengan lelaki tersebut manakal Elric pula merupakan seorang penyair yang tidak mampu bernyanyi dengan baik. Pelbagai cabaran dan halangan menanti pengembaraan mereka berempat di dalam misi menyelamatkan puak Barbarian yang ditawan serta menghalang niat jahat Volcazar daripada tercapai. Berjayakah mereka? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan Hans:
Filem animasi dari negara Denmark yang ditayangkan pada 29 September 2011 ini sebenarnya ada sesuatu yang agak menarik melalui jalan ceritanya yang kelakar dan cukup sinis atau boleh juga dikatakan seakan - akan parodi kepada filem Conan the Barbarian dan ia dapat dilihat dengan jelas dari segi filem ini memanipulasi jalan cerita, cara pemakaian dan kekuatan otot pada badan yang terdapat di dalam filem tersebut.
Filem animasi ini memaparkan kisah seorang lelaki yang cuba sedaya upaya menjadi seorang perwira yang selalu orang lain fikirkan sebagai seorang makhluk yang kuat dan tidak mampu dikalahkan oleh mana - mana makhluk lain sekali pun namun menariknya disini ialah kemampuan watak utama kisah ini iaitu Ronal memang terhad dan dia diangkat menjadi seorang hero yang dikagumi bukan kerana kekuatan fizikalnya tetapi kerana kebijaksanaan dan keazaman yang ada di dalam dirinya. Uniknya juga filem ini kerana watak yang paling kuat di dalam filem ini adalah milik wanita iaitu watak Zandra yang dilihat mendominasi perkataan kuat dan tidak mampu ditewaskan oleh mana - mana lelaki.
Walaupun terdapat sedikit adegan yang mengambil inspirasi daripada filem The Lord Of The Rings namun hakikatnya memang filem ini tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak - kanak kerana penceritaannya yang mempunyai unsur seksual serta aksi ganas yang agak keterlaluan. Namun, filem ini sememangnya kelakar kerana komedi yang yang terhasil lebih bercirikan humor gelap dan selain itu juga filem ini memang menitik beratkan susunan plot, hasil gambar yang bagus dan kesan bunyi yang menarik. Jadi, tonton filem ini dan anda pasti ketawa tidak kering gusi melihat kisah keempat - empat watak utama yang boleh dikatakan tiga daripada watak terbabit iaitu Ronal, Alibert dan Elric memang tidak boleh diharap kecuali Zandra yang banyak membantu namun keempat - empat mereka sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain dan membantu ketika memerlukan. Jadi selamat menonton!
P/S : Esok Filem Baru Apalah Agaknya Yang Ditayang Dekat Pawagam Berdekatan Rumah Aku Nih! (^_^)Y
0 Ulasan