Filem:
Forgotten
Pengarah & Penulis:
Hang-jun Zhang
Genre:
Misteri & Thriller
Pelakon:
Ha-Neul Kang, Mu-Yeol Kim, Seong-kun Mung & Etc.
Penilaian:
7 / 10
Filem ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Jin-Seok yang sangat kagum dengan abangnya, Yoo-Seok yang pada pandangannya sangat sempurna dan berbakat. Namun pada suatu hari segala-galanya berubah apabila abang Jin-Seok diculik dan menyebabkan Jin-Seok mula bermimpi yang bukan-bukan. Sehinggalah abangnya muncul kembali pada hari ke-19 selepas kejadian penculikan tersebut tetapi yang anehnya abangnya langsung tidak mengingati apa yang terjadi sepanjang kehilangannya. Jin-Seok mula merasa sangsi dengan perubahan abangnya yang sangat mendadak dan mula menyiasat untuk mencari kebenaran sebenar. Jawapan yang bakal diketahui oleh Jin-Seok selepas itu amat mengejutkan dirinya. Apakah perkara sebenar yang terjadi terhadap abangnya? Apakah rahsia sebenar yang selama ini disembunyikan oleh keluarganya daripada pengetahuan Jin-Seok? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan Hans:
Filem ini ditayangkan pada 29 November 2017 dan memandangkan filem ini mendapat pandangan positif daripada pencinta-pencinta filem Korea jadi aku meluangkan masa untuk menonton filem ini. Penceritaan awalnya lebih terarah kepada perihal sebuah rumah baru yang berjaya memberikan satu persoalan menarik kepada aku tentang sebuah bilik yang belum dikosongkan tetapi tidak boleh dimasuki oleh keluarga yang baru berpindah masuk ini. Dan bilik tersebut juga berjaya memberikan gambaran seram dan sedikit kejutan kepada aku sewaktu babak-babak awal filem ini.
Penceritaan menjadi semakin menarik apabila abang Jin-Seok diculik dan Jin-Seok mulai dilanda mimpi-mimpi yang menyeramkan. Filem ini semakin membuatkan penonton tertanya-tanya apabila kemunculan semula abang Jin-Seok yang diculik namun tidak mengingati apa-apa berkaitan kejadian penculikan dan juga sikapnya yang mula berubah. Paling menarik apabila Jin-Seok mula menyedari tentang kecacatan kaki abangnya yang berubah daripada kebiasaannya sehingga menyebabkan Jin-Seok mula mencari jawapan sebenarnya kepada semua perubahan ini.
Memandangkan aku memang suka filem-filem berbentuk sebegini sebelum ini jadi aku sudah dapat menjangkakan tentang apa sebenarnya yang bakal berlaku dan siapa sebenarnya karakter pemain-pemain watak yang ada di dalam filem ini. Jadi, filem ini tidak dapat mempermainkan atau memanipulasikan pemikiran dan tekaan aku tentang perjalanan filem ini.
Namun, masih sebuah filem yang bagus sebenarnya kerana kesemua pelakon di dalam filem ini sangat berjaya membawa watak yang dipegang sehinggakan aku dapat merasai erti ketakutan, kekosongan, keperitan dan ketidak percayaan yang dipersembahkan oleh setiap watak-watak di dalam cerita ini. Inilah kehebatan pelakon Korea masa kini kerana jiwa mereka dan watak yang dibawa itu bersatu dan kau rasa seolah-olah ia sebuah kisah yang benar dan dilakonkan oleh individu yang benar.
Seperti biasa aku suka mencari mesej-mesej melalui filem yang aku tonton dan apa yang aku nampak disini ialah nilai kekeluargaan. Satu keluarga yang bahagia tetapi kebahagiaan mereka musnah di luar kawalan mereka. Manakala satu keluarga lagi pula sebenarnya boleh bahagia tetapi ketua keluarganya memilih untuk tidak bahagia. Apabila terlalu dibutakan dengan kasih sayang dan tidak berpijak dibumi yang nyata, adakalanya manusia akan melakukan sesuatu yang di luar kawalan tanpa memikirkan impak selepas itu.
Aku cukup suka dengan pengakhiran filem ini yang membenarkan aku untuk berfikir dan memberi banyak persepsi serta andaian tentang kehidupan. Bagaimana manusia sanggup menamatkan hidup akibat kekecewaan, putus harapan atau tidak dapat menerima kenyataan yang terjadi terhadap diri mereka. Babak akhir juga sangat menarik dan rugi jika ada yang terlepas kerana dari situ juga akan membuatkan anda lebih faham tentang perwatakan dua watak utama di dalam filem ini.
Jadi, masih berbaloi untuk menonton kerana filem ini pasti mampu memenuhi citarasa anda yang sukakan tentang misteri, kegelapan, kasih sayang dan kesedihan. Selamat menonton dan kongsikan pandangan anda tentang filem ini di ruangan komen dibawah. Sekian.
BABAK INI PERMULAAN KEPADA PENDEDAHAN RAHSIA BESAR FILEM INI
Penceritaan menjadi semakin menarik apabila abang Jin-Seok diculik dan Jin-Seok mulai dilanda mimpi-mimpi yang menyeramkan. Filem ini semakin membuatkan penonton tertanya-tanya apabila kemunculan semula abang Jin-Seok yang diculik namun tidak mengingati apa-apa berkaitan kejadian penculikan dan juga sikapnya yang mula berubah. Paling menarik apabila Jin-Seok mula menyedari tentang kecacatan kaki abangnya yang berubah daripada kebiasaannya sehingga menyebabkan Jin-Seok mula mencari jawapan sebenarnya kepada semua perubahan ini.
SIAPA SEBENARNYA JIN-SEOK?
Memandangkan aku memang suka filem-filem berbentuk sebegini sebelum ini jadi aku sudah dapat menjangkakan tentang apa sebenarnya yang bakal berlaku dan siapa sebenarnya karakter pemain-pemain watak yang ada di dalam filem ini. Jadi, filem ini tidak dapat mempermainkan atau memanipulasikan pemikiran dan tekaan aku tentang perjalanan filem ini.
BABAK-BABAK SERAM DI DALAM FILEM INI MEMANG AGAK MENJADI!
Namun, masih sebuah filem yang bagus sebenarnya kerana kesemua pelakon di dalam filem ini sangat berjaya membawa watak yang dipegang sehinggakan aku dapat merasai erti ketakutan, kekosongan, keperitan dan ketidak percayaan yang dipersembahkan oleh setiap watak-watak di dalam cerita ini. Inilah kehebatan pelakon Korea masa kini kerana jiwa mereka dan watak yang dibawa itu bersatu dan kau rasa seolah-olah ia sebuah kisah yang benar dan dilakonkan oleh individu yang benar.
APA SEBENARNYA YANG TERJADI KEPADA ABANG JIN-SEOK?
Seperti biasa aku suka mencari mesej-mesej melalui filem yang aku tonton dan apa yang aku nampak disini ialah nilai kekeluargaan. Satu keluarga yang bahagia tetapi kebahagiaan mereka musnah di luar kawalan mereka. Manakala satu keluarga lagi pula sebenarnya boleh bahagia tetapi ketua keluarganya memilih untuk tidak bahagia. Apabila terlalu dibutakan dengan kasih sayang dan tidak berpijak dibumi yang nyata, adakalanya manusia akan melakukan sesuatu yang di luar kawalan tanpa memikirkan impak selepas itu.
BABAK YANG MUNGKIN BAKAL MEMBUATKAN MATA GADIS-GADIS PEMINAT K-POP BERGENANG..HAHA!
Aku cukup suka dengan pengakhiran filem ini yang membenarkan aku untuk berfikir dan memberi banyak persepsi serta andaian tentang kehidupan. Bagaimana manusia sanggup menamatkan hidup akibat kekecewaan, putus harapan atau tidak dapat menerima kenyataan yang terjadi terhadap diri mereka. Babak akhir juga sangat menarik dan rugi jika ada yang terlepas kerana dari situ juga akan membuatkan anda lebih faham tentang perwatakan dua watak utama di dalam filem ini.
POSTER NIH MEMBERI SEDIKIT BAYANGAN TERHADAP JALAN CERITA FILEM INI
Jadi, masih berbaloi untuk menonton kerana filem ini pasti mampu memenuhi citarasa anda yang sukakan tentang misteri, kegelapan, kasih sayang dan kesedihan. Selamat menonton dan kongsikan pandangan anda tentang filem ini di ruangan komen dibawah. Sekian.
16 Ulasan
Dah tgk last week! mmg berdebor je sepanjang cerita sbb ingat ade elemen hantu dan serammm..hahaha
BalasPadamhahaha
Padamtu lah
saya pun awal2 ingat ada hantu ke apa
hahaha
dah lama akak tak layan filem korea ni...hehe
BalasPadamhahaha
Padamlayan lah
best filem nih
menarik untuk ditonton nih
BalasPadamyes
Padammenarik :)
aduhh...nampak gaya kena tonton nii...
BalasPadamsila tonton
Padamhehe
suka tengok filem seram....mencabar emosi hihi
BalasPadamhihihi...seram filem nih lain sikit
Padamwoahh macam best. by the way dah follow sini :D
BalasPadamhehehe
Padambest lah
sila tonton
terima kasih sudi follow blog saya
dah tgk gak filem ni, endingnya sedih laa plak huhu n done follow sini :)
BalasPadamhehehe
Padamthanks sudi follow
tak suka ending dia haihhh
BalasPadamhahaha
Padamokay lah tu semua mati
hahaha