Filem:
Lady Bird
Pengarah & Penulis:
Greta Gerwig
Genre:
Komedi & Drama
Pelakon:
Saoirse Ronan, Laurie Metcalf, Tracy Letts,
Lucas Hedges, Timothee Chalamet, Beanie Feldstein & Etc.

Penilaian:
8 / 10
Filem ini mengisahkan seorang remaja iaitu Christine yang memiliki nama panggilan yang diberikan disendiri oleh dirinya iaitu Lady Bird. Christine dan ibunya, Marion tidak memiliki hubungan yang baik disebabkan banyak sebab dan antara salah satunya ialah masalah kewangan yang melanda keluarganya. Jadi, Marion mula memberontak dan sentiasa membuat keputusan sendiri yang memberi kesan terhadap hidupnya dan hubungannya dengan keluarga, rakan dan kekasih. Saksikan filem menarik ini untuk melihat sisi kehidupan seorang remaja perempuan yang cuba mencari erti kebahagiaan dan kasih sayang yang diingininya.
Ulasan Hans:
Filem ini ditayangkan sekitar November 2017 dan mula menjadi sebutan di kalangan penggemar filem apabila mendapat kadar undian markah di Rotten Tomatoes sebanyak 100% dalam jangka masa yang lama sebelum sekarang berubah sedikit kepada 99% markah. Agak sukar sebenarnya untuk mendapat penilaian markah sebegitu tinggi dan aku mengambil keputusan untuk menonton filem ini bagi mendapatkan jawapannya.
Ya, aku sukakan filem ini! Walaupun bagi aku penceritaan kisah gadis bernama Christine ini boleh dikatakan tidak lah berlainan dengan kisah gadis-gadis remaja lain yang baru meningkat dewasa namun bagaimana watak Christine ini ditunjukkan melalui perhubungan dan pergaulannya dengan ibunya sangat menarik untuk ditonton dan dihayati. Christine ialah remaja perempuan yang tergolong di dalam kategori remaja yang memberontak dan ingin mencapai apa yang diimpikan tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan yang dilakukannya. Sejak awal lagi, filem ini telah menunjukkan bagaimana jiwa memberontak Christine yang cukup kuat dan tidak sehaluan dengan ibunya di dalam kereta dan membuatkan Christine bertindak berani melakukan kerja gila keluar daripada kereta yang sedang bergerak hanya kerana benci mendengar bebelan ibunya. Jadi, nampak disini sikap memberontak yang ada di dalam diri Christine ini bukan tahap biasa-biasa tetapi sangat luar biasa.
Aku cukup suka dengan perlambangan yang dicipta di dalam filem ini untuk menunjukkan sikap memberontak Christine ini kepada penonton. Misalnya, rambut berwarna merah gadis Lady Bird ini serta cara percakapan terhadap ibunya yang lebih kepada terjerit-jerit serta menghempas pintu serta barang bagi melambangkan sikap pemberontakkan yang bergelora di dalam jiwanya walaupun Christine belajar di sekolah Katolik. Disini sebenarnya kita dapat melihat sesuatu yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku di sekitar kita sendiri. Ibu bapa mengambil jalan mudah menghantar anak-anak yang nakal ke sekolah agama dengan alasan anak akan berubah sikap dan menjadi manusia berguna mengikut apa yang mereka cipta di dalam akal masing-masing. Hakikatnya, filem ini memberi sindiran jawapan kepada ibu bapa bahawa anak-anak sebenarnya dengan sendiri rela berubah dengan sepenuh hati apabila ibu bapa itu sendiri memahami tentang apa sebenarnya yang anak mereka inginkan iaitu kasih sayang dan perhatian.
Pada pandangan aku, gadis bernama Christine ini sebenarnya sangat memerlukan perhatian daripada ibunya tetapi memandangkan masalah kewangan yang melanda keluarganya menyebabkan ibunya terpaksa bekerja siang dan malam. Ini menyebabkan masa mereka bersama tiada dan menyebabkan Christine rasa dirinya terabai dan tidak disayangi. Di akhir filem sebenarnya memberi jawapan kepada masalah filem ini dimana pada satu ketika ibu bapa perlu duduk bersama anak dan memberitahu apa situasi yang melanda keluarga secara elok tanpa perlu berselindung atau berahsia kerana kehidupan anak-anak remaja ini lebih kepada mencari identiti dan jati diri mereka sendiri pada saat menginjak dewasa. Itulah sebenarnya salah satu punca masalah yang turut melanda kehidupan anak-anak remaja di Malaysia pada masa kini dimana ilmu kekeluargaan dan psikologi ibu bapa kurang bagus sehingga menyebabkan anak-anak tidak faham tentang permasalahan yang berlaku di dalam keluarga mereka sendiri.
Aku juga suka bagaimana karakter Christine ini di olah dengan cukup baik dan cara bagaimana dibongkarkan sikap malu dan rendah diri dalam dirinya dengan begitu menarik melalui beberapa babak yang ditunjukkan walaupun gadis ini langsung tidak pernah menyebut sepatah perkataan yang mengatakan dia malu dengan kehidupannya yang susah. Christine memberikan sendiri nama gelaran Lady Bird terhadap dirinya sendiri kerana dia mahukan satu identiti yang nampak hebat untuk menutup rasa malunya terhadap kehidupan keluarganya yang miskin. Lihat lagi kepada babak dimana Christine meminta bapanya memberhentikan kereta jauh daripada sekolah dengan alasan ingin berjalan kerana dia memang suka berjalan. Lihat lagi babak dimana Christine menipu seorang rakan wanitanya yang kaya dengan mengatakan rumah bekas kekasihnya itu adalah rumahnya dengan alasan dia sukakan rumah itu. Lihat sahaja sejak dari awal filem lagi Christine ingin belajar di kawasan yang ada segalanya seperti New York dan bukannya di sekolahnya sekarang di kawasan California yang baginya tiada apa yang boleh dibanggakan. Hal-hal sebegini sering kali berlaku terhadap remaja-remaja yang sememangnya mengimpikan kehidupan yang indah-indah sahaja kerana itulah sikap remaja yang tiada rujukan tentang kehidupan menjadi seorang dewasa yang bekerja dan berhadapan dengan dunia kehidupan yang lebih mencabar.
Aku cukup suka melihat perjalanan karakter Christine yang mewakili sebilangan besar remaja-remaja di luar sana ditonjolkan dengan begitu jujur sekali dimana ia memaparkan remaja-remaja muda ini yang sentiasa berfikiran pendek dan mengambil jalan pintas untuk berasa hebat dan dikenali ramai. Kenapa Christine sanggup meninggalkan kawan baiknya semata-mata untuk berkawan dengan seorang gadis kaya yang dikenali semua pelajar sekolahnya? Kenapa Christine sanggup menghilangkan daranya semata-mata ingin mempunyai kekasih yang kelihatan cool di kalangan golongan remaja perempuan di sekolahnya? Kenapa Christine sanggup melakukan perkara vandalisma semata-mata mahu meraih kepercayaan dan memasuki kumpulan popular di sekolah? Kenapa Christine mahu sangat berlakon di dalam kumpulan drama sekolah dan ingin memegang watak utama? Semua itu kerana Christine ingin identitinya dikenali dan dikagumi namun itulah yang Christine gagal peroleh dan menyebabkan dia semakin kecewa dengan kehidupannya keluarganya yang susah lalu memilih jalan yang salah di dalam kehidupannya. Memandangkan filem berlatar tahun 2002 jadi tidak ada media sosial yang ditunjukkan. Kalau latar belakangnya tahun 2018 pasti akan ada babak remaja yang popular di media sosial dipaparkan tetapi tiada nilai yang bagus pun yang boleh dibanggakan.
Filem ini sebenarnya bukanlah sebuah filem berat tetapi ia menjadi cukup hebat apabila setiap watak tidak kira watak utamanya mahu pun watak sampingan mendapat peluang yang sama rata untuk menunjukkan kehadiran dan kekuatan mereka di dalam filem ini. Pada awal tontonan mungkin perjalanan cerita sedikit perlahan namun di akhirnya anda yang menonton akan mendapat segala jawapan melalui setiap babak-babak yang diwujudkan di dalam filem ini.
Filem ini sebenarnya mewakili rasa ego manusia. Ego seorang remaja! Ego seorang ibu! Ego seorang bapa! Ego adakalanya perlu dan memberikan satu keputusan yang baik dalam kehidupan tetapi ada masanya ia memberikan keputusan yang bertentangan. Filem ini sememangnya sangat jujur dan terbuka. Mungkin anda yang menonton pasti akan terfikir balik kenangan anda semasa menjadi remaja. Inilah kehidupan remaja masa kini. Inilah cara pemikiran remaja zaman sekarang. Pengalaman mendewasakan hidup jadi pilihlah jalan yang betul dan semestinya ibu bapa lah yang menjadi tulang belakang hidup anak-anak mereka.
Sebuah filem yang menggambarkan kisah hubungan anak dan ibu yang cukup bagus. Ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Dalam sedikit unsur humor terdapat sesuatu yang ingin disampaikan. Cubalah tonton dan rasa sendiri penangan filem ini. Selamat menonton dan tinggalkan komen di bawah untuk berkongsi pandangan anda tentang filem ini.
Babak Awal Filem Lady Bird
Christine Bersama Rakan Baiknya
Aku cukup suka dengan perlambangan yang dicipta di dalam filem ini untuk menunjukkan sikap memberontak Christine ini kepada penonton. Misalnya, rambut berwarna merah gadis Lady Bird ini serta cara percakapan terhadap ibunya yang lebih kepada terjerit-jerit serta menghempas pintu serta barang bagi melambangkan sikap pemberontakkan yang bergelora di dalam jiwanya walaupun Christine belajar di sekolah Katolik. Disini sebenarnya kita dapat melihat sesuatu yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku di sekitar kita sendiri. Ibu bapa mengambil jalan mudah menghantar anak-anak yang nakal ke sekolah agama dengan alasan anak akan berubah sikap dan menjadi manusia berguna mengikut apa yang mereka cipta di dalam akal masing-masing. Hakikatnya, filem ini memberi sindiran jawapan kepada ibu bapa bahawa anak-anak sebenarnya dengan sendiri rela berubah dengan sepenuh hati apabila ibu bapa itu sendiri memahami tentang apa sebenarnya yang anak mereka inginkan iaitu kasih sayang dan perhatian.
Aku Suka Babak Nih!
Pada pandangan aku, gadis bernama Christine ini sebenarnya sangat memerlukan perhatian daripada ibunya tetapi memandangkan masalah kewangan yang melanda keluarganya menyebabkan ibunya terpaksa bekerja siang dan malam. Ini menyebabkan masa mereka bersama tiada dan menyebabkan Christine rasa dirinya terabai dan tidak disayangi. Di akhir filem sebenarnya memberi jawapan kepada masalah filem ini dimana pada satu ketika ibu bapa perlu duduk bersama anak dan memberitahu apa situasi yang melanda keluarga secara elok tanpa perlu berselindung atau berahsia kerana kehidupan anak-anak remaja ini lebih kepada mencari identiti dan jati diri mereka sendiri pada saat menginjak dewasa. Itulah sebenarnya salah satu punca masalah yang turut melanda kehidupan anak-anak remaja di Malaysia pada masa kini dimana ilmu kekeluargaan dan psikologi ibu bapa kurang bagus sehingga menyebabkan anak-anak tidak faham tentang permasalahan yang berlaku di dalam keluarga mereka sendiri.
Kekasih Pertama Chrisitine Yang ........ Nak Tahu Kena Tengok! Hahaha!
Aku juga suka bagaimana karakter Christine ini di olah dengan cukup baik dan cara bagaimana dibongkarkan sikap malu dan rendah diri dalam dirinya dengan begitu menarik melalui beberapa babak yang ditunjukkan walaupun gadis ini langsung tidak pernah menyebut sepatah perkataan yang mengatakan dia malu dengan kehidupannya yang susah. Christine memberikan sendiri nama gelaran Lady Bird terhadap dirinya sendiri kerana dia mahukan satu identiti yang nampak hebat untuk menutup rasa malunya terhadap kehidupan keluarganya yang miskin. Lihat lagi kepada babak dimana Christine meminta bapanya memberhentikan kereta jauh daripada sekolah dengan alasan ingin berjalan kerana dia memang suka berjalan. Lihat lagi babak dimana Christine menipu seorang rakan wanitanya yang kaya dengan mengatakan rumah bekas kekasihnya itu adalah rumahnya dengan alasan dia sukakan rumah itu. Lihat sahaja sejak dari awal filem lagi Christine ingin belajar di kawasan yang ada segalanya seperti New York dan bukannya di sekolahnya sekarang di kawasan California yang baginya tiada apa yang boleh dibanggakan. Hal-hal sebegini sering kali berlaku terhadap remaja-remaja yang sememangnya mengimpikan kehidupan yang indah-indah sahaja kerana itulah sikap remaja yang tiada rujukan tentang kehidupan menjadi seorang dewasa yang bekerja dan berhadapan dengan dunia kehidupan yang lebih mencabar.
Babak Selepas Adegan Nih Kelakar Dan Memang Itulah Kehidupan Remaja :)
Aku cukup suka melihat perjalanan karakter Christine yang mewakili sebilangan besar remaja-remaja di luar sana ditonjolkan dengan begitu jujur sekali dimana ia memaparkan remaja-remaja muda ini yang sentiasa berfikiran pendek dan mengambil jalan pintas untuk berasa hebat dan dikenali ramai. Kenapa Christine sanggup meninggalkan kawan baiknya semata-mata untuk berkawan dengan seorang gadis kaya yang dikenali semua pelajar sekolahnya? Kenapa Christine sanggup menghilangkan daranya semata-mata ingin mempunyai kekasih yang kelihatan cool di kalangan golongan remaja perempuan di sekolahnya? Kenapa Christine sanggup melakukan perkara vandalisma semata-mata mahu meraih kepercayaan dan memasuki kumpulan popular di sekolah? Kenapa Christine mahu sangat berlakon di dalam kumpulan drama sekolah dan ingin memegang watak utama? Semua itu kerana Christine ingin identitinya dikenali dan dikagumi namun itulah yang Christine gagal peroleh dan menyebabkan dia semakin kecewa dengan kehidupannya keluarganya yang susah lalu memilih jalan yang salah di dalam kehidupannya. Memandangkan filem berlatar tahun 2002 jadi tidak ada media sosial yang ditunjukkan. Kalau latar belakangnya tahun 2018 pasti akan ada babak remaja yang popular di media sosial dipaparkan tetapi tiada nilai yang bagus pun yang boleh dibanggakan.
Rahsia Besar Terbongkar! Apakah Rahsia Tersebut?
Filem ini sebenarnya bukanlah sebuah filem berat tetapi ia menjadi cukup hebat apabila setiap watak tidak kira watak utamanya mahu pun watak sampingan mendapat peluang yang sama rata untuk menunjukkan kehadiran dan kekuatan mereka di dalam filem ini. Pada awal tontonan mungkin perjalanan cerita sedikit perlahan namun di akhirnya anda yang menonton akan mendapat segala jawapan melalui setiap babak-babak yang diwujudkan di dalam filem ini.
Adegan Nih Tak Tahu Nak Gelak Ker Nak Simpati. Hahaha!
Filem ini sebenarnya mewakili rasa ego manusia. Ego seorang remaja! Ego seorang ibu! Ego seorang bapa! Ego adakalanya perlu dan memberikan satu keputusan yang baik dalam kehidupan tetapi ada masanya ia memberikan keputusan yang bertentangan. Filem ini sememangnya sangat jujur dan terbuka. Mungkin anda yang menonton pasti akan terfikir balik kenangan anda semasa menjadi remaja. Inilah kehidupan remaja masa kini. Inilah cara pemikiran remaja zaman sekarang. Pengalaman mendewasakan hidup jadi pilihlah jalan yang betul dan semestinya ibu bapa lah yang menjadi tulang belakang hidup anak-anak mereka.
Lakonan Saoirse Ronan Memang Mantap Dan Sangat Hidup!
4 Ulasan
dari haritu nak tengok movie ni tapi tak sempat lagi. Lepas baca review ni rasa excited nak tengok jugak! :D
BalasPadamhehehe...
Padamtengok lah
cuma ada lah aksi2 seksual sikit dalam filem nih
ulasan yang sangat bagus sampai buatkan akak rasa tak sabar nak tengok filem ni. tentang keibubapaan pulak tu.
BalasPadamhehehe
Padamtengok lah kak
boleh belajar remaja zaman sekarang berfikir