Review Filem Tomb Raider


Filem:
Tomb Raider

Pengarah:
Roar Uthaug

Genre:
Aksi & Penggembaraan

Pelakon:
Alicia Vikander, Dominic West, Walton Goggins, Daniel Wu,
Kristin Scott Thomas, Derek Jacobi, Alexandre Willaume & Etc.

Penilaian:
5 / 10

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Lara Croft iaitu anak kepada Lord Richard Croft yang hilang ketika terlibat di dalam satu ekspedisi ke sebuah pulau yang terpencil bernama Yamatai untuk menyiasat tentang sebuah kisah lagenda ahli sihir Jepun yang bernama Himiko. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, Lara menerima satu mesej daripada teka-teki ayahnya dan Lara mendapati tujuan ekspedisi yang dilakukan ayahnya bakal memberi kesan yang sangat berbahaya kepada seluruh dunia jika diketahui oleh musuh-musuh ayahnya yang diberi nama kumpulan Trinity. Jadi, Lara mengambil keputusan untuk memulakan ekspedisi mencari ayahnya di pulau Yamatai bersama seorang kelasi bernama Lu Ren. Apakah yang bakal ditempuhi oleh Lara sepanjang penggambarannya di sana? Saksikan filem ini untuk mengetahui kisah seterusnya.

Ulasan Hans:

Filem ini ditayangkan pada 16 Mac 2018 dan merupakan salah sebuah filem yang menjadi sebutan para kaki wayang selain filem KL Special Force. Filem Tomb Raider kali ini merupakan sebuah filem yang di adaptasi daripada permainan video. Dalam masa yang sama juga, filem ini merupakan sebuah filem pembikinan semula dan pastinya ramai peminat filem Tomb Raider versi lakonan Angelina Jolie akan cuba melihat apakah filem versi terbaru di tahun 2018 ini mampu memberi kelainan atau membawa identitinya yang tersendiri. 


AKU SUKA BABAK KEJAR MENGEJAR NIH

Walaupun filem-filem Tomb Raider yang ditayangkan sebelum-sebelum ini gagal menambat hati ramai penonton jika dilihat daripada segi kutipan namun kemunculan filem Tomb Raider di tahun 2018 ini masih juga menjadi satu penantian dan tarikan buat peminat filem ini. Untuk membandingkan watak Lara Croft kali ini adalah sehebat filem terdahulu mungkin tidak adil kerana filem ini boleh dikatakan adalah pengenalan awal sebenarnya tentang siapakah wanita yang bernama Lara Croft ini.

MISI MERUNGKAI MISTERI LAGENDA AHLI SIHIR BERMULA DISINI

Jadi, bila dilihat kepada permulaan awal filem ini sememangnya menarik perhatian aku kerana watak Lara itu diperkenalkan dengan cara yang lebih rasional. Senang cakap lebih nampak sifat dan sisi kemanusiaan manusia biasa yang bukannya sentiasa menang. Namun segala-galanya berubah 360 darjah apabila plot cerita mula memberi fokus tentang kehilangan ayah Lara serta kehebatan Lara yang mampu menyelesaikan misteri teka-teki yang ditinggalkan ayahya. Segala-galanya hanya diberitahu melalui dialog para pelakonnya tanpa perlu aku berteka-teki di dalam fikiran daripada pertengahan filem sehingga ke akhir filem. Semuanya bagai sudah dijangka dan tiada kelainan plot yang berjaya dihidangkan sepanjang menonton.


SESI JEJAK KASIH BARANGKALI...HAHAHA!

Bukannya lakonan Alicia Vikander tidak bagus. Mustahil pemenang anugerah Oscar ini gagal memberikan yang terbaik. Gerak tubuh dan aksi yang dilakonkannya memang cukup menyakinkan. Lakonannya mantap dan berjaya lari daripada imej Lara Croft versi Angelina Jolie. Tetapi, perkembangan watak-watak lain yang tidak menyeluruh dan dibuat semberono sahaja menjadikan mereka langsung tidak membantu menjadikan filem ini lebih berseri.


DANIEL WU SEBAGAI LU REN TETAPI WATAK INI TIDAK MEMBERI SEBARANG IMPAK BESAR

Ditambah lagi dengan plot ceritanya yang berjalan selurus jalan raya tanpa ada cabang mahu pun teka-teki yang menarik menjadikan filem ini sangat mendatar bagi aku. Namun, filem ini berjaya diselamatkan oleh aksi-aksi menarik sepanjang tayangan dan ini membuatkan aku tidak lah berasa bosan.


ADAKAH SUMPAHAN HIMIKO MAMPU DITAMATKAN OLEH LARA?

Bagi aku, tiada masalah untuk sesiapa yang berminat dan ingin menonton filem aksi ini. Tetapi, jika anda inginkan kelainan, aku merasakan tiada apa-apa kelainan pun yang boleh diharapkan daripada filem Tomb Raider versi tahun 2018 ini. Cuma masih sebuah filem yang menghiburkan.


P/S : Minggu Ini In Sha Allah Ada Ulasan Untuk Filem Lee Chong Wei Pula.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Tak berkesempatan nak tgok lagi

    BalasPadam
  2. suka tgk wayang jugak....but now dah makin kurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kekangan waktu bila dah berkeluarga

      Padam
  3. kalau akak pun msti tak blh lari dari bandingkan lara croft ni ngn angelina jolie.... hrp2nya ada kuar kt astro sbb ntah bila lah dpt tgk kt wayang

    BalasPadam
  4. sy suka filem yg merungkai misteri atau file2 yg membuatkan kita berfikir. Tapi nak dptkan cerita yg mampu membuatkan kita terus berfikir walaupun dah habis menonton, susah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak filem2 jenis tu tetapi kalau nak cari dekat wayang memang susah sikit

      Padam
  5. pergh !! memang meminta menebeng kat panggung wayang la ni.. hee~ sis tunggu PASKAL..

    BalasPadam
  6. Memang dah plan nak tengok cerita ni :)

    BalasPadam
  7. Belum pergi tengok lagi movie ni. Macam tak ada mood nak tengok. Mood sedang menunggu Infinity War. Haha.

    BalasPadam
  8. Masih terbayang imej Angelina Jolie utk watak Lara Croft tu. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      biasalah tu
      sebab banyak filem lara croft dulu angelina berlakon kan
      hehe

      Padam
  9. tak berapa nak meletop kan..hahaha tapi da tau mane die dapat pistol tu hehe

    BalasPadam