Sekitar Malam Gala Tayangan Filem XX Ray 3

Portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak Ace Motion Production Sdn Bhd untuk menghadiri majlis Malam Gala Dan Tayangan Perdana Filem XX Ray 3 yang telah berlangsung dengan cukup meriah di MM Cineplex E-Curve Damansara pada 16 Januari 2019 yang lepas. 


'Tampil Dengan Misi Selamatkan Dunia', filem XX RAY 3 ini yang memaparkan kisah tiga orang remaja yang cuba menghentikan kegiatan seorang hartawan muda daripada menggunakan ‘probe’ untuk mensabotaj Kerajaan Malaysia tanpa menyedari ia boleh memusnahkan keseluruhan sistem suria ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakonnya seperti Izzue Islam, Adam John, Ardell Aryana, Dazrin Kamaruddin, Aziz M.Osman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Saiful Apek yang turut sama menonton bersama para media dan peminat pada majlis tersebut.

Untuk pengetahuan semua, filem XX Ray 3 ini merupakan kesinambungan kepada dua filem bergenre fiksyen sains pada era sekitar tahun 90-an dahulu iaitu XX RAY dan XX RAY ll yang merupakan antara filem arahan pengarah tersohor Aziz M Osman yang mendapat sambutan box office daripada peminat pada ketika itu. Setelah lebih 24 tahun, kini Aziz kembali mempertaruhkan hasil karya terbarunya XX RAY III sebagai pelengkap trilogi untuk siri filem tersebut. Menurut Aziz, tercetusnya idea untuk menghasilkan filem XX Ray III adalah bermula pada tahun 2015 oleh desakan peminat genre filem fiksyen sains. "Desakan peminat filem tempatan yang merasakan filem fiksyen sains ini kurang dihasilkan oleh karyawan filem kita merupakan antara faktor saya menghasilkan XX Ray lll,"ujar Aziz sewaktu sidang media selepas tamat tayangan filem tersebut.


"Biarpun mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sambungannya, namun saya percaya jenama XX Ray masih lagi menjadi ingatan peminat,” ujar Aziz lagi. Menurut Aziz untuk filem terbaharunya itu, sesi penggambaran merangkumi dua peringkat dan mengambil masa selama 40 hari. Untuk penggambaran peringkat pertama, ia dilakukan pada tahun 2015 dan peringkat seterusnya dua tahun kemudian di beberapa buah lokasi seperti Melaka, Johor dan Jordan.


Mengenai pemilihan pelakon pula, Aziz meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pelakon muda untuk menjadi teraju utama dan turut mengekalkan pelakon sebelum ini iaitu dirinya dan Datuk Jalaluddin Hassan yang pernah muncul dalam XX Ray ll. "Saya tidak terlalu cerewet dalam pemilihan pelakon dan percaya mereka antara pelakon yang digemari penonton. Selain itu, saya melihat setiap barisan pelakon juga telah memberikan yang terbaik untuk menjayakan watak yang diberikan,"ujarnya lagi. Pada masa yang sama, Aziz turut menegaskan hasil filem XX Ray lll itu akan memberikan nafas baharu dari sudut persembahan jalan cerita dan visual yang tiada pada filem tempatan


Tujuan utama Aziz M Osman masih berani menghasilkan filem XX Ray 3 ini disebabkan filem genre sains fiksyen seperti ini jarang menjadi pilihan para pengarah lain untuk dihasilkan. Selain itu, Aziz turut ingin menggembirakan peminat setia filem XX Ray dan XX Ray 2 dan pada masa yang sama turut ingin membawakan mesej tentang alam sekitar untuk disampaikan kepada para penonton filem ini.


Beberapa pelakon utama filem ini juga turut berkongsi serba sedikit tentang pengalaman mereka sepanjang terlibat di dalam penggambaran filem XX Ray 3 ini:

Ardele Aryana: Saya mendapat kerjasama yang bagi dari semua pihak bermula daripada awal penggambaran sehingga akhir. Ini adalah pengalaman pertama saya terlibat di dalam filem seperti ini dan saya amat gembira.

Saiful Apek : Saya bersyukur kerana berpeluang menyambung legasi di dalam filem XX Ray 3.

Datuk Jalaluddin Hassan : Selepas 24 tahun berlalu, filem ini seperti sebuah nostalgia bagi saya. Walaupun babak lakonan saya tidak banyak tetapi saya akan akan pastikan kemunculan saya tidak sia-sia.

Dazrin Kamaruddin : Pengalaman manis dapat bekerja dengan bintang-bintang di dalam filem ini.

Adam John : Saya berasa sangat gembira dapat berlakon di dalam filem ini kerana saya memang peminat setia filem XX Ray. Saya siap ada video VHS filem XX Ray lagi di rumah. Bila abang Aziz tawarkan saya berlakon di dalam filem ini memang saya tidak jangkakan langsung.

Izzue Islam : Kita mula penggambaran sekitar tahun 2016. Kemudian kita tunggu setahun sebelum sambung kembali penggambaran dan ambil masa dalam sebulan. Syukur alhamdulillah Abang Aziz masih mengekalkan saya di dalam filem XX Ray 3 ini.




Sidang media berakhir dengan sebuah pengharapan besar daripada pengarah filem ini iaitu Aziz M Osman yang menyatakan filem ini telah mencuba sedaya upaya untuk melakukan kelainan. Jadi, diharapkan dengan kelainan ini dapat menarik perhatian penonton untuk menonton dan membincangkan tentang filem ini di laman-laman sosial. Bagi Aziz, apabila sesebuah filem itu diperbincangkan, ia bermakna filem itu mendapat perhatian daripada peminat filem tempatan dan ia lebih baik daripada tidak ada sesiapa yang memperkatakan tentang filem ini.


Sinopsis:
XX Ray III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996. Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas. Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain. Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solarApakah yang terjadi seterusnya, filem terbitan Ace Motion Pictures Sdn. Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negeri pada 24 Januari 2019

BARISAN PELAKON XX RAY lll 

IZZUE ISLAM - Rayyan 
NONNY NADIRAH - Lana 
ADAM JOHN - Sam 
DAZRIN KAMARUDDIN - Rosman 
ARDELL ARYANA - Adel 
ASHRAF MUSLIM - Rizal 
SAIFUL APEK - Azli 
DATO RAHIM RAZALI - Tan Sri Ismail
DATO JALALUDIN HASSAN - Hang Tuah 
RAZAK AHMAD - Harun 
AZIZ M.OSMAN - Amir 


Nota Produksi Pengarah
AZIZ M.OSMAN 

Penerbit
 LILY LOKMAN 

Penerbit Eksekutif
PUTERI NURUL AZIZ SALBALQISH LOKMAN 

Konsep
TOPET HIDAYAT PUTERI NURUL AZIZ 

Cerita/Lakonlayar
 AZIZ M.OSMAN 

Pengarah Fotografi
ARYO PINGIT RAMLI LONG 

Pengarah Seni
 KHAIRUL ‘AKEK’ MD DAN BULLART OSMAN 

VFX
IMAGEBOX ECCENTRO

Penyunting
AZIZ M.OSMAN 

Pembantu Pengarah
 DYEANNA RAMLI 

Pengurus Produksi
 ZALLE 

P/S : Ulasan Filem XXRAY 3 Akan Menemui Para Pembaca Dalam Waktu Terdekat! Nantikan Ulasannya! 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Tahniah kpd Pengarah Aziz M. Osman aras pelancaran filem XX RAY III yg akan ditayangkan pada 24 Jan 2019. Harap filem beliau kali ini akan meletop.

    BalasPadam
  2. Hans ni kalua bab movie laju jerr. Mostly update movie semua Nad tau dari blog Hans hahahah. Kalau tak langsung tak pernah dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      dah nama blog filem
      itu laju jer tu
      hahaha

      Padam