Filem:
XX Ray 3
Penilaian:
1/10
Pengarah:
Aziz M.Osman
Genre:
Fiksyen Sains
Pelakon:
Izzue Islam, Nonny Nadirah, Adam John, Ardell Aryana, Dazrin Kamarudin,
Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim, Aziz M.Osman, Saiful Apek & Etc.
Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim, Aziz M.Osman, Saiful Apek & Etc.
Tarikh Tayangan:
24 Januari 2019
Pengedar:
Pengedar:
Empire Film Solution
Sinopsis:
Sinopsis:
XX Ray III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996. Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas. Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain. Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar. Apakah yang terjadi seterusnya? Saksikan filem aksi ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 24 Januari 2019 untuk mengetahui jawapannya.
Ulasan:
Portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak Ace Motion Production Sdn Bhd untuk menghadiri majlis Malam Gala Dan Tayangan Perdana Filem XX Ray 3 yang telah berlangsung dengan cukup meriah di MM Cineplex E-Curve Damansara pada 16 Januari 2019 yang lepas. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjemput untuk menyaksikan filem yang sememangnya dinanti-nantikan oleh aku sebagai seorang peminat yang sangat menyukai filem XX Ray dan XX Ray 2.
Buat pengetahuan para pembaca, filem pertama XX Ray telah ditayangkan pada tahun 1992 dan mendapat sambutan yang cukup hebat daripada penonton tempata pada ketika itu. Hasil kejayaan tersebut telah membuka peluang untuk sekuel filem ini iaitu XX Ray 2 dihasilkan pada tahun 1995. Filem kedua juga turut mendapat pujian hebat daripada para peminat serta penonton filem XX Ray yang terdahulu. Selepas 24 tahun menanti maka akhirnya para penonton Malaysia terutama peminat tegar filem XX Ray telah disajikan pula dengan trilogi filem ini iaitu filem XX Ray 3. Jadi, semestinya masing-masing menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini sama ada daripada segi kesan khas CGI mahu pun jalan ceritanya.
Melalui satu petikan artikel di Malaysia Kini hasil nukilan Nadia Azam yang diterbitkan pada 21 Disember 2018, pengarah Aziz M.Osman dikatakan telah mendedahkan bahawa dia seolah-olah membunuh diri apabila menyiapkan filem XX Ray 3 yang berisiko tinggi kurang diterima ramai atau dikecam. Aziz turut menyatakan di dalam artikel tersebut bahawa filem XX Ray 3 tidak mempunyai kaitan dengan filem-filem terdahulu tetapi sebaliknya mengetengahkan tentang isu alam sekitar. Benar kata orang dimana setiap kata-kata adalah satu doa. Aku juga beranggapan filem ini sangat sukar untuk menarik perhatian atau diterima oleh generasi baru yang tidak pernah dengar atau kenal dengan dua filem XX Ray yang terdahulu.
Sebagai salah seorang peminat filem XX Ray dan XX Ray 2, berita tentang kewujudan filem XX Ray 3 yang sudah didengari sejak awal tahun 2018 sememangnya membuatkan hati ini tidak keruan menantikan tarikh tayangannya. Kemudian kemunculan teaser serta treler filem ini mula menimbulkan cakap-cakap serta perdebatan ramai pihak yang mempersoalkan tentang kualiti CGI yang dipaparkan di dalam kedua-dua perkara tersebut. Aziz M.Osman telah mengakui tentang kekurangan dana yang dihadapi dan turut menegaskan di dalam sidang media sebelum ini bahawa pihak produksi mereka telah sedaya upaya menghasilkan yang terbaik berkaitan bab tersebut. Walau bagaimanapun, aku tiada masalah tentang hal itu kerana aku meletakkan satu harapan yang tinggi terhadap jalan cerita filem ini pasti sehebat atau menarik seperti dua filemnya yang terdahulu.
Disinilah aku berasa terlalu hampa dan seolah-olah tidak percaya ini adalah karya daripada Aziz M.Osman. Jika filem XX Ray yang pertama mempunyai jalan cerita yang menarik, tersusun dan kemas dimana kita dapat melihat setiap kekuatan dan perkembangan setiap wataknya dengan baik dimana kita dapat lihat betapa menariknya karakter protagonis lakonan Aziz M.Osman dan Faizal Hussein ini dicorakkan. Aku turut yakin pasti ramai masih mengingati karakter antagonis pada filem pertama ini yang dilakonkan oleh Ibrahim Pendek dan Edika Yusof yang berjaya membawa pesona tersendiri di dalam filem yang pertama. Kemudian, beralih pula kepada sekuel filem ini iaitu XX Ray 2 dimana jalan ceritanya yang mengaitkan tentang sejarah Hang Tuah serta teknologi kembali ke masa lampau berjaya digabungkan dengan cukup baik. Watak protagonis dan antagonis sama-sama membantu menjadikan masing-masing bergemerlapan dengan cemerlang di dalam karya tersebut. Tetapi, kecemerlangan di dalam kedua-dua filem ini tidak aku temui di dalam filem XX Ray 3. Kemanakah perginya aura magis pengarah Aziz M.Osman kali ini?
Perkara pertama yang aku ingin sentuh semestinya tentang jalan cerita pada filem kali ini. Aku tiada masalah tentang filem ketiga ini yang tidak meneruskan kesinambungan kisah topi ajaib tersebut dan menggantikannya dengan buku nota. Namun, setiap kisah atau topik utama yang ditimbulkan adalah sangat banyak, muncul secara tergesa-gesa sehingga tidak diperkembangkan dan tiada kesinambungan antara setiap topik menjadikan babak-babak tersebut kelihatan sangat membazir dan sia-sia. Antaranya watak Harun yang dilakonkan oleh Razak Ahmad yang merupakan bapa kepada watak utama iaitu Rayyan yang dilakonkan oleh Izzue Islam. Dipaparkan disini yang aku fahami ialah bapanya ini merupakan seorang ahli politik yang meminta sokongan daripada anaknya dan rakan-rakan yang mewakili orang muda tetapi ianya sekadar satu babak itu sahaja. Kemudian melihat pula kepada kumpulan Rayyan yang hanya berapa kerat sahaja ahlinya membuatkan aku semakin keliru kenapa bapanya terlalu mengharap sangat sokongan daripada rakan-rakan si Rayyan. Kemudian ada babak yang memaparkan seorang ahli kumpulan Rayyan yang merupakan wanita yang melakukan FB Live dan menyebut tentang ramai yang menyaksikan siaran langsung yang dilakukannya bermula daripada ribuan hingga ke berpuluh ribu. Pada pandangan aku, hal seperti ini sangat tidak meyakinkan dan membuat aku terpinga-pinga melihat babak-babak sebegini. Aku merasakan pada tahun 2019 ini adalah lebih cantik jika babak seperti ini disokong dengan visual dan grafik mudah seperti memaparkan jumlah penonton atau pengikut sama ada di youtube atau di facebook live itu sendiri supaya lebih meyakinkan penonton daripada sekadar bercakap sahaja. Belum lagi disentuh tentang babak pelakon utamanya memandang bintang sambil menerangkan tentang satu-satu nama bintang yang tidak berjaya memberi impak kepada jalan cerita. Ada banyak lagi berkaitan penceritaan tetapi cukup lah sekadar ini sahaja yang aku kongsikan.
Perkara kedua pula tentang senarai pelakon dan lakonan para pelakon filem XX Ray 3. Jika filem XX Ray gah dengan lakonan cemerlang Aziz dan Faizal Hussein dan watak antagonisnya yang dilakonkan oleh Ibrahim Pendek dan Edika Yusof pada akhir filem memakai pakaian wanita masih tersemat kemas di ingatan. Filem XX Ray 2 pula membuatkan aku teringat dengan watak antagonis iaitu Seri Bayu lakonan Ida Nerina yang sangat hebat serta watak Johan lakonan Bonni Sta Maria yang sangat berjaya menyerlahkan sisi yang sangat mengjengkelkan. Namun, filem XX Ray 3 pula sebaliknya dimana lakonan yang dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon baru langsung tidak memberikan impak seperti mana kedua-dua filem terdahulu. Emosi dan rasa melalui dialog yang disampaikan terutamanya oleh pelakon wanita di dalam filem ini tidak sampai kerana kedengaran sangat mendatar. Watak antagonis Rosman yang wujud di dalam filem ini juga turut gagal memberi impak seperti mana di dalam dua filem terdahulu. Aku melihat faktor ini antara penyebab filem XX Ray 3 ini gagal menambat hati aku untuk menyukai filem ini. Ada juga beberapa pelakon yang sebenarnya memberikan lakonan yang mantap seperti Dato Jalaluddin Hassan dan Aziz M.Osman sendiri namun penceritaan yang tidak kuat menyebabkan kemunculan mereka ini kelihatan sangat sia-sia. Sayang seribu kali sayang!
Perkara ketiga pula yang aku ingin sentuh tentang satu babak yang menampilkan Izzue Islam di dalam satu misi untuk mendapatkan sebuah objek yang dinamakan probe. Aku melihat babak tersebut seperti gabungan dua penggambaran berbeza apabila kelihatan wajah watak Rayyan tersebut berlainan. Sekejap nampak memang rupa Izzue Islam. Selepas itu watak tersebut jelas kelihatan berwajah orang lain. Aku pada mulanya beranggapan aku tersalah pandang namun apabila terdapat sesi umpat mengumpat bersama rakan-rakan filem selepas selesai tontonan maka masing-masing menyuarakan perkara yang sama tentang hal ini. Aku sendiri pun tidak pasti tentang perkara sebenar berkaitan permasalahan ini tetapi secara peribadi adegan-adegan tersebut agak mengganggu kesinambungan atau perkataan mudah difahami ialah tidak konti antara satu sama lain.
Sebagai salah seorang peminat filem XX Ray dan XX Ray 2, berita tentang kewujudan filem XX Ray 3 yang sudah didengari sejak awal tahun 2018 sememangnya membuatkan hati ini tidak keruan menantikan tarikh tayangannya. Kemudian kemunculan teaser serta treler filem ini mula menimbulkan cakap-cakap serta perdebatan ramai pihak yang mempersoalkan tentang kualiti CGI yang dipaparkan di dalam kedua-dua perkara tersebut. Aziz M.Osman telah mengakui tentang kekurangan dana yang dihadapi dan turut menegaskan di dalam sidang media sebelum ini bahawa pihak produksi mereka telah sedaya upaya menghasilkan yang terbaik berkaitan bab tersebut. Walau bagaimanapun, aku tiada masalah tentang hal itu kerana aku meletakkan satu harapan yang tinggi terhadap jalan cerita filem ini pasti sehebat atau menarik seperti dua filemnya yang terdahulu.
Disinilah aku berasa terlalu hampa dan seolah-olah tidak percaya ini adalah karya daripada Aziz M.Osman. Jika filem XX Ray yang pertama mempunyai jalan cerita yang menarik, tersusun dan kemas dimana kita dapat melihat setiap kekuatan dan perkembangan setiap wataknya dengan baik dimana kita dapat lihat betapa menariknya karakter protagonis lakonan Aziz M.Osman dan Faizal Hussein ini dicorakkan. Aku turut yakin pasti ramai masih mengingati karakter antagonis pada filem pertama ini yang dilakonkan oleh Ibrahim Pendek dan Edika Yusof yang berjaya membawa pesona tersendiri di dalam filem yang pertama. Kemudian, beralih pula kepada sekuel filem ini iaitu XX Ray 2 dimana jalan ceritanya yang mengaitkan tentang sejarah Hang Tuah serta teknologi kembali ke masa lampau berjaya digabungkan dengan cukup baik. Watak protagonis dan antagonis sama-sama membantu menjadikan masing-masing bergemerlapan dengan cemerlang di dalam karya tersebut. Tetapi, kecemerlangan di dalam kedua-dua filem ini tidak aku temui di dalam filem XX Ray 3. Kemanakah perginya aura magis pengarah Aziz M.Osman kali ini?
Perkara kedua pula tentang senarai pelakon dan lakonan para pelakon filem XX Ray 3. Jika filem XX Ray gah dengan lakonan cemerlang Aziz dan Faizal Hussein dan watak antagonisnya yang dilakonkan oleh Ibrahim Pendek dan Edika Yusof pada akhir filem memakai pakaian wanita masih tersemat kemas di ingatan. Filem XX Ray 2 pula membuatkan aku teringat dengan watak antagonis iaitu Seri Bayu lakonan Ida Nerina yang sangat hebat serta watak Johan lakonan Bonni Sta Maria yang sangat berjaya menyerlahkan sisi yang sangat mengjengkelkan. Namun, filem XX Ray 3 pula sebaliknya dimana lakonan yang dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon baru langsung tidak memberikan impak seperti mana kedua-dua filem terdahulu. Emosi dan rasa melalui dialog yang disampaikan terutamanya oleh pelakon wanita di dalam filem ini tidak sampai kerana kedengaran sangat mendatar. Watak antagonis Rosman yang wujud di dalam filem ini juga turut gagal memberi impak seperti mana di dalam dua filem terdahulu. Aku melihat faktor ini antara penyebab filem XX Ray 3 ini gagal menambat hati aku untuk menyukai filem ini. Ada juga beberapa pelakon yang sebenarnya memberikan lakonan yang mantap seperti Dato Jalaluddin Hassan dan Aziz M.Osman sendiri namun penceritaan yang tidak kuat menyebabkan kemunculan mereka ini kelihatan sangat sia-sia. Sayang seribu kali sayang!
Perkara ketiga pula yang aku ingin sentuh tentang satu babak yang menampilkan Izzue Islam di dalam satu misi untuk mendapatkan sebuah objek yang dinamakan probe. Aku melihat babak tersebut seperti gabungan dua penggambaran berbeza apabila kelihatan wajah watak Rayyan tersebut berlainan. Sekejap nampak memang rupa Izzue Islam. Selepas itu watak tersebut jelas kelihatan berwajah orang lain. Aku pada mulanya beranggapan aku tersalah pandang namun apabila terdapat sesi umpat mengumpat bersama rakan-rakan filem selepas selesai tontonan maka masing-masing menyuarakan perkara yang sama tentang hal ini. Aku sendiri pun tidak pasti tentang perkara sebenar berkaitan permasalahan ini tetapi secara peribadi adegan-adegan tersebut agak mengganggu kesinambungan atau perkataan mudah difahami ialah tidak konti antara satu sama lain.
Berkaitan babak-babak yang melibatkan kesan khas CGI aku tidak mahu sentuh kerana hal tersebut sememangnya sudah dijawab oleh pihak pengarah sendiri. Cuma memang kelemahan ketara kali ini ialah pada jalan ceritanya yang tidak seperti filem-filem XX Ray terdahulu dimana ia menghadapi masalah besar di dalam menyatukan banyak perkara yang ditimbulkan seperti bab alam sekitar, UFO, pertembungan identiti dan ideologi setiap watak serta kewujudan setiap lokasi-lokasi sama ada luar negara mahu pun di dalam Malaysia yang kelihatan lemah dan tidak menyokong kepentingan babak yang dipertontonkan. Ada juga beberapa babak yang kelihatan bersifat 'homage' tetapi ia masih tidak membantu filem ini dan adakalanya kelihatan terlalu janggal terutama tentang babak yang melibatkan nyanyian. Menyentuh tentang unsur humor di dalam filem ini, ada juga beberapa babak yang menghiburkan tetapi sebab-sebab aku terhibur itu datang dalam keadaan pelbagai jenis. Ada yang aku terhibur sebab memang ia melucukan dan ada juga sebaliknya.
Walau bagaimanapun, sekali lagi ditegaskan ini hanya lah pandangan peribadi dimana mungkin hanya aku dan segelintir sahaja yang merasakan filem XX Ray 3 kali ini tidak membawa fenomena yang sama seperti filem XX Ray dan XX Ray 2. Ada juga yang menyukai dan memuji filem ini. Jadi, seelok-eloknya anda pergilah tonton sendiri filem ini dan nilaikan sendiri. Cuma aku mengharapkan jika ada rezeki filem XX Ray 3 ini mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar serta penonton tempatan dan ada rezeki Aziz M.Osman untuk menghasilkan filem XX Ray 4 pula, diharapkan lebih banyak dana digunakan untuk menghasilkan kesan CGI yang lebih padu dan harap-harapnya ada kemunculan Faizal Hussein serta menampilkan penceritaan filem yang lebih menarik seperti mana filem Puteri Impian dan filem Lagi Lagi Senario yang merupakan antara karya Abang Aziz M.Osman yang aku suka dan tidak jemu ditonton. Jadi, beramai-ramai lah pergi menonton filem XX Ray 3 di pawagam berdekatan anda sebagai tanda sokongan kepada filem tempatan. Sekian!
P/S : Ulasan Filem Glass Akan Menemui Para Pembaca Dalam Waktu Terdekat. Nantikan!
P/S : Ulasan Filem Glass Akan Menemui Para Pembaca Dalam Waktu Terdekat. Nantikan!
8 Ulasan
Penilaian tu memang jadi tanda tanya ye.. Pengarah nye dah legend.. Tapi perlu ke nak bagi sokongan pada filem yg ade banyak kelemahan..
BalasPadampenilaian akan diberitahu pada waktu filem ditayangkan nanti
Padamnak bagi sokongan atau tidak bergantung kepada diri sendiri
pilihan terletak kepada diri masing-masing :)
Amat setuju dgn Hans, pendapat dan citarasa kita dan penonton pelbagai. Mungkin kita suka tapi pd org lain menyampah. Dgn Hans meletakan ?/10 amat tepat sekali. You'll be the judge, heheh. Again, Thanks Hans for the review...
Padamhehehe...
Padamletak ?/10 tu sebab malas nak letak awal2
nanti bila filem dah start tayang baru Hans letak
bagi sesiapa yang pernah tengok filem xx ray dan xx ray 2 mungkin akan rasa sedikit janggal dengan kemunculan xx ray 3. Gua setuju dengan lu bro.. apa2 pun tahniah kepada pengarah kerana telah bersusah payah menghasilkan filem xx ray 3 walaupun tiada kesinambungan dari yang dahulu. just my 5 cent..
BalasPadamkesinambungan tu ada tetapi sedikit sahaja
Padamhehe
alamak, bkn nk kata apa bila baca review dr hans jd mcm ragu2 nk tgk filem ni... sbb selalunya apa yg hans dh review kan mmg betul seperti apa yg ada kt filem tu...
BalasPadamakak mmg peminat xxray ngn xxray 2 mmg mcm teruja bila tau ada sambungan xxray3... tp pelik jgk sbb mcm takde promosi besar2 gitu... akak tau pun lps ternampak kt ig saiful apek ...
hahaha
Padamcuba lah tengok
mana lah tahu kut selera akak lain
untuk saya memang bukan citarasa lah
tetapi kalau xxray dengan xxray 2 memang saya suka