Filem:
Glass
Penilaian:
Penilaian:
7/10
Pengarah:
M. Night ShyamalanPengarah:
Genre:
Seram & Ngeri
Pelakon:
Pelakon:
James McAvoy, Bruce Willis, Samuel L. Jackson, Anya Taylor-Joy,
Sarah Paulson, Spencer Treat Clark, Luke Kirby, Adam David Thompson & Etc.
Sarah Paulson, Spencer Treat Clark, Luke Kirby, Adam David Thompson & Etc.
Tarikh Tayangan:
17 Januari 2019
Pengedar:
Pengedar:
Walt Disney Pictures
Sinopsis:
Sinopsis:
Filem ini adalah sekuel kepada dua buah filem terdahulu arahan M. Night Shyamalan iaitu "Split" dan "Unbreakable". Filem ketiga ini mengisahkan David Dunn, seorang pengawal keselamatan yang mempunyai kuasa luar biasa di dalam misi untuk menjejaki Kevin Wendell Crumb yang mempunyai kecelaruan identiti dan mempunyai 24 personaliti berbeza termasuk The Beast. Kedua-dua mereka kemudian bertemu dengan Elijah Price iaitu seorang pembunuh yang dipenjara. Elijah yang memegang rahsia mereka mula merancang sesuatu untuk melarikan diri dari penjara bersama David dan Kevin. Adakah misi mereka bertiga akan berjaya? Saksikan filem yang cukup menarik ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 17 Januari 2019 untuk mengetahui jawapannya
Ulasan:
Selesai menonton filem yang menjadi sebutan ramai pihak pada minggu ini iaitu filem Glass bertempat di GSC IOI Mall Putrajaya pada 18 Januari 2019 yang lepas. Aku tidak berkesempatan menonton dua filem terdahulu yang ada hubung kait dengan filem ini iaitu Split dan Unbreakable. Namun, menonton bersama salah seorang rakan yang sememangnya peminat agung karya M. Night Shyamalan sangat membantu aku di dalam mendapatkan info tentang penceritaan serta watak yang wujud di dalam dua filem tersebut dan kaitannya dengan filem Glass ini. Secara jujurnya, ini bukanlah sebuah filem adiwira yang tipikal seperti mana filem-filem adiwira lain yang sedang rancak membanjiri panggung wayang di seluruh dunia dan mengaut keuntungan beratus-ratus juta. Tetapi, filem ini masih mampu membuatkan anda sebagai penonton baru terpasak di atas kerusi panggung kerana asyik dengan kehebatan lakonan James McAvoy serta pertukaran plot yang sangat di luar jangkaan.
Keistimewaan filem ini pada aku bukannya kerana ia bercerita tentang adiwira atau kuasa luar biasa yang dimiliki oleh watak David dan Kevin. Tetapi, ia kelihatan istimewa disebabkan permainan psikologi di dalam filem ini yang cuba memanipulasi minda penonton tentang kepercayaan mereka terhadap permainan watak-watak utama ini. Adakah benar watak-watak ini mempunyai kebolehan luar biasa? Adakah ini sekadar permainan minda? Keraguan yang cuba dicetuskan satu persatu melalui pelbagai situasi di dalam babak-babak filem ini berjaya mengelirukan pandangan serta tekaan penonton sehingga kepada penamat cerita yang tidak dijangka.
Satu perkara lagi yang mengagumkan aku tentang filem Glass ini ialah dari sudut realistik penceritaannya dimana filem ini berjaya menolak ketepi kepentingan kesan khas CGI yang melampau-lampau seperti filem-filem lain yang memaparkan penceritaan tentang adiwira. Filem ini adalah filem untuk penonton berfikir dan menikmati persoalan-persoalan berat dimana M. Night Shyamalan tidak pernah takut untuk mencuri masa filem ini bagi menghargai para peminatnya yang sukakan karya yang menguji tahap intelektual mereka. Jadi, filem ini sememangnya kelihatan sangat dekat di dalam kehidupan dunia realiti mana-mana penonton dan menyebabkan karya ini berjaya memberikan sesuatu yang lebih dari jangkaan aku sendiri.
Walaupun penceritaan filem ini agak perlahan tetapi ia tidak bermakna segala-galanya perlahan di dalam filem Glass ini. Antara yang berjaya menarik perhatian aku tentang filem ini ialah hasil kerja kameranya yang sangat mengagumkan. Ada beberapa perspektif visual serta sudut gaya lensa kamera yang sangat cantik terutamanya babak-babak di penjara. Ada beberapa babak yang berjaya memberi momen yang sangat gah seperti pertembungan pertama David dan Kevin di sebalik pintu penjara masing-masing dimana visual yang dipertontonkan kepada penonton sangat unik dan cukup menarik. Sememangnya hasil kerja kamera di dalam filem ini bukan jenis tangkap muat seperti mana beberapa filem tempatan kita tetapi ia turut berjaya menyampaikan penceritaan tentang rasa, emosi dan situasi sebenarnya yang dihadapi watak itu sendiri. Aku sebagai penonton dapat merasai dan menikmati sendiri setiap babak ini dalam keadaan semula jadi.
Sebagai seorang penonton baru, aku sangat tertarik dan kagum dengan persembahan lakonan yang cukup luar biasa daripada James McAvoy yang perlu melakonkan 24 jenis personaliti berlainan disebabkan watak Kevin yang dipegangnya ini merupakan penghidap Dissociative Identity Disorder (DID) atau dalam erti kata lain ialah gangguan personaliti berganda. Selain karakter Beast, penonton pasti akan terhibur dengan kemunculan karakter watak-watak lain seperti Patricia dan banyak lagi. Watak Kevin ini juga kelihatan sangat menonjol dan telah berjaya menenggelamankan watak David Dunn yang tidak mendapat momen-momen yang cukup kuat untuk dipandang sama tinggi dengan watak Kevin. Samuel L. Jackson pula yang memegang watak sebagai Mr Glass berjaya memberikan personaliti terbaik kepada watak orang kurang upaya yang bijak dari segi pemikiran dan terlalu obses dengan dunia komik. Kemunculannya lebih memberi impak pada penghujung cerita dengan satu dialog yang cukup hebat berkenaan kisah asli adiwira adalah bermula melalui filem ini. Bruce Willis pula yang memegang watak sebagai David Dunn walaupun kurang menonjol seperti dua watak lain tetapi aku sebagai penonton turut dapat merasai kekeliruan dan ketakutan yang dihadapi oleh watak ini di dalam cubaan untuk menyembunyikan kuasa adiwira mereka kepada umum. Ketiga-tiga pelakon ini sangat berjaya menghayati watak masing-masing yang berjaya membuatkan mana-mana penonton dapat memahami dan melihat perbezaan setiap watak ini dengan cukup baik walaupun baru pertama kali menonton.
Filem Glass menampilkan pertembungan tiga watak utama iaitu seorang lelaki bernama David Dunn yang digelar The Overseer, Kevin Wendeel Crumb yang disebut sebagai The Horde serta Mr. Glass yang merupakan perancang utama sebenar di dalam filem ini. Filem ini juga turut menampilkan watak terbaru iaitu Dr. Ellie Staple yang merupakan seorang pakar psikiatri yang ditugaskan untuk merawat dan meyakikan mereka bertiga bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa luar biasa tetapi sebaliknya sekadar imaginasi semata-mata. Percanggahan yang dilakukan oleh Dr. Ellie ini telah menyebabkan pertembungan antara David Dunn dan Kevin menjadi menarik kerana interaksi yang berlaku di antara kedua-dua watak inin penuh dengan pendapat, persoalan dan tindakan yang cukup menarik.
Keistimewaan filem ini pada aku bukannya kerana ia bercerita tentang adiwira atau kuasa luar biasa yang dimiliki oleh watak David dan Kevin. Tetapi, ia kelihatan istimewa disebabkan permainan psikologi di dalam filem ini yang cuba memanipulasi minda penonton tentang kepercayaan mereka terhadap permainan watak-watak utama ini. Adakah benar watak-watak ini mempunyai kebolehan luar biasa? Adakah ini sekadar permainan minda? Keraguan yang cuba dicetuskan satu persatu melalui pelbagai situasi di dalam babak-babak filem ini berjaya mengelirukan pandangan serta tekaan penonton sehingga kepada penamat cerita yang tidak dijangka.
Satu perkara lagi yang mengagumkan aku tentang filem Glass ini ialah dari sudut realistik penceritaannya dimana filem ini berjaya menolak ketepi kepentingan kesan khas CGI yang melampau-lampau seperti filem-filem lain yang memaparkan penceritaan tentang adiwira. Filem ini adalah filem untuk penonton berfikir dan menikmati persoalan-persoalan berat dimana M. Night Shyamalan tidak pernah takut untuk mencuri masa filem ini bagi menghargai para peminatnya yang sukakan karya yang menguji tahap intelektual mereka. Jadi, filem ini sememangnya kelihatan sangat dekat di dalam kehidupan dunia realiti mana-mana penonton dan menyebabkan karya ini berjaya memberikan sesuatu yang lebih dari jangkaan aku sendiri.
Walaupun penceritaan filem ini agak perlahan tetapi ia tidak bermakna segala-galanya perlahan di dalam filem Glass ini. Antara yang berjaya menarik perhatian aku tentang filem ini ialah hasil kerja kameranya yang sangat mengagumkan. Ada beberapa perspektif visual serta sudut gaya lensa kamera yang sangat cantik terutamanya babak-babak di penjara. Ada beberapa babak yang berjaya memberi momen yang sangat gah seperti pertembungan pertama David dan Kevin di sebalik pintu penjara masing-masing dimana visual yang dipertontonkan kepada penonton sangat unik dan cukup menarik. Sememangnya hasil kerja kamera di dalam filem ini bukan jenis tangkap muat seperti mana beberapa filem tempatan kita tetapi ia turut berjaya menyampaikan penceritaan tentang rasa, emosi dan situasi sebenarnya yang dihadapi watak itu sendiri. Aku sebagai penonton dapat merasai dan menikmati sendiri setiap babak ini dalam keadaan semula jadi.
Filem Glass ini bukanlah sebuah filem kebiasaan yang menjadi kegemaran ramai penonton yang sukakan filem yang pantas, penuh aksi atau disogok dengan unsur komedi yang berlebihan. Tetapi, jika anda inginkan kelainan, perbezaan atau mahu melihat sesuatu yang popular daripada sudut perspektif yang bertentangan maka filem Glass ini adalah jawapan yang sesuai untuk memenuhi keinginan tersebut. Sebuah filem yang mempertaruhkan babak aksi yang lebih realistik dan disokong oleh susunan dialog yang mampu membuatkan mulut anda terngangan dan fikiran anda berputar aktif memikirkan solusi yang menarik untuk setiap jawapan kepada persoalan yang bermain di dalam filem Glass ini.
Sekali lagi aku menyarankan agar sesiapa yang berminat untuk menonton filem Glass supaya menonton dahulu filem Split dan Unbreakable supaya anda lebih faham dan merasai perjalanan dan perkembangan setiap watak di tahap maksimum. Jadi, selamat menonton filem Glass di pawagam berhampiran anda dan jangan lupa tinggalkan pandangan anda berkenaan filem ini di ruangan komen di bawah. Semoga terhibur!
P/S : Filem Seterusnya Yang Akan Diulas Ialah Sebuah Filem Thailand Berjudul Homestay, Nantikan Ulasannya!
4 Ulasan
Betul ke genre nye seram & ngeri.. Movie ni memang agak slow dan banyak cakap.. Tapi bagus untuk yg suka berfikir.. Aksi nye pun boleh tahan..
BalasPadamgenre drama dan thriller.....hahaha...anggap jer lah seram ngeri pun..hehee
Padamtak ada lah slow sangat tetapi seronok sebab ayat-ayat dia best
aksi pun nampak real
"Seram" la bila tengok muka Mr. Glass dgn rambut mengerbang tu sebeso screen, heheh...
BalasPadamlagi seram tengok James McAvoy jadi Patricia
Padamhaha