Review Filem Avengers: Endgame


Filem:
Avengers: Endgame

Penilaian:
9/10

Pengarah:
Anthony Russo & Joe Russo

Genre:
Aksi, Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Josh Brolin, Paul Rudd, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Brie Larson, Linda Cardelinni, Karen Gillan, Tessa Thompson, Tom Holland & Etc.

Tarikh Tayangan:
24 April 2019

Pengedar:
Walt Disney Pictures

Sinopsis:
Filem sekuel ini mengisahkan peristiwa selepas Infinity War dimana ahli pasukan Avengers yang masih ada berkumpul kembali untuk mengubah apa yang telah dilakukan oleh Thanos. Berjayakah mereka memusnahkan sumpahan Thanos dan mengembalikan rakan-rakan serta penduduk alam semesta yang telah lenyap sebelum ini? Saksikan filem superhero yang paling hebat untuk tahun 2019 di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 April ini untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah dijemput oleh pihak TGV Cinemas untuk menghadiri tayangan istimewa buat para media untuk menonton filem yang paling kami nanti-nantikan untuk bulan April ini iaitu filem Avengers: Endgame di TGV Central i-City, Shah Alam pada 24 April 2019 yang lepas. Apa yang menariknya kami dapat menonton filem ini di pawagam Imax yang semestinya menawarkan pengalaman menonton yang sangat hebat dan memuaskan hati kami sepanjang 3 jam berada di dalam panggung. 


Pihak Marvel berjaya belajar daripada banyak kesilapan yang dilakukan oleh filem-filem adiwira terbitan pihak mereka atau pihak lain untuk tidak mengulanginya di dalam Avengers: Endgame. Kami melihat permainan masa yang digunakan mereka di dalam filem ini kelihatan sangat menarik, jelas dan kurang meninggalkan kelompongan yang boleh dipertikai mahu pun dipersoal. Jika ada pun mungkin pada babak-babak akhir filem ini namun kami tinggalkan hal tersebut untuk anda pergi menonton sendiri filem ini nanti. Namun, apa yang kami boleh katakan, filem Avengers: Endgame kelihatan begitu matang untuk sebuah filem adiwira yang berjaya mengumpulkan begitu ramai adiwira terkenal mereka yang mempunya kelompok peminat yang tersendiri dan lebih manis setiap adiwira ini diberi masa yang cukup untuk menyinar dengan sebaik mungkin di dalam filem hebat ini.


Filem Avengers: Endgame juga memberikan satu pengalaman emosi yang tiada tolok bandingnya buat para penonton pada naskah kali ini. Emosi kami saat menonton sentiasa turun naik dimana babak-babak di dalam filem ini bijak memanipulasi perasaan dan jiwa anda untuk sama-sama berasa gembira, sedih, terharu, marah, risau, tergamam dan teruja pada keseluruhan babak yang wujud di dalam filem ini. Senang cakap emosi anda bakal bercampur baur kerana filem ini banyak bermain dengan emosi kekeluarga serta hubungan persahabatan sehinggakan kami sedar ramai yang menangis dan ada yang tersedu-sedan sewaktu menonton filem Avengers: Endgame ini. Walaupun filem ini tidak mampu membuatkan kami menangis tetapi kami akui kekuatan emosi yang dipaparkan di dalam filem ini adalah yang paling cemerlang antara semua filem-filem keluaran Marvel yang lain.


Filem kali ini juga banyak menampilkan karakter-karakter adiwira yang sangat berlainan berbanding sebelum ini. Anda akan dapat menyaksikannya kelainan tersebut dengan cepat kerana majoriti watak-watak adiwira di dalam filem ini menampilkan perwatakan yang lain daripada biasa. Salah satu yang menarik perhatian kami ialah watak Thor. Jika sebelum ini watak Thor menjadi idaman wanita kerana kegagahan dan kekacakan yang dimiliki oleh pelakon Chris Hemsworth. Tetapi, mungkin kali ini mereka akan berfikir beribu kali untuk menyatakan rasa yang sama apabila menonton watak Thor di dalam filem Avengers: Endgame. Jika nak tahu lebih lanjut silalah tonton segera di pawagam berhampiran anda.


Bagi kami, kekuatan sebenarnya dan utama filem Avengers: Endgame ini ialah nilai-nilai kekeluargaan serta persahabatan yang mana ia menjadikan jalan cerita filem Avengers: Endgame kali ini begitu menarik dan menakjubkan. Struktur plot serta jalinan kesinambungan setiap penceritaan karakternya juga lebih meyakinkan. Lebih penting walaupun baru-baru ini ada beberapa adegan yang bocor di lama internet di dalam durasi 4 minit 40 saat tetapi percayalah ia langsung tidak mengganggu fokus anda sewaktu menonton filem ini kerana terdapat lebih banyak kejutan yang sukar dijangka pada filem kali ini. Lebih penting filem kali ini akan membuatkan anda tertanya-tanya siapakah watak-watak yang akan dimatikan, dikekalkan atau diselamatkan. Satu permainan psikologi menarik yang digarap dengan kemas oleh pasukan Marvel untuk filem kali ini.


Walaupun filem Avengers: Endgame ini begitu hebat bermain dengan emosi serta menampilkan jalan cerita yang cukup menarik serta menawarkan kesan khas visual yang memukau namun kami akui terdapat beberapa babak yang visualnya kelihatan kurang kemas namun ia tidak lah terlalu mengganggu tontonan. Selain itu, ada juga beberapa adiwira yang tiba-tiba terlalu diangkat ke atas tanpa sebab sehingga kelihatan seperti membayangi adiwira-adiwira lain yang diketahui lebih hebat dan berkuasa sebelum ini. Namun, secara keseluruhan filem ini sangat,sangat dan sangat berbaloi untuk anda tonton di pawagam. Lebih berbaloi lagi jika anda mendengar saranan kami dimana ANDA WAJIB TONTON FILEM ENDGAME di pawagam-pawagam yang menawarkan pengalaman menonton di dalam versi yang lebih menarik seperti IMAX, ATMOS dan D-BOX. Serius anda pasti tidak akan menyesal!


Jadi, selamat menonton filem Avengers: Endgame di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 April 2019 ini. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah berkenaan pandangan anda terhadap filem ini untuk perkongsian buat kita semua. Sekian!

P/S : Filem Seterusnya Yang Akan Diulas Ialah Sebuah Filem Bollywood Yang Memaparkan Kisah Sejarah Yang Cukup Menarik Berjudul Kesari. Nantikan Ulasannya!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bagus review takde spoiler. nka pergi tgk esok!

    BalasPadam
  2. Murah rezeki Hans, tak perlu booking awal atau berebut beli tiket. TGV sendiri yg jemput, heheh. Review yg selamat dibaca. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah rezeki
      ehehehe
      yups memang review kali ini langsung tak nak kongsikan sebarang bentuk spoiler sama ada tersirat atau tersurat
      hehehe

      Padam
  3. Filem superhero yang terbaik.. Penamat yg sempurna untuk filem2 sebelum ni.. Kali ni lebih banyak unsur emosi.. Bile sampai bahagian aksi memang cukup power.. Cume ade sikit yg konfius.. Kalau thanos mati tu tak ubah masa silam ke ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah nak terang tetapi ada thread dekat twitter yang terang
      cuba baca so nanti akan lebih faham :)

      Padam
    2. Ok, dh paham.. Ni jenis time travel alternate universe.. Patutla ade sebut bukan macam 'back to the future'.. Yg cap america pulangkan balik tu nk betulkan yg universe lain.. So, mase depan tak terjejas pun.. Agaknye la.. Hihi..

      Padam
    3. Yups
      sebab tu dalam filem nih diorang dok membahan filem Back To The Future tu
      hahaha

      Padam